Harga roadtax motor kriss 110. Di artikel ini, akan memberitahukan tentang harga roadtax motor khasnya untuk motor berjenama modenas kriss 110.
Terdapat beberapa model motosikal modenas kriss yang antaranya adalah keluaran pertama pada tahun 1996 iaitu kriss 110.
Kemudian, kriss 100 bermula pada tahun 2004 dan seterusnya kriss 120 pada tahun 2007.
Apa yang ingin difokuskan sekarang adalah kepada modenas kriss 110 yang sehingga kini keluarannya masih dilakukan.
Daripada reka bentuk generasi pertama motor kriss 100 dan kini sudah berubah kepada reka bentuk jauh beza daripada yang pertama dilancarkan.
Namun, berapakah harga roadtax motor kriss 110 jika membeli model lama dibandingkan dengan model terbaru kriss 110 ?
Nak beli modenas kriss 110 secondhand atau baru ?
Sebelum kita menghala ke arah jawapan utama, perkara ini pasti menjadi persoalan. Lebih-lebih lagi yang masih keliru nak pilih sama ada beli motor second atau baru kriss 110.
Kedua pilihan tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Namun, ianya berbalik kepada anda sendiri.
Disarankan untuk miliki motosikal modenas kriss 110 sekiranya anda hanya ingin menggunakan motor pergi dan balik kerja tanpa inginkan sebarang masalah.
Bukan bermakna motor kriss 110 secondhand akan memberi masalah setelah membeli.

Namun, lebih kepada jika seseorang tahu mengenai kerosakan motor, lebih bagus untuk memilih kriss 110 secondhand yang jauh lebih jimat dan tahan lasak.
Jadi, sila buat kira-kira dari awal termasuklah kos-kos penting seperti bayaran bulanan untuk anda yang membeli motor kriss 110 yang baru.
Manakala, wang tunai yang mencukupi untuk membeli motor secondhand kriss 110cc dan mempunyai baki simpanan untuk baiki sekiranya motor kriss 110 anda berlaku kerosakan.
Begitu juga dengan setiap tahun perlu menyediakan kos bagi roadtax motor kriss 110 serta insuran motor kriss 110.
Berapakah harga roadtax motor kriss 110 perlu dikeluarkan setiap tahun ?
Harga roadtax motor kriss 110 hanyalah berjumlah RM2 sahaja bagi setiap 12 bulan penggunaan.
Kos ini adalah kekal sehingga sekarang dan setakat ini tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Harga roadtax kriss 110 sangatlah berbaloi untuk dibayar. Namun, perlu diingatkan harga insurans motor kriss 110 adalah belum termasuk.
Jika termasuk akan menjadi harga roadtax dan insurans motor kriss 110 secara keseluruhan.