Harga roadtax kereta Honda Odyssey. Berapakah harga roadtax kereta bagi kereta import pilihan ramai sejak dari dahulu iaitu honda odyssey?
Kereta import (CBU) dari luar negara bererti ianya dibawa masuk secara sebuah kereta dan bukanlah dipasang di negara kita.
Seperti kereta honda odyssey, ianya perlu dibayar cukai jalan raya sebaik sahaja ianya mempunyai pemilik.
Setiap pemilik atau bakal pemilik kereta honda odyssey perlu mengikuti peraturan seperti biasa seperti kereta-kereta lain.
Sama seperti kereta jenama tempatan mahupun pemasangan tempatan yang dikenali sebagai CKD, kereta CBU honda odyssey wajib renew roadtax kereta tanpa ada alasan.
Di artikel ini, anda sebagai bakal pemilik mahupun pemilik kereta honda odyssey akan dapat mengetahui harga roadtax kereta.
Model kereta Honda Odyssey dibawa masuk ke dalam negera
Di negara kita terdapat kilang honda yang membolehkan pemasangan dibuat dan manfaatnya harga kereta lebih rendah dibandingkan kereta-kereta import.
Namun, untuk model kereta honda odyssey ini, ianya tidak termasuk dalam senarai pemasangan dalam negara kita.
Hal ini demikian, kemungkinan pasaran honda odyssey dibuat demi permintaan negara-negara besar.
Oleh itu, permintaan kereta honda odyssey tetap menerima sambutan yang baik oleh para penggemar kereta ini.
Ianya diimport dari negara pengeluar kereta ini iaitu dari Jepun dan harga kereta ini ketika itu agak sedikit tinggi.
Itu hanyalah bagi buat pertama kali sahaja. Jika anda membeli kereta honda odyssey sekarang, harganya sudah lebih berbaloi untuk dimiliki.
Ada beberapa model honda odyssey yang boleh anda miliki seperti generasi ke keempat bermula dari tahun 2009 hingga 2013.
Manakala, generasi kelima honda odyssey bermula dari tahun 2014 hingga terkini.

Jumlah cc enjin kereta Honda Odyssey
Bacaan cc enjin merupakan perkara utama bagi menentukan harga roadtax kereta termasuklah bagi harga roadtax honda odyssey.
Merujuk daripada cc enjin honda odyssey generasi ke 4 terdapat hanya 1 cc enjin yang sering menjadi pilihan iaitu 2.4cc atau 2354cc.
Manakala, bagi generasi ke 5 honda odyssey juga hanya terdapat satu c enjin pilihan ramai iaitu 2.4cc atau 2356cc.
Adakah nilai bagi roadtax honda odyssey juga turut berbaloi untuk dimiliki ?
Berapa harga roadtax kereta Honda Odyssey sepatutnya ?
Roadtax honda odyssey bagi generasi ke 4 dan ke 5 ada sedikit perbezaan walaupun bacaan enjin adalah 2.4cc.
Hal ini demikian, harga roadtax honda odyssey dikira berdasarkan setiap keupayaan enjin atau cc enjin berdasarkan angka 2354cc dan juga 2356cc.
Harga roadtax kereta honda odyssey generasi keempat yang dilengkapi dengan cc enjin 2354 adalah berjumlah sebanyak RM723.20 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.
Manakala, harga roadtax kereta honda odyssey bagi generasi kelima yang terdiri daripada cc enjin 2356cc berjumlah RM724.80 sahaja bagi tempoh 12 bulan.