Harga roadtax kereta Grand Livina 1.8 . Berapakah harga roadtax kereta sesuai dengan kereta nissan grand livina 1.8 ?
Terdapat dua pilihan model kereta bagi jenama nissan grand livina iaitu 1.6cc dan juga 1.8cc di pasaran kini.
Walaupun keluaran kereta baru grand livina telah dihentikan, penjualan kereta secondhand tetap mendapat sambutan hangat di kedai-kedai kereta terpakai.
Ciri-ciri kereta grand livina yang lengkap membuatkan ianya sesuai dengan keluarga sederhana besar.
Di artikel ini, kita akan membincangkan tentang harga roadtax grand livina 1.8 . Ianya turut menjadi pilihan disebabkan kelebihan enjin yang lebih berkuasa bagi menampung perjalanan yang lebih meyakinkan.
Kelebihan dan kekurangan memilih nissan grand livina 1.8
Kelebihan :
Sebelum membeli sudah pasti anda sudah jelas dengan kelebihan cc enjin 1.8 kereta grand livina yang lebih berkuasa.
Selain itu, reka bentuk seperti spoiler belakang dan skirting yang lebih menawan semasa pembelian tidak memerlukan lagi penambahan selepas membeli.

Kekurangan :
Namun, dengan enjin berkuasa lebih tinggi membuatkan penggunaan minyak kereta ini lebih besar. Tetapi bergantung kepada cara pemanduan pemilik juga.
Tambahan pula, harga roadtax grand livina 1.8 adalah lebih tinggi dibandingkan dengan cc enjin 1.6 . Bezanya melebihi 100% oleh kerana penetapan oleh pihak berkuasa.
Ini adalah pendapat peribadi berdasarkan apa yang dilihat daripada para pengguna kereta grand livina 1.8 dan tidak semuanya adalah sama dengan pendapat anda.
Jika tidak kisah akan segala kos, maka kesesuaian anda dengan kereta grand livina 1.8 adalah tepat.
Berapa harga roadtax kereta grand livina 1.8 ?
Roadtax grand livina 1.8 mempunyai prosedur yang sama untuk menghidupkannya setiap tahun.
Harga roadtax grand livina 1.8 hanyalah berjumlah sebanyak RM279 sahaja bagi tempoh 12 bulan atau setahun penggunaan.
Kos ini belum termasuk dengan harga insurans grand livina 1.8 . Jika sudah dicampur akan menjadi satu nilai keseluruhan bagi mendapatkan roadtax grand livina 1.8 yang lengkap.
Tidak perlu ikutkan orang kerana setiap orang mempunyai kemampuan masing-masing. Yang penting anda yang sendiri menampung kos harga roadtax dan insurans kereta grand livina 1.8 .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.