Harga insurans kereta Exora

Harga insurans kereta Exora. Berapa harga insurans kereta khasnya kereta keluaran tempatan iaitu proton exora.

Proton yang berasal daripada negara kita telah melancarkan sebuah kereta keluarga yang sesuai bagi keluarga yang agak besar.

Sebuah MPV daripada proton iaitu kereta exora telah pun mendominasi pilihan-pilihan Mpv yang lain semenjak tahun 2009 hinggalah tahun 2023.

Selama hampir 14 tahun kereta proton exora berada di atas jalan raya, ramai berpendapat ianya satu kereta rakyat yang mempunyai ruang dalaman yang besar dan luas.

Sama ada nak masukkan penumpang 7 orang dewasa, mahupun mengisi barangan bersaiz sederhana besar juga turut boleh.

Namun, kos nak membela kereta exora ini terutamanya dari segi harga insurans kereta exora pula berapa ?

3 Faktor mempengaruhi harga insurans kereta exora

Sebelum nak proceed kepada harga insurans kereta exora, ketahuilah ada beberapa faktor utama yang boleh mempengaruhi harga insuran kereta proton exora anda.

1. Tahun kereta Exora

Kereta proton exora sekarang perlu dibeli di kedai-kedai kereta terpakai. Jadi, rujuklah tahun kereta exora.

Semakin lama tahun kereta exora anda, maka semakin rendah market value kereta exora anda.

Jadi, harga insurans kereta proton exora anda juga turut akan semakin rendah seiring dengan market value setiap tahun.

2. NCD (no claim discount)

NCD ini untuk mudah difahami adalah potongan harga semasa insurans kereta anda. Jumlah ncd diberikan berdasarkan peratus.

Semakin tinggi peratus, maka semakin tinggi diskaun pada harga insurans kereta exora anda.

harga insurans kereta exora

3. Jenis insurans kereta

Ada 3 pilihan atau jenis insurans kereta yang boleh digunakan oleh kereta proton exora anda.

Setiap jenis itu mempunyai fungsi, kelebihan serta kelemahannya juga. Antara pilihan tersebut adalah :

  • Insurans kereta 1st party
  • Insurans kereta 3rd party kebakaran dan kecurian
  • Insurans kereta 3rd party tiada perlindungan (RM0)

Berapa harga insurans kereta Exora ?

Berdasarkan faktor-faktor diatas yang akan membuatkan harga insuran kereta exora berlainan walaupun anda memiliki kereta yang sama dengan pemilik lain.

Jadi, secara anggaran diberikan kepada anda harga insurans kereta exora yang boleh dijadikan rujukan terutamanya kepada anda baru saja tahun kedua renew insurans kereta exora.

Tahun keretaMarket value tahunanNCDJenis insurans keretaHarga insurans kereta Exora
2015RM16,000-RM24,00025%1st partyRM528-RM792
2015RM10,00025%3rd party fire and theftRM430-RM450
2015RM025%3rd party onlyRM350-RM370

Posted

in

by

Tags: