Harga roadtax kereta Kelisa. Berapakah kadar cukai jalan raya atau harga roadtax kereta bagi sebuah perodua kelisa bagi kedua cc enjin ?
Kereta kelisa dilancarkan sebaik sahaja diperkenalkan kereta kancil di bawah sama pengilang iaitu perodua.
Designnya yang lebih besar sedikit membuatkan pilihan ke atas kereta kelisa selainnya harga yang lebih kurang sama.
Setelah hampir 3 dekat, kereta perodua kelisa boleh anda lihat di pasaran harga marketnya kebanyakkan masih di atas RM10,000.
Jika di bawah daripada itu mungkin disebabkan model awal yang lebih lama dipasaran negara kita.
Walaupun kereta secondhand, orang ramai masih membeli kereta ini disebabkan kualiti barangan kereta ini.
Katanya jarang buat hal atau rosak secara tiba-tiba di tepi jalan. Namun, tetap juga ianya perlu dijaga dengan rapi oleh kerana kereta ini telah pun lama diperkenalkan.
Kaitan cc enjin kereta kelisa dengan harga roadtax kereta
Penetapan mudah telah pun dibuat oleh pihak berwajib bagi pengiraan harga roadtax kereta di seluruh negara kita.
Untuk kereta perodua kelisa, terdapat 2 keluaran enjin semenjak ianya dilancarkan iaitu 850cc dan juga 1000cc atau 1.0cc .

Apakah terdapat beza dari segi kedua cc enjin kereta kelisa ini ?
Jawapannya adalah ya. Dengan berat rangka atau chasis body yang sama kereta kelisa dilengkapi dengan 2 kuasa enjin yang berlainan.
Lebih tinggi cc enjin kereta kelisa, maka lebih berkuasa dan mudah ianya untuk menampung berat perodua kelisa.
Adakah terdapat beza harga roadtax kereta kelisa berdasarkan cc enjin ?
Roadtax kereta kelisa adalah merujuk kepada jumlah cc enjin. Sekiranya anda kurang pasti berapakah keluaran cc enjin kelisa anda, maka boleh rujuk pada geran kereta.
Di situ terdapat maklumat mengenai keupayaan enjin yang dibekalkan kepada kereta anda. Maka mudah selepas itu untuk menentuka roadtax kelisa anda.
Jadi, akan terdapat roadtax kelisa 850 dan roadtax kelisa 1.0 dalam 1 model kereta kelisa yang sama.
Berapakah harga roadtax kereta kelisa sebenarnya ?
Harga roadtax kereta kelisa untuk 850cc adalah berjumlah RM20 sahaja. Manakala, harga roadtax kereta kelisa 1.0 juga berjumlah RM20.
Mengapa keduanya sama ? Penetapan yang dibuat mana-mana kereta yang mempunyai cc enjin 1.0cc dan ke bawah akan dikenakan harga roadtax kereta sebanyak RM20.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.