Harga roadtax kereta Saga Vvt

Harga roadtax kereta Saga Vvt. Berapakah harga roadtax kereta saga 1.3 untuk sebuah kereta jenama tanah air iaitu proton saga vvt ?

Proton saga merupakan kereta pertama diperkenalkan di negara kita sebagai kereta produk Malaysia.

Sejak dilancarkan pada tahun 1985 hingga sekarang, terdapat banyak generasi proton saga telah diperbaharui dan ditambah baik selari dengan selera para pemilik kereta ini.

Generasi terkini iaitu saga vvt adalah pilihan ramai sejak dilancarkan pada tahun 2016. Untuk generasi ini juga sudah mempunyai penambah baikkan iaitu saga vvt mc 1 dan juga saga vvt mc 2.

Secara ketaranya, kedua mc 1 dan mc 2 mempunyai gearbox yang berlainan walaupun di bawah generasi yang sama iitu proton saga vvt.

Menjadi persoalan di sini, berapakah harga roadtax kereta proton saga vvt ? Adakah antara saga mc1 dan saga mc2 mempunyai harga roadtax saga vvt yang sama ?

Cc enjin kereta proton saga vvt

Untuk pengetahuan anda, pihak proton mengeluarkan generasi saga vvt dengan jumlah cc enjin sebanyak 1.3cc atau 1332cc .

Sebelum ini adalah saja diperkenalkan enjin 1.5 untuk model saga fl dan juga flx, namun, sambutannya agak sedikit kurang dibandingkan enjin 1.3cc .

Pada awalnya, kereta saga vvt mc1 sudah mencukupi dengan kehadiran enjin 1.3 ditambah pula dengan gearbox cvt untuk penjimatan minyak.

Namun, atas permintaan ramai penggemar kereta proton saga, diperkenalkan saga vvt mc2 yang kembali semula kepada gearbox auto 4-speed.

harga roadtax kereta saga vvt

Harga roadtax kereta saga vvt sepatutnya

Roadtax kereta saga vvt seperti biasa perlu melalui proses menghidupkan insurans kereta saga terlebih dahulu, kemudian barulah boleh anda renew roadtax kereta ini.

Perlu diingatkan bahawa harga roadtax kereta saga vvt ini belum termasuk dengan harga insurans kereta saga vvt.

Harga roadtax kereta saga vvt 1.3 untuk mc1 adalah berjumlah RM70 sahaja untuk tempoh selama 1 tahun.

Manakala, harga roadtax kereta saga vvt 1.3 mc2 pula sebanyak RM70 juga bagi tempoh 12 bulan.

Keduanya adalah sama disebabkan masih menggunakan cc enjin yang sama iaitu 1.3cc, yang berubah hanyalah penggunaan gearbox sahaja.


Posted

in

by

Tags: