Harga roadtax kereta Saga Flx. Berapa nilai harga roadtax kereta bagi sebuah kereta proton saga flx yang berada di pasaran sekarang ?
Kereta proton saga merupakan icon pilihan bagi jenama kereta tempatan hampir 5 dekat di negara kita.
Dengan adanya kereta proton saga, maka pihak pembeli mempunyai pilihan lebih jimat serta pakage yang lebih berbaloi setanding dengan harga kereta.
Untuk kereta proton saga flx, ianya sudah dilancarkan sejak tahun 2011 hingga 2016. Tempoh 5 tahun ini adalah satu kepercayaan yang diberikan sama ada untuk meneruskan cc enjin baru atau pun tidak.
Namun, pada tahun 2016, cc enjin kereta proton saga flx ini telah pun dihentikan atas faktor permintaan yang lebih memilih enjin 1.3cc dibandingkan 1.6cc .
Kelebihan cc enjin proton saga flx 1.6
Sejak dari dahulu kereta proton saga telah pun menggunakan cc enjin 1.3cc yang lebih mesra penggunaan minyak sesuai dengan harga pasaran.
Namun, sejak tahun 2008, cc enjin 1.6cc telah pun diperkenalkan kepada generasi baru iaitu proton saga blm. Jadi, ada dua pilihan cc enjin untuk para pembeli 1.3cc dan juga 1.6cc.

Ianya adalah lebih kepada melihat kepada permintaan semasa yang inginkan keupayaan lebih bagi sesebuah kereta proton saga.
Seterusnya diteruskan kepada saga fl 1.6 dan akhirnya dihentikan penggunaan untuk saga flx 1.6cc .
Kelebihan kereta saga flx 1.6 sudah pasti ianya lebih bertenaga untuk membawa anda dan penumpang dengan yakin.
Bawa barang banyak pun tiada masalah kerana kuasa enjin saga flx 1.6 sangat berbaloi untuk dimiliki.
Untuk anda yang ingin mencari kereta saga flx 1.3cc mahupun 1.6cc, keduanya pun bagus dan masih banyak pemilik menggunakannya di atas jalan raya.
Harga roadtax kereta saga flx sebenar berapa ?
Untuk pengetahuan anda, harga roadtax kereta saga adalah bergantung kepada jumlah cc enjin yang anda gunakan.
Proton saga flx terdapat 2 jenis enjin iaitu 1.3cc dan juga 1.6cc. Jadi, akan terdapat 2 harga roadtax kereta saga yang berlainan.
Harga roadtax kereta saga flx 1.3 adalah berjumlah RM70 bagi tempoh 12 bulan. Manakala, harga roadtax kereta flx 1.6 pula sebanyak RM90 untuk jangka masa 1 tahun penggunaan.
Sila rujuk semula pada geran kereta saga flx anda sekiranya anda kurang pasti akan berapa cc enjin kereta saga flx yang anda gunakan sebelum membayar roadtax kereta saga flx ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.