Harga roadtax kereta Avanza 1.5 lebih mahal ke?

Harga roadtax kereta Avanza 1.5 . Apakah roadtax kereta avanza 1.5 lebih berbaloi untuk dimiliki dibandingkan dengan modelnya yang mempunyai cc lebih kecil iaitu 1.3 ?

Memiliki kereta toyota avanza sememangnya satu kelebihan buat keluarga yang mempunyai ahli yang ramai.

Dilengkapi dengan 7 tempat duduk (7-seater) membuatkan ianya dipandang bukan dari segi design, tetapi kadar keluasannya.

Lain orang lain kepentingannya, kehadiran kereta avanza 1.5 memberikan kesempatan terbaik kepada pemilik yang tidak ingin kereta yang begitu besar.

Namun, mudah untuk dikendalikan lebih-lebih lagi buat orang rumah atau para wanita gunakan sehari-harian.

Bagaimana pula dengan kos bagi roadtax avanza 1.5 untuk setiap tahun ini ?

Apakah beza beli kereta Avanza 1.5 dan juga avanza 1.3 ?

Persoalan ini pasti akan bermain di minda para bakal pembeli dan bakal pemilik kereta toyota avanza.

Jawapan ini adalah terlalu asas dan berikut merupakan pendapat aku sendiri dan pasti tidak sama dengan jawapan anda malah ada juga yang sama.

Memang ketika beli kereta avanza 1.5, harganya akan lebih mahal dibandingkan avanza 1.3 . Dan sudah pasti bayaran bulanan juga akan agak tinggi.

harga roadtax kereta avanza 1.5

Harga roadtax toyota avanza 1.5 juga lebih tinggi dan ianya tidaklah begitu jauh dibandingkan avanza 1.3

Namun, ada kelebihan sekiranya anda membeli avanza 1.5 ini antaranya adalah lebih berkuasa untuk membawa ahli keluarga yang ramai.

Nak buat lencongan kereta di hadapan pun tiada masalah kerana kuasanya yang cukup untuk take over.

Yang paling penting, toyota avanza 1.5 mempunyai facelift iaitu avanza 1.5S yang lebih menawan dan terkini walaupun secondhand.

Untuk menjual semula pada masa akan datang harga marketnya juga tidak jatuh banyak.

Berapa jauh harga roadtax toyota avanza 1.5 dibandingkan model cc enjin yang lebih rendah ?

Untuk pengetahuan anda, harga roadtax avanza 1.5 berjumlah sebanyak RM90 sahaja selama tempoh 1 tahun.

Sepanjang 1 tahun tersebut, hanya sekali sahaja pembayaran yang perlu dilakukan oleh anda.

Dibandingkan dengan model dan jenama kereta lain dipasaran yang mempunyai cc enjin 1.5cc, kereta avanza 1.5 merupakan MPV pilihan terbaik dan tahan lasak.

Malah, model-model terbaru yang mempunyai cc enjin1.5cc kebanyakkan perlu membayar harga roadtax yang tidak sama dengan harga roadtax kereta avanza 1.5 .


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply