Harga roadtax kereta Honda Civic 2.0 . Berapa harga roadtax kereta untuk beberapa generasi honda civic 2.0 di pasaran dalam kita ?
Sejak dari dahulu kereta honda sangat menjadi kegilaan ramai. Ini ada kemungkinan disebabkan reka bentuknya yang lebih ke arah sporty termasuklah kereta honda civic.
Kereta segmen C honda civic ini memberikan ruang yang luas dan selesa kepada para pemilik serta menumpangnya.
Dari luar saja sudah nampak aerodinamik yang terarah kepada kestabilan apabila kelajuan yang tinggi.
Konsep honda civic ini adalah sedan dan dilengkapi dengan ruang bahagian bonet belakang yang sangatlah besar sehingga mampu mengisi beberapa biji beg luggage atau bagasi dalam satu-satu masa.
Namun, apakah dari segi roadtax civic 2.0 juga memberikan kelebihan dibandingkan cc enjinnya yang lebih kecil ?
Generasi Honda Civic 2.0 yang bermula sejak tahun 2005
Bermula pada tahun 2005, generasi ke lapan honda civic 2.0 telah dibawa masuk oleh pihak honda ke negara kita.
Ianya juga dikenali sebagai honda civic fd. Untuk generasi honda civic fd ini, ada 3 model yang menggunakan cc enjin 2.0 iaitu honda civic fd 2.0 , honda civic type R 2.0 atau FD2R dan juga FN2R .
Manakala, untuk generasi kesembilan pula dikenali sebagai honda civic fb 2.0 . Seterusnya generasi kesepuluh dikenali sebagai honda civic type R 2.0 atau FK8 .
Paling terkini untuk generasi kesebelas adalah honda civic 2.0 e:HEV RS (hybrid) dan juga honda civic type R 2.0 atau dikenali sebagai FL5 .

Kesemua di atas merupakan model-model menggunakan enjin yang mempunyai cc enjin 2.0. Namun, semuanya menggunakan jenis enjin yang berbeza seiring dengan teknologi dan spec yang diperlukan.
Berapa harga roadtax kereta honda civic 2.0 tersebut ?
Terdapat 2 tawaran harga roadtax honda civic 2.0 yang boleh setiap pemilik kereta ini renew iaitu 6 bulan dan 12 bulan.
Untuk harga roadtax honda civic 2.0 bagi tempoh 6 bulan adalah berjumlah sekitar RM190 sahaja.
Manakala, harga roadtax kereta honda civic 2.0 untuk tempoh 12 bulan pula adalah sebanyak RM379 sahaja.
Tiada sebarang syarat terikat kepada anda sekiranya membuat salah satu harga roadtax kereta civic 2.0 ini.