Harga roadtax kereta Honda Civic 1.5

Harga roadtax kereta Honda Civic 1.5. Berapakah harga roadtax kereta bagi kereta-kereta honda civic 1.5 yang dilengkapi dengan kecanggihan hybrid atau turbo ?

Renew roadtax kereta adalah perkara yang sangat penting bagi pemilik-pemilik kereta termasuklah pemilik kereta honda civic 1.5 .

Semenjak diperkenalkan cc enjin baru untuk kereta honda civic, ianya menjadi sambutan yang lebih memberansangkan kepada para peminat kereta.

Apabila cakap sahaja mengenai kereta honda civic, sudah tentu ramai yang memasang impian untuk memiliki kereta ini.

Dengan pelancaran enjin baru honda civic 1.5 yang dilengkapi dengan hybrid atau turbo memperkuatkan lagi para peminatnya untuk membeli kereta ini.

Model kereta Honda Civic 1.5

Sebenarnya sejak dari dahulu sudah ada honda civic yang dibawa masuk ke negara kita mempunyai cc enjin 1.5cc.

Namun, di artikel ini, kita akan fokuskan kepada model honda civic 1.5 yang terkini yang dikenali sebagaihonda civic 1.5 FB hybrid, honda civic 1.5 FC dan juga honda civic 1.5 FE.

Untuk pengetahuan anda, honda civic 1.5 fb hybrid dilancar pada tahun 2012 hingga 2015. Manakala, honda civic 1.5 fc juga dikenali sebagai honda ketam yang dilancarkan pada tahun 2016 hingga 2021. Dan honda civic 1.5 fe pula bermula pada tahun 2022 hingga kini.

harga roadtax kereta honda civic 1.5

Pelancaran honda civic 1.5cc merupakan satu pembaharuan seiring dengan teknologi terkini dengan adanya tambahan kuasa elektrik hybrid atau turbo.

Ini menjadikan kadar kecekapan lebih cepat disamping menampung berat kereta bersama pemandu dan penumpang lebih efisien pada rpm rendah.

Sambutan ramai juga sangatlah menggalakkan kerana penambahan hybrid atau turbo adalah ibarat seperti kereta yang mempunyai cc enjin yang besar tanpa hybrid atau turbo.

Jadi, cc enjin yang kecil pada honda civic 1.5 boleh digunakan dengan kuasa kuda seakan atau sama dengan cc enjin yang besar.

Berapa harga roadtax kereta Honda Civic 1.5 ?

Apakah kaitannya cc enjin dengan harga roadtax honda civic 1.5 ? Terdapat kaitan rapat lebih-lebih lagi pada harga roadtax civic 1.5 yang membantu mengurangkan kos cukai jalan dikeluarkan setiap tahun.

Buat masa ini, pihak berkuasa hanya melihat kepada cc enjin sahaja bagi menilai harga roadtax kereta.

Ini merupakan kesempatan terbaik untuk anda membeli kereta-kereta yang mempunyai cc enjin kecil dan dilengkapi kuasa elektrik hybrid atau pun turbo.

Untuk harga roadtax civic 1.5 fb hybrid berjumlah sebanyak RM90 sahaja bagi tempoh 12 bulan.

Harga roadtax honda civic 1.5 fc adalah berjumlah RM90 sahaja untuk setahun penggunaan.

Manakala, harga roadtax honda civic 1.5 fe juga turut berjumlah sebanyak RM90 sahaja bagi tempoh selama 1 tahun.


Posted

in

by

Tags: