Harga roadtax kereta Chery Eastar

Harga roadtax kereta Chery Eastar. Berapa nilai bagi harga roadtax kereta untuk jenama dan juga model kereta chery eastar semenjak ianya dibawa masuk ?

Membuat atau menghidupkan roadtax kereta merupakan satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan oleh pemilik kereta.

Walaupun sesibuk mana pun pemilik kereta hendaklah menyelesaikan urusan renew roadtax kereta dengan kadar yang segera.

Hal ini kerana, kereta atau kenderaan yang anda gunakan pada tiap hari perlulah dilindungi dengan insurans kereta dan juga roadtax kereta.

Memang benar yang melindungi sesebuah kereta itu adalah insurans kereta anda, namun, perlu diingatkan bahawa roadtax kereta merupakan syarat utama insurans kereta anda boleh diproses ataupun sebaliknya.

Jadi, elakkan dari tidak hidupkan roadtax kereta lebih-lebih lagi anda sebagai pengguna kereta chery eastar.

Cc enjin kereta Chery Eastar

Keupayaan enjin yang tertera pada setiap geran kereta boleh juga dikenali sebagai cc enjin.

Melalui cc enjin ini, pihak berkuasa telah menjadikan ianya rujukan asas untuk mendapatkan harga roadtax chery eastar.

Kemasukan kereta chery eastar di negara kita adalah sejak dari tahun 2006 hingga 2015.

harga roadtax kereta chery eastar

Pada awal kemasukkan kereta chery eastar ini dilancarkan dengan cc enjin berjumlah 2.0cc atau 1971cc.

Dua tahun dari tarikh tersebut, cc enjin bernilai 2.4cc atau 2350cc diperkenalkan bagi memberikan variasi dan pilihan kepada para pembeli kereta 7 tempat duduk ini.

Berapa harga roadtax kereta Chery Eastar berdasarkan kedua cc enjin ?

Roadtax chery eastar mempunyai 2 harga kerana ianya terdiri daripada 2 cc enjin yang berlainan.

Sekiranya chery eastar mempunyai 2 jenis enjin yang berlainan namun keduanya adalah daripada 2.0cc, maka berkemungkinan harga roadtax adalah sama.

Kemungkinan yang dimaksudkan adalah kerana ianya perlu dinilai berdasarkan nilai 4 angka yang berlainan jika tidak sama contohnya seperti 1971cc dan juga 1972cc.

Harga roadtax chery eastar 2.0 adalah berjumlah sebanyak RM365.50 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.

Manakala, harga roadtax chery eastar 2.4 pula adalah sekitar RM730 sahaja untuk tempoh 12 bulan penggunaan.

Jika nak hidupkan roadtax 6 bulan sekali untuk chery eastar pun boleh dengan 2.0 berjumlah RM182.75 dan 2.4 pula berjumlah RM365 sahaja.


Posted

in

by

Tags: