Harga roadtax Proton Iriz. Di artikel ini, anda akan mengetahui harga roadtax kereta jenama tempatan iaitu proton iriz.
Kereta iriz merupakan satu pengenalan daripada proton kepada market kereta-kereta hatchback untuk bersaing secara sihat dengan jenama-jenama kereta lain.
Paling tidak pun orang ramai mempunyai pilihan lain mengikut citarasa tersendiri dan kelebihan yang diberikan proton iriz itu sendiri.
Antara kelebihan daripada pihak pemilik kereta iriz ini adalah tentang pemanduan atau handling yang bagus sepanjang memandu.
Dah cuba test drive baru boleh sahkan ianya adalah benar. Namun, bagaimanakah dengan kos-kos setelah membeli kereta proton iriz ini?
Adakah nilai bagi roadtax iriz berpatutan untuk dimiliki ? Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut.
Pilihan cc enjin kereta Proton Iriz
Sejak proton iriz dilancarkan pada tahun 2014, ada 2 cc enjin diperkenalkan iaitu 1.3cc dan juga 1.6cc .
Keduanya kereta iriz dilengkapi dengan 2 jenis gearbox iaitu manual dan juga CVT (continuous variable transmission).
Jadi, akan terdapat 2 harga roadtax proton iriz yang memerlukan perhatian dari setiap pemilik iriz tanpa membuat silap.

Walaupun bezanya tidak jauh, tetapi ianya mempengaruhi harga keseluruhan budget tahunan anda.
Jika anda kurang pasti kereta iriz anda menggunakan cc enjin sama ada 1.3cc atau 1.6cc, sila buat rujukan semula pada aplikasi MyJpj atau rujuk pada geran kereta proton iriz anda.
Berapa harga roadtax kereta Proton Iriz ?
Setelah dah tahu akan jumlah cc enjin kereta proton iriz anda, maka mudah untuk anda membuat kiraan budget dari awal.
Harga roadtax proton iriz yang diberikan belum termasuk lagi kiraan harga insurans kereta proton iriz.
Ianya diasingkan mengikut tempat yang anda ingin lakukan pembayaran bagi mengelakkan sebarang kesilapan.
Harga bagi roadtax iriz 1.3 adalah berjumlah RM70 sahaja untuk tempoh 12 bulan. Manakala, harga bagi roadtax iriz 1.6 pula hanya RM90 untuk sekali pembayaran dalam 1 tahun.
Bezanya tidak banyak, namun kesilapan boleh berlaku lebih-lebih lagi bagi anda yang baru nak renew roadtax kereta iriz buat pertama kali.
Comments
One response to “Harga roadtax Proton Iriz”
[…] kedua harga roadtax kereta iriz ini? Harga roadtax kereta iriz 1.3 adalah sebanyak rm70, dan manakala harga roadtax kereta iriz […]