Harga insurans kereta Ativa berbaloi untuk dimiliki ke?

Harga insurans kereta Ativa. Secara anggaran kasar berapakah kos bagi insurans kereta ativa yang sepatutnya disediakan oleh setiap pemilik kereta ini ?

Di artikel ini, anda akan dibentangkan dengan harga insurans kereta ativa yang boleh dijadikan rujukan terutamanya bagi yang pertama kali ingin renew insurans kereta.

Adalah tidak pelik sekiranya anda ingin tahu dari awal tentang harga insurans ativa 1.0 kereta ianya memerlukan belanja yang agak besar sedikit.

Jadi, apabila anda ingin hidupkan insurans kereta ativa pada tahun seterusnya tidak akan menjadi masalah.

Hal ini demikian, sebagai pemilik sudah tahu akan harga insurans ativa yang berhampiran dengan tahun sebelumnya.

Perkara asas perlu anda ketahui mengenai insurans kereta ativa

Selaku pertama kali ingin renew insurans ativa, ini bermakna kereta anda sudah masuk tahun kedua digunakan.

1. Market value kereta ativa

Secara asasnya market value kereta ativa anda juga tidak jauh daripada ketika anda membeli kereta tahun lepas.

Lihat pada kertas insurans atau covernote insurans yang diberikan oleh SA (sale advisor) perodua anda.

Jika sudah terlupa letak dimana, jangan risau kerana anda boleh minta semula pihak SA perodua untuk tujuan rujukan.

Selalunya tahun lepas kereta ativa anda cover perlindungan market value sebanyak RM72,000 hingga RM74,000.

Maka, tahun ini market value insurans kereta ativa anda adalah sekitar RM68,000 hingga RM70,000.

2. Peratus NCD

Setiap pemilik kereta mempunyai pegangan NCD(no claim discount). Kelebihan ncd ini adalah mempunyai potongan harga sekiranya anda tidak membuat sebarang claim ke atas kereta anda.

Semakin lama maka semakin tinggi peratus yang anda dapatkan. Pada permulaan ketika baru membeli kereta ativa, anda boleh dapati jumlah NCD adalah 0%.

harga insurans kereta ativa

Manakala, pada tahun kedua ini anda akan mendapatkan diskaun sebanyak 25% jika anda tidak terlibat dengan kemalangan yang melibatkan claim kepada syarikat insurans.

Setakat tercalar sedikit dengan baiki sendiri itu tidak dikira. Ini kerana anda tidak membuat laporan polis dan melakukan bantuan perlindungan terhadap syarikat insurans anda.

3. Tambahan insurans kereta ativa

Antara tambahan insurans kereta ativa yang popular menjadi pilihan adalah seperti perils (perlindungan bencana alam), windscreen ( cermin kereta) dan juga perlindungan penumpang.

Sekiranya anda tidak mengambil ketiga-tiga tambahan di atas juga tidak mengapa. Ianya adalah tidak wajib sama sekali.

Berapakah harga insurans kereta Ativa sepatutnya pada tahun pertama ?

Setelah anda tahu akan asas di atas, barulah boleh anda mendapatkan beberapa quotation insurans kereta ativa di beberapa syarikat insurans.

Nak dapatkan beberapa quotation merupakan satu survey yang memerlukan sedikit usaha dan masa.

Penilaian perlu dibuat berdasarkan tawaran apa yang diberikan oleh pihak syarikat insurans, bukan semata-mata harga insurans kereta ativa yang murah sahaja.

Berikut merupakan jadual anggaran harga insurans kereta ativa bagi rujukan anda :

Market valueNCDHarga insurans kereta Ativa
RM68,000-RM70,00025%RM2,040-RM2,100


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply