Harga roadtax kereta Proton Preve. Berapakah harga roadtax kereta bagi sebuah kereta dari jenama tempatan iaitu proton preve ?
Setelah saja anda memiliki kereta sama ada dibeli secara pinjaman bank atau secara tunai, sudah pasti anda mempunyai kewajipan untuk renew roadtax kereta.
Sistem menghidupkan roadtax kereta ini sangatlah penting kerana ianya melibatkan juga sistem insurans kereta.
Jika tiada insurans kereta dibuat, maka nak renew roadtax kereta pun tidak dibolehkan dan ianya adalah untuk kesejahteraan semua pemilik kenderaan yang menggunakan jalan raya.
Renew roadtax kereta proton preve menandakan anda seorang yang bertanggungjawab terhadap kenderaan tersebut serta juga kenderaan-kenderaan sekeliling anda.
Jadi, setiap kali nak renew roadtax preve, pastinya akan terdapat harga roadtax proton preve yang perlu diketahui sebelum membuat pembayaran.
Cc enjin kereta Proton Preve
Enjin kereta merupakan perkara utama yang terdapat pada setiap kereta bagi menggerakkannya dari satu tempat ke tempat lain.
Setiap enjin kereta memiliki bacaan bagi keupayaan enjin tersebut yang dinilai berdasarkan cc enjin.

Untuk kereta proton preve, ianya dilancarkan pada tahun 2011 hingga 2018. Keluaran enjin kereta ini mempunyai 2 jenis enjin iaitu 1561cc (turbo) dan juga 1597cc dan keduanya masih di bawah cc sama iaitu 1.6cc
Melalui cc enjin kereta proton preve ini akan menentukan harga roadtax preve 1.6 yang sebenar.
Jadi, sama ada kereta preve yang dilengkapi turbo atau pun tidak, ianya tetap akan mempunyai harga roadtax kereta proton preve yang sama.
Berapa harga roadtax kereta Proton Preve?
Nak renew roadtax proton preve atau cukai jalan raya kereta preve mempunyai 2 pilihan iaitu selama 6 bulan dan juga 12 bulan.
Disebabkan harga roadtax preve 1.6 berpatutan, ramai dikalangan pemilik renew roadtax kereta ini selama 12 bulan.
Namun, tiada sebarang masalah pun untuk anda nak renew roadtax preve selama 6 bulan sekali kerana ianya masih mempunyai pilihan.
Jika gunakan pilihan tersebut harga roadtax preve 1.6 tetap sama dan tiada sebarang tambahan harga.
Harga roadtax kereta proton preve adalah berjumlah sebanyak RM90 sahaja untuk tempoh 12 bulan. Manakala, harga roadtax preve 1.6 selama 6 bulan pula bernilai RM45 sahaja.