Harga insurans kereta viva. Terdapat 3 jenis cc enjin yang berbeza dibekalkan kepada perodua viva. Ianya seperti berikut 660cc, 850cc dan juga 1.0cc .
Kehadiran ketiga-tiga pilihan enjin pada sebuah model kecil hatchback ini memudahkan para pembeli satu ketika dahulu.
Kemudahan tersebut adalah seperti lebih penjimatan wang ketika bayaran bulanan dan juga penjimatan kos bahan api.
Kadar penjimatan ini boleh terkait dengan harga insurans kereta viva. Oleh kerana itu, harga insuran viva bagi sebuah model perodua viva tidak akan jauh antara satu dengan lain.
Apa yang membuatkan harga insurans kereta viva berbeza walaupun berbeza cc enjin ?
Jika anda perlihatkan ketiga-tiga kereta ini mempunyai chasis body atau rangka badan yang sama. Namun berbeza pada bekalan enjin yang digunakan.
Kadar harga insurans viva tidak sama oleh sebab harga enjin viva ini juga tidak sama.
Sekiranya berlaku kemalangan, kos untuk membaiki peralatan-peralatan pun berlainan oleh sebab saiz yang digunakan tidak sama.
Namun, ianya adalah tidak begitu ketara tetapi masih diambil kira oleh pihak syarikat insurans.
Itu cerita ketika kereta perodua viva masih baru dan hangat di pasaran. Ketika ini boleh dikatakan harga market ketiga-tiga jenis cc enjin pun sudah hampir sama.
Ini adalah kerana tahun keluarannya sudah 10 tahun dan ke atas iaitu pada tahun 2014.
Berapa harga insurans kereta viva mengikut cc enjin yang berlainan ?
Limit minima market value bagi setiap kereta viva yang ingin membuat insurans kereta viva yang mempunyai perlindungan kemalangan adalah berjumlah RM10,000 (kebanyakkan syarikat insurans).
Jika di bawah daripada tersebut mungkin ada sesetengah syarikat insurans sahaja yang menawarkan nilai tersebut.

Anda malah boleh mendapatkan harga insurans lebih murah. Namun ianya tidak melindungi kereta viva anda daripada sebarang kemalangan yang berpunca daripada anda. Jenis insurans tersebut adalah 3rd party kecurian dan kemalangan dan 3rd party tiada perlindungan (RM0 cover)
Jika berlaku kemalangan dengan kereta lain bersama kereta anda, dan didapati kereta lain bersalah maka anda boleh membuat claim kemalangan ke atas kereta viva anda.
Di bawah merupakan rujukan mudah anggaran harga insurans kereta viva mengikut cc enjin ketika anda baru pertama kali menghidupkan insurans viva (tahun kedua) yang anda miliki :
Jenis insurans | Market value | NCD | Harga insurans kereta viva 660 |
1st party | RM10,000 | 25% | RM570 |
3rd party fire and theft (kebakaran dan kecurian) | RM10,000 | 25% | RM430 |
3rd party no cover | RM0 | 25% | RM330 |
Jenis insurans | Market value | NCD | Harga insurans kereta viva 850 |
1st party | RM12,000 | 25% | RM590 |
3rd party fire and theft (kebakaran dan kecurian) | RM10,000 | 25% | RM430 |
3rd party no cover | RM0 | 25% | RM330 |
Jenis insurans | Market value | NCD | Harga insurans kereta viva 1.0 |
1st party | RM15,000 | 25% | RM700 |
3rd party fire and theft (kebakaran dan kecurian) | RM10,000 | 25% | RM430 |
3rd party no cover | RM0 | 25% | RM330 |
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.