Harga roadtax kereta Wira 1.8 . Berapakah harga roadtax kereta bagi sebuah kereta yang direbuti orang muda iaitu proton wira 1.8 ?
Terdapat beberapa cc enjin kereta proton wira yang telah diperkenalkan sejak ianya mula dilancarkan pada tahun 1993.
Bermula dengan cc enjin wira 1.3cc, wira 1.5cc, wira 1.6cc dan juga wira 1.8cc telah pun menjadi pilihan rakyat negara kita.
Di artikel ini, kita nak fokuskan kepada kereta proton wira 1.8 yang menjadi pujaan hati ramai dari dahulu hinggalah sekarang.
Jangan terkejut walaupun ianya menghampiri umur 4 dekat, kereta proton wira ini masih mempunyai permintaan yang sangat mengagumkan.
Lebih-lebih lagi buat golongan muda dan pertengahan yang masih mencari dan membeli kereta wira 1.8.
Namun, jika membeli kereta wira 1.8 ini, berapa pula roadtax wira 1.8 yang perlu dibayar untuk setiap tahun oleh pemilik kereta ?
Kelebihan proton wira 1.8
Sebelum kita terus kepada harga roadtax wira 1.8, mari kita lihat apakah kelebihan sekiranya memiliki kereta proton wira 1.8 pada masa sekarang.
Perkara pertama adalah dari segi harga pembeliannya adalah mampu milik. Walaupun tidak banyak dijual dipasaran secondhand, harga pembelian masih lagi berbaloi untuk dimiliki.

Kereta wira 1.8 ini kebanyakkannya orang tidak menjual kembali setelah memiliki kerana minat mereka adalah untuk simpan sahaja.
Dengan enjin 1.8cc, apabila ianya dibawa, terasa begitu yakin apabila memandu di atas jalan raya.
Kereta sedan seperti proton wira pula merupakan aerodinamik dan chasis badan kereta yang utuh apabila mengambil selekoh.
Berapa harga roadtax kereta proton wira 1.8 ?
Namun, bagaimana pula dengan harga roadtax wira 1.8 ini? Adakah ianya berbaloi untuk dibayar setiap tahun walaupun kereta jarang jalan dan hanya disimpan di dalam kawasan rumah ?
Harga roadtax wira 1.8 berjumlah sebanyak RM297 sahaja untuk selama tempoh 12 bulan.
Sekiranya anda tidak mahu renew roadtax wira 1.8 sekaligus untuk 12 bulan, maka anda mempunyai pilihan untuk hidupkannya selama 6 bulan sekali.
Harga roadtax proton wira 1.8 untuk 6 bulan adalah sekitar RM149 sahaja. Namun, perlu diingatkan untuk harga insurans kereta wira 1.8 adalah wajib dibuat selama 1 tahun.