Harga roadtax kereta Perodua Kembara

Harga roadtax kereta Perodua Kembara. Berapakah harga roadtax kereta untuk sebuah kereta SUV dari jenama tempatan iaitu kembara ?

Perodua telah melancarkan kereta kembara sejak tahun 1998 hinggalah tahun 2007 iaitu selama 9 tahun ianya berada di pasaran.

Ini merupakan satu cabaran baru buat pihak perodua sendiri yang ingin memberikan satu kelainan untuk para pembelinya.

Dengan kapasiti enjin berjumlah 1296cc, keupayaannya mencukupi bagi membawa kenderaan seberat sekitar 1125kg hingga 1550kg mengikut beberapa modelnya.

Kenderaan seperti perodua kembara ini masih banyak terjual di kedai-kedai kereta terpakai dan ada juga yang masih menggunakan untuk urusan harian walaupun ianya hampir mencapai 3 dekat.

Namun, minat orang masing-masing tidak sama dan terdapat kelebihan bagi kereta perodua kembara yang tiada pada kereta lain.

Apakah kelebihan kereta Perodua Kembara ?

Sudah tentu kelebihan utamanya adalah ianya sangat murah untuk dimiliki dengan budget di bawah RM10,000 sahaja.

Dengan kelebihan ini, ianya tidak sesuai dengan semua orang kecuali yang betul-betul memerlukannya untuk kegunaan sebenar.

Kebanyakkan daripada para pembeli menggunakan kereta perodua kembara untuk kegunaan di kawasan kampung.

Lebih-lebih lagi bagi pengusaha-pengusaha ladang seperti sawit mahupun getah di felda mahupun ladang di tanah sendiri.

harga roadtax kereta perodua kembara

Dengan kelebihan ketinggian dan 4 pacuan roda (4×4), ianya digunakan untuk tempat yang sukar dimasuki dan juga laluan berliku-liku.

Dalam masa yang sama juga boleh menggunakan jalan raya tanpa sebarang masalah dan sudah tentu melalui kawasan dinaiki air seperti banjir dengan lancar.

Peralatan barangan juga masih banyak dan mudah didapati di pasaran. Masuk sahaja group kereta ini pasti ada yang ingin membantu dan menjualnya.

Namun, adakah harga roadtax kereta perodua kembara terlalu mahal seiring dengan kelebihan kereta ini ?

Berapa harga roadtax kereta Perodua Kembara yang sebenar ?

Roadtax kembara adalah salah satu kos wajib perlu dihidupkan tanpa terlepas pandang oleh setiap pemilik.

Walaupun menggunakannya dalam ladang, kereta ini juga memerlukan perlindungan asas bagi mengelakkan kos-kos membaiki yang tinggi.

Harga roadtax perodua kembara hanyalah berjumlah RM70 sahaja untuk tempoh 12 bulan sekali perlu dibayar.

Dibandingkan dengan kereta sama kelebihannya terutamanya 4 pacuan roda, harga roadtax kembara adalah yang paling murah dan agak tidak masuk akal jika anda buat perbandingan.


Posted

in

by

Tags: