Harga roadtax kereta perodua ativa. Siapa yang tidak mengenali kereta perodua Ativa yang diperkenalkan dan dilancarkan sejak tahun 2021.
Dalam pemilihan kereta seharusnya anda memasukkan kos-kos penting setelah memiliki kereta termasuklah kereta idaman perodua Ativa.
Hal ini demikian, anda tidak digalakkan hanya tahu membayar wang bulanan kereta, ativa sahaja.
Antara kos penting tersebut adalah roadtax ativa. Harga roadtax kereta perodua ativa adalah wajib diketahui sebelum anda ingin menjadi pemilik kereta ini.
Ketahui bilangan cc enjin kereta Ativa
Model kereta SUV daripada perodua ini dilengkapi dengan enjin yang cukup untuk menampung beratnya sekitar 1020kg atau 1.02 tan.
Dengan jumlah cc sebanyak 996cc atau 1.0cc, kereta ativa disertakan dengan kehadiran turbo bagi bantuan tambahan untuk mencapai tork dalam masa yang singkat bermula 2400rpm hingga 4000rpm.
Jadi, ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk daya pecutan yang membawa pemandu serta penumpang dalam keadaan selesa.

Apa kaitannya jumlah cc dengan harga road tax Ativa ?
Jumlah cc adalah nilai yang ada pada enjin yang dibekalkan oleh setiap kereta. Rujukan cc enjin digunakan oleh pihak berkuasa bagi menentukan harga roadtax ativa 1.0 .
Namun, kehadiran turbo yang dilengkapi oleh kereta ativa ini tidak memberi kesan kepada harga roadtax kereta ativa.
Ini kerana ianya hanya membantu kadar kecepatan (acceleration) untuk mencapai kelajuan kereta yang diinginkan, bukan kadar kebolehan sesebuah enjin.
Contoh mudah jika kita bandingkan kereta ativa 1.0 turbo dan juga perodua myvi 1.0 . Keduanya mempunyai seakan sama jumlah cc enjin.
Namun, kadar kecepatan perodua ativa 1.0 adalah lebih awal dibandingkan perodua myvi 1.0 kerana kehadiran bantuan turbo.
Dalam kata mudah, perodua ativa mampu mencapai kelajuan 110km/j dalam masa 12saat, tetapi perodua myvi pula dalam jangka masa 20saat.
Jumlah harga roadtax perodua Ativa berapa ?
Berdasarkan cc enjin, harga roadtax perodua ativa 1.0 adalah berjumlah sebanyak RM20 sahaja untuk tempoh 12 bulan atau 1 tahun.
Jika anda menggunakan kereta ativa sehingga tahun ke 10, maka setiap tahun cukai jalan atau roadtax kereta perlu dibayar dengan jumlah RM20 sahaja.
Ini adalah satu kelebihan kepada pihak pemilik kereta ativa kerana tahun demi tahun banyak kereta sudah melengkapi kereta-kereta dengan bantuan turbo.
Jika tiada bantuan turbo, maka kereta ativa suv seharusnya tidak sesuai dengan enjin 1.0cc, namun memerlukan enjin 1.5cc.
Penggunaan enjin kecil ini sangat memberikan kesan harga terhadap ativa roadtax.