Harga roadtax kereta Proton Arena. Berapa harga roadtax kereta bagi sebuah kereta yang dikira sebagai pacuan kecil iaitu proton arena ?
Apabila menyebut nama kereta arena, sudah pasti ramai yang kurang pasti adakah ianya daripada produk tempatan iaitu proton.
Untuk pengetahuan anda, pihak proton pada tahun 2002 telah melancarkan sebuah kereta pickup atau pacuan kecil yang dipacu oleh tayar hadapan (front-wheel).
Pelancaran proton arena ini merupakan sesuatu yang diluar jangka khas untuk pasaran kereta pickup yang sentiasa mempunyai permintaan.
Ianya juga dipasarkan secara eksport ke luar negara dimana permintaannya lebih tinggi dibandingkan di dalam negara kita.
Walaupun pengeluarannya telah dihentikan pada sekitar tahun 2011/2012, sehingga kini harga market atau pasaran secondhand kereta proton arena masih tinggi.
Jumlah cc enjin kereta Proton Arena
Cc enjin kereta adalah rujukan mudah dan spesifik yang digunakan oleh pihak berkuasa bagi memberikan nilai dalam roadtax proton arena.
Jumlah pada cc enjin ini digunakan bagi semua kenderaan dan tidak terhad hanya kepada kereta sahaja.
Ianya juga dikenali sebagai keupayaan enjin yang akan tertera pada setiap geran kereta sebaik sahaja anda membeli sesebuah kereta.

Sebelum anda nak memiliki sesebuah kereta juga seharusnya anda kenali beberapa spesifikasi terhadap model kereta yang anda inginkan.
Ada kereta yang mempunyai 1 model, namun ianya terdiri daripada beberapa cc enjin yang berlainan.
Seperti kereta proton arena tidak menjadi masalah kerana ianya hanya mempunyai 1 jenis cc enjin sahaja iaitu 1.5cc atau 1468cc.
Berapa harga roadtax kereta Proton Arena sepatutnya ?
Roadtax kereta proton arena boleh dihidupkan oleh setiap pemilik kereta di beberapa tempat yang diiktiraf oleh pihak Jpj.
Salah satunya tempat boleh anda renew roadtax proton arena adalah seperti di website Bjak dan juga Myeg.
Harga roadtax kereta proton arena adalah berjumlah sebanyak RM90 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan.
Namun, harga roadtax proton arena ini belum termasuk sekali dengan harga insurans proton arena yang dibuat secara berasingan.