Harga insuran kereta Aruz berpatutan ke?

Harga insuran kereta aruz. Berapakah harga bagi sesebuah insuran perodua aruz sebpatutnya dibayar oleh setiap pemilik kereta ini ?

Sememangnya dalam pengiraan sesebuah insuran kereta memerlukan beberapa faktor dan ianya tidak terlepas bagi sebuah kereta perodua aruz.

Insurans kereta aruz terbahagi kepada beberapa faktor yang membuatkan harganya tidak sama walaupun antara pemilik perodua aruz yang lain.

Oleh itu, anggaran nilai yang dinyatakan merupakan harga insuran aruz yang terdekat. Dan boleh dijadikan panduan terutamanya anda yang baru tahun pertama iaitu tahun pertama menghidupkan insurans aruz sendiri.

Mengapa renew insuran aruz penting untuk diketahui pada tahun kedua ?

Hal yang demikian, semasa pembelian dilakukan, segala proses termasuk insuran aruz akan diuruskan oleh pihak perodua sendiri.

Jadi, pada tahun kedua, barulah anda sendiri sebagai pemilik kereta aruz yang menghidupkan insurans aruz sama ada di kedai insuran, online mahupun terus di tempat anda membeli kereta iaitu perodua.

Proses ini perlu dinilai oleh anda sebagai pemilik kereta aruz kerana ianya melibatkan beberapa perkara penting yang melibatkan pembayaran.

Antaranya seperti penambahan insuran perils atau insuran bencana untuk kereta aruz, cermin kereta mahupun tidak mengambil apa-apa penambahan.

Ianya adalah hak anda untuk membuat perlindungan tersebut selain membuat insurans kereta aruz yang asas atau wajib yang merupakan harga yang minima.

Faktor perubahan harga insurans kereta aruz

Selain penambahan di atas, berikut merupakan basic tentang harga insurans perodua aruz perlu diketahui iaitu :

  1. Market value (Spec dan tahun kereta)
  2. Peratus NCD (no claim discount)
  3. Penambahan insurans premium (Perils atau windscreen)
  4. Kelebihan yang diberikan oleh syarikat insuran kereta tertentu

Di atas merupakan faktor terkuat yang memainkan peranan dalam mendapatkan harga insurans kereta aruz.

Harga insurans kereta Aruz berapa bagi tahun pertama hidupkan secara sendiri?

Berikut merupakan jadual bagi anda yang pertama kali menghidupkan insurans kereta aruz sendiri tanpa transfer NCD dari kereta lama :

Spec kereta Perodua AruzMarket ValueNCDHarga insurans kereta Aruz
Perodua Aruz 1.5 AVRM71,000-RM75,00025%RM2,130-RM2,250
Perodua Aruz 1.5 XRM65,000-RM69,00025%RM1,950-RM2,070

Manakala, jadual di bawah merupakan bagi anda yang renew insurans perodua aruz kali pertama dan mempunyai NCD daripada kereta sebelum ini :

Spec kereta Perodua AruzMarket ValueNCDHarga insurans kereta Aruz
Perodua Aruz 1.5 AVRM71,000-RM75,00055%RM1,278-RM1,350
Perodua Aruz 1.5 XRM65,000-RM69,00055%RM1,170-RM1,242
harga insurans kereta aruz

Posted

in

by

Tags: