Harga roadtax kereta Proton Iswara. Berapakah harga roadtax kereta untuk kereta jenama tempatan iaitu proton iswara atau dikenali sebagai proton saga iswara ?
Renew roadtax kereta adalah satu tanggungjawab bagi semua kenderaan. Bagi anda sebagai pemilik kereta proton iswara juga turut begitu.
Proton iswara dilancarkan semenjak 1992 sehinggalah tahun 2003. Sepanjang tempoh ini terdapat 3 jenis model bagi proton iswara.
Antara 3 model proton iswara tersebut adalah iswara sedan, iswara aeroback dan juga iswara aeroback special edition.
Ketiga-tiga ini mempunyai reka bentuk berlainan dan juga didatangkan dengan 2 jenis cc enjin yang berbeza.
Cc enjin kereta Proton Iswara
Dengan 3 reka bentuk tersebut, proton iswara didatangi dengan 2 cc enjin iaitu 1.3cc atau 1298cc dan juga 1.5 atau 1468cc .
Daripada cc enjin anda boleh ketahui nialai bagi roadtax iswara sama ada roadtax iswara 1.3 atau roadtax iswara 1.5 .
Ini sangatlah penting kerana ia adalah kos-kos yang perlu dibelanjakan untuk setiap tahun sepanjang anda menggunakan kereta ini.
Di pasaran ianya masih ternampak banyak dijual dan dibeli. Kegunaannya adalah seperti membawa barangan untuk berniaga mahupun kegunaan harian untuk jarak dekat.
Dengan harga market yang sudah murah membuatkannya ianya dijadikan pilihan dibeli secara tunai dan dalam masa yang sama memiliki kereta dengan ruang yang luas.

Berapa harga roadtax kereta Proton Iswara 1.3 ?
Harga roadtax iswara 1.3 untuk 12 bulan adalah berjumlah sebanyak RM70 sahaja.
Harga roadtax kereta proton iswara 1.3 ini adalah untuk ketiga-tiga model reka bentuk yang telah dikeluarkan.
Berapa harga roadtax kereta Proton Iswara 1.5 ?
Manakala, berbeza pula untuk kereta proton iswara 1.5 . Hanya terdapat pada 2 reka bentuk sahaja iaitu proton iswara 1.5 sedan dan juga proton iswara 1.5 aeroback.
Untuk proton iswara aeroback special edition tiada cc enjin 1.5 dikeluarkan untuk model ini. Ini bermakna hanya model proton iswara pada tahun 2001 dan ke bawah sahaja mempunyai cc enjin 1.5 ini.
Harga roadtax iswara 1.5 adalah berjumlah RM90 sahaja. Harga roadtax kereta proton iswara 1.5 ini merangkumi tempoh selama 12 bulan sahaja.