Wiper kereta atau pengelap cermin kereta. Apa yang anda cari di dalam artikel wiper kereta ini boleh dijadikan rujukan terutamanya anda yang baru saja nak tahu serba sedikit tentang wiper kereta sebelum nak tukar kepada yang baru.
Soal wiper kereta ini bukanlah soal anda yang baru saja memiliki sebuah kereta. Ianya juga boleh terjadi setelah beberapa tahun anda memiliki kereta tersebut.
Penjagaan wiper kereta sangatlah perlu dititik beratkan kerana ianya berkait dengan keselamatan dikala cuaca hujan menghantui anda.
Seberapa bagus kadar viper cermin kereta kita sekarang? Pernahkan anda mengambil tahu tentang keadaan wiper kereta dalam beberapa situasi lebih-lebih lagi semasa hujan lebat ataupun hujan biasa.
Wiper kereta rosak
Panggilan wiper kereta atau ada orang juga panggil viper kereta ini perlu anda check secara berkala. Wiper kereta yang rosak boleh terjadi sekiranya anda tidak menjaganya dengan baik.

Keadaan yang membolehkan wiper kereta rosak dengan cepat adalah :
- Kereta sentiasa dibiarkan di bawah cahaya matahari.
- Wiper kereta tidak diangkat semasa kereta parking lama di bawah cahaya matahari terik.
- Tidak membersihkan pengelap cermin kereta atau wiper kereta sekiranya terdapat dahan pokok atau daun kering pada permukaan cermin kereta.
- Wiper kereta digunakan dikala getah pengelap cermin kereta telah keras.
- Pengelap cermin kereta masih digunakan walaupun sudah sampai ke besi wiper kereta boleh menyebabkan cermin kereta bergaris semasa digunakan.
- Menggunakan wiper kereta pada tahap maksimum kelajuan sehingga menyebabkan mesin gear wiper kereta rosak.
- Penggunaan wiper kereta di tahap maksimum tanpa menukar kelajuan secara berkala sehingga boleh menyebabkan tanda motor wiper kereta ingin mengalami kerosakan.
- Wiper kereta berbunyi merupakan tanda awal wiper kereta rosak atau getahnya telah keras.
Wiper kereta tak keluar air
Sekiranya anda mengalami kejadian wiper kereta tak keluar air atau air wiper kereta menjadi perlahan, anda boleh mengikut cara seperti di bawah.
Cara ini aku kongsikan kerena pernah mengalami air wiper kereta menjadi perlahan dan hanya sebelah sahaja berfungsi.
Terlebih dahulu pastikan wiper air cermin kereta anda diisikan dengan kadar yang ditetapkan. Pastikan terlebih awal tidak berlaku air wiper kering di dalam tangki wiper.
Contoh, pengalaman aku sendiri mengalami air wiper myvi tak keluar. Aku sendiri cuba nak check mengapa air wiper myvi tak keluar sedangkan air tangki wiper dah penuh.
Bila aku perhatikan semula, sebab air wiper myvi tak keluar disebabkan wayar saluran di dalam bonet kereta telah tertanggal.
Bila aku pasang semula wayar saluran tersebut, air wiper myvi tak keluar tadi dah pun terbaiki dan air wiper berjalan dengan lancar.

Langkah nak check jika wiper kereta tidak keluar air
- Buka bonet hadapan kereta
- Perhatikan wayar saluran air wiper kereta berwarna putih.
- Saluran wayar putih tersebut bertanggungjawab mengalirkan air wiper kereta ke arah cermin depan kereta.
- Check sama ada wayar saluran air wiper kereta tersebut adakah ianya tertanggal ataupun tidak.
- Berdasarkan pengalaman aku, aku pernah alami saluran air wiper kereta ini tertanggal.
- Bila disambung semula wayar putih air wiper kereta tersebut, masalah anda akan selesai.
- Wiper kereta boleh digunakan seperti sedia kala.
- Sekiranya anda mengalami wiper kereta tak keluar air, anda boleh check terlebih dahulu sama ada tangki air wiper kereta itu sudah kering atau tidak.
- Isi air wiper dengan air biasa pun dibolehkan. Macam aku, aku tambahkan sedikit sabun cecair sabun cuci pinggan bagi memudahkan waper kereta untuk bekerja sekiranya cermin dalam keadaan berhabuk tebal kering.
- Tetapi ada kesannya juga sekiranya menggunakan sabun cuci pinggan.
- Sekiranya dah isi air wiper kereta, tetapi masih tak keluar air, anda perlu bawa kereta ke bengkel kereta berdekatan atau kedai aksesori kereta.

Wiper kereta tidak berfungsi atau wiper kereta tak gerak
Jika anda mengalami masalah wiper kereta tidak berfungsi, maka anda perlu rujuk ke kedai aksesori kereta yang boleh membaiki wiper kereta tersebut.
Tetapi sebelum anda nak rujuk ke kedai aksesori, anda patut cuba untuk check dlu pada fuse box kereta anda.
Ada kalanya punca wiper kereta tidak berfungsi adalah disebabkan fuse tersebut terbakar. Maka, anda boleh menukar fuse itu secara diy. Jika anda kurang yakin, baru rujuk kedai aksesori.
Jarang sekali berlaku wiper kereta tidak berfungsi, tapi malang tidak berbau. Mana-mana kereta boleh mempunyai masalah ini tanpa diduga.
Ada kemungkinan juga motor wiper kereta tersebut sudah jam dan perlu ditukar kepada yang baru.
Jika anda merujuk kedai aksesori, pastikan harga repair wiper kereta anda terlebih dahulu. Minta harga repair wiper kereta termasuk sekali segala cas upah dan lain-lain cas.
Punca wiper kereta tidak berfungsi
1. Elektrik
Masalah elektrik adalah antara punca paling biasa yang menyebabkan wiper kereta tidak berfungsi.
Ini boleh termasuk kerosakan pada suis wiper atau peranti penerangan dalam kenderaan.
Kadang-kadang, sambungan yang longgar atau lutsinar juga boleh mengganggu aliran elektrik yang diperlukan untuk wiper berfungsi dengan lancar.
2. Motor Wiper
Motor wiper adalah komponen yang bertanggungjawab untuk menggerakkan lengan wiper.
Jika motor ini mengalami kerosakan atau kegagalan, wiper tidak akan bergerak walaupun suis dan sumber elektrik berfungsi dengan baik.
Kerosakan ini boleh disebabkan oleh usia berlalu atau kegunaan berlebihan.

3. Linkage Wiper
Linkage wiper menghubungkan motor wiper dengan lengan wiper yang sebenar. Jika terdapat kerosakan pada linkage ini, wiper mungkin bergerak tidak betul atau tidak sama sekali.
Ini boleh berlaku akibat kehausan, kerosakan mekanikal, atau penggunaan yang tidak betul.
4. Blade Wiper
Wiper blade yang koyak atau haus boleh mengurangkan kecekapan wiper dalam membersihkan kaca kereta.
Walaupun ini bukan punca utama untuk wiper tidak berfungsi, ia boleh menyebabkan kesan yang sama dalam kesesakan pandangan semasa hujan.
5. Fusible Link atau Pemutus Litar
Fusible link adalah komponen penting dalam sistem elektrik yang mengawal aliran arus ke motor wiper.
Sekiranya fusible link ini terbakar atau terputus akibat beban berlebihan atau kerosakan lain, ia akan menghentikan wiper dari berfungsi.
Jangka hayat wiper kereta
Selama mana kereta anda digunakan, jangka hayat wiper kereta bergantung kepada anda cara guna wiper kereta sebetulnya.
Ada orang cermat dalam menggunakan wiper kereta. Maka, jangka hayat wiper kereta tersebut adalah selamanya. Jika 20 tahun, maka 20 tahun lah ianya masih boleh digunakan dengan baik.
Contohnya, motor wiper wira sangatlah tahan sekiranya ianya digunakan dengan baik dan cermat walaupun kereta ini sudah lama tidak dikeluarkan lagi.
Jika sebaliknya, jangka hayat wiper kereta akan kerap rosak dan tidak berfungsi dengan baik. Penting sekali untuk anda mementingkan jangka hayat wiper kereta ini.
Namun, tidak semua jangka hayat wiper kereta tahan lama. Ia juga bergantung kepada nasib. Nasib tak baik mungkin jangka hayat wiper kereta anda hanya boleh digunakan tak sampai setahun.
Selain itu, faktor kekerapan penggunaan juga memberikan jangka hayat wiper kereta menjadi singkat. Hal ini disebabkan penggunaan yang aggresif tatkala musim hujan setiap hari.
Wiper kereta mr diy
Antara pilihan kedai untuk anda beli dan dapatkan adalah wiper kereta mr diy. Ianya bukan sahaja jenama murahan, ada saja harga wiper yang mahal di mr diy.
Ada beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan wiper kereta my diy tersebut. Terdapat juga cawangan yang mempunyai sedikit pilihan kerana masih belum lagi restock.
Ada cawangan mempunyai 3 jenama yang boleh anda pilih. Manakala berbagai saiz yang bersesuai dengan kereta anda boleh dimiliki di mr diy tersebut.
Pilihan ini adalah sekiranya anda nak buat sendiri tanpa ke kedai tukar wiper kereta. Ikuti saja cara pasang viper kereta yang telah disediakan pada belakang kotak wiper kereta baru anda.
Bila perlu tukar wiper kereta
Tempoh sesebuah wiper kereta adalah bergantung dengan cara penjagaannya. Namun, apakah waktu yang sesuai untuk tukar wiper kereta ?
Mengikut pengalaman aku, sebelum ini membeli kereta baru, masuk sahaja tahun ke 3 getah wiper kereta sudah mula tidak mengelap dengan kemas air hujan yang berada di permukaan cermin kereta (windscreen).
Kalau anda rasa ianya baik lagi, terserah. Jika anda terus membuat penukaran, pasti puas hati dengan wiper kereta baru anda membersihkan cermin.
Anda akan nampak bezanya sebelum dan selepas tukar wiper kereta dibuat.
Wiper kereta bunyi bising
Wiper kereta berbunyi sudah pasti menganggu tumpuan anda semasa memandu. Ada dua punca wiper berbunyi dan cara untuk anda ketahui iaitu mempunyai masalah pada bahagian getah wiper, anda boleh tukar kepada wiper baru.
Tetapi sebaik sahaja menukar wiper kereta baru, jangan lupa untuk gunakan sabun cermin kereta bagi melicinkan permukaan cermin.
Beli saja sabun cuci kereta mr diy yang berwarna hijau. Ianya boleh digunakan bagi membersihkan cermin kereta.
Namun, jika masih bermasalah, bagaimana nak atasi dengan baiki wiper kereta berbunyi ini walaupun wiper kereta baru dah ditukar ?
Jika bukan masalah pada bahagian getah wiper kereta, ia pasti datang dari besi wiper kereta yang menggerakkan wiper kereta itu sendiri.
Anda tidak perlu tukar kepada baru, ikut cara di bawah :
- Angkat wiper kereta dan jalankan wiper tersebut.
- Jika anda dapati masih berbunyi ia datangnya dari pangkal wiper kereta tersebut.
- Cara nak atasinya adalah, buka penutup besi wiper kereta.
- Dalam itu ada skru yang mengikat besi wiper kereta anda.
- Dapatkan spray WD-40 dan semburkan pada skru tersebut.
- Semburkan sekali pada bahagian dalam skru sebolehnya.
- Biarkan sekitar 1 jam untuk ia berkerja.
- Selepas 1 jam, gerakkan semula wiper kereta anda.
- Selesai masalah wiper kereta berbunyi.
Jenama wiper kereta yang bagus
Terdapat banyak pilihan jenama wiper kereta yang bagus sudah terjual di pasaran. Lebih-lebih lagi anda mempunyai banyak kriteria dan kelebihan tertentu mengikut brand wiper kereta yang baik.
Antara jenama wiper kereta yang bagus adalah :
- Bosch wiper kereta
- 3M wiper kereta
- Brand GMQC
- DynaEdge
Ini antara yang kita boleh lihat terjual di pasaran. Namun, setiap brand mempunyai kualitinya tersendiri.
Seperti yang kita tahu wiper kereta merupakan barangan pakai buang (wear & tear), walau kualitinya produk tersebut, sampai masa perlulah ditukar kepada yang baru.
Saiz wiper kereta
Saiz wiper kereta yang betul memudahkan anda terus membeli dan lakukan sendiri penukaran kepada wiper yang baru.
Apa yang paling penting adalah ukuran yang tepat supaya pembelian wiper kereta adalah mengikut model kereta anda.
Artikel lebih lanjut : Saiz wiper kereta
Cara guna wiper kereta
1. Cara guna wiper kereta Axia
Aturan cara guna wiper kereta axia sangatlah mudah sekali. Jika anda berada di hadapan stering kereta, kenal pasti tombol sebelah kiri yang mempunyai simbol pengelap cermin kereta.
Tarik tombol tersebut ke arah anda untuk mengeluarkan air pengelap cermin kereta axia. Seiring dengan itu wiper kereta akan automatik berjalan sebanyak 2 kali.
Manakala cara guna wiper kereta axia boleh anda amalkan tanpa mengeluarkan air wiper dengan menolak ke bawah secara berperingkat.
Peringkat pertama wiper kereta axia akan berjalan dengan selang berjalan, selang berhenti dan kemudian berterusan selagi tombol tidak di tolak ke atas sebagai tanda berhentinya wiper kereta.
Cara on wiper axia seterusnya adalah peringkat ke 2 dan ke 3 memainkan peranan mengikut kelajuan.
Tahap ke 2 wiper kereta axia akan berjalan dengan kelajuan secara normal. Manakala, tahap ke 3 akan berjalan secara laju. Peringkat ini anda sudah tahu cara guna wiper kereta axia secara betul di waktu hujan lebat.
Gunakan teknik cara guna wiper kereta axia ini sama seperti wiper belakang. Namun ada beza sedikit. Cara guna wiper kereta axia belakang perlulah menggunakan tombol sebelah kiri yang sama.
Tetapi terdapat bahagian hujung tombol kiri tersebut yang menandakkan cara guna wiper belakang axia.
Putar ia sekali ke arah lawan jam supaya wiper belakang boleh berfungsi. Manakala, sebaik sahaja dalam keadaan wiper kereta axia itu telah bergerak, putarkan ia ke arah lawan jam sekali lagi bagi mengeluarkan air wiper belakang kereta axia justeru anda telah memanfaatkan cara guna wiper kereta axia secara keseluruhan.
Cara guna wiper kereta axia juga boleh digunapakai semasa bukan cuaca hujan. Jika anda ingin membersihkan habuk atau kesan kekotoran pada permukaan cermin kereta, gunakan cara guna wiper kereta axia ini sebaiknya.
2. Cara guna wiper kereta saga
Cara guna wiper belakang saga adalah tidak terdapat dalam perkara yang boleh anda lakukan. Hal ini adalah kereta saga tidak disediakan wiper belakang.
Sekiranya anda mempunyai masalah kabus atau penglihatan pada cermin belakang saga terganggu, gunakan dan hidupkan kawalan haba pada cermin belakang saga.
Setelah anda hidupkan, lebih kurang 5 minit cermin belakang saga anda akan kembali kelihatan serta boleh melihat secara biasa.
Cara isi air wiper kereta
Bagi anda yang pertama kali nak tahu cara isi air wiper kereta anda, pastikan anda mengikut cara isi air wiper kereta di bawah.
Walaupun berbeza dari segi jenis kereta yang anda gunakan, cara isi air wiper kereta tetap sama untuk semua jenis kereta.
Paling utama dalam cara isi air wiper kereta adalah perlu pastikan dahulu tangki wiper kereta dengan betul (rujuk Gambar 3 di atas).
Ianya semestinya terletak di dalam bonet depan kereta anda.
1. Cara isi air wiper kereta myvi
- Buka bonet depan kereta myvi anda.
- Pastikan cara isi air wiper kereta myvi anda mengikut aturan yang benar.
- Cara isi air wiper kereta myvi anda dilakukan boleh dalam keadaan enjin hidup ataupun enjin kereta dimatikan.
- Gunakan air wiper yang boleh didapati di kedai barangan kereta atau anda boleh gunakan air biasa sahaja.
- Cari lambang air wiper kereta seperti di Gambar 3 (rujuk gambar di atas).
- Buka penutup tersebut dan mulakan isi air wiper kereta myvi anda.
- Tuangkan air wiper sebanyak mungkin dan tidak melebihi dari penutup air wiper kereta myvi anda.
- Tutup semula penutup air wiper kereta myvi anda. Jika anda tertanya untuk tangki air wiper belakang myvi, ia adalah menggunakan tangki yang sama seperti wiper depan myvi.
- Uji air wiper kereta anda dengan mengelap cermin kereta menggunakan air wiper myvi yang baru sahaja di tambah untuk mengetahui keberkesanan cara isi air wiper kereta myvi anda benar ataupun tidak.
- Sekiranya air wiper kereta myvi tidak keluar rujuk semula pada artikel di atas tentang air wiper myvi tak keluar.
- Selesai.
2. Cara isi air wiper kereta axia
- Cara isi air wiper kereta axia tidak jauh bezanya dengan cara di atas.
- Kenalpasti tangki air wiper axia terlebih dahulu mengikut lambang yang betul.
- Isi air wiper kereta air dengan kadar hampir penuh dan tidak melebihi paras penutup tangki air wiper axia.
- Uji air wiper kereta axia dengan menarik cara guna wiper kereta axia secara berkali 2 hingga 3 kali.
- Selesai.
Harga tukar wiper kereta
1. Harga wiper myvi
Harga wiper kereta myvi adalah mengikut berapakah size wiper myvi itu sendiri. Berikut merupakan harga wiper myvi mengikut kesesuaian saiz wiper myvi yang boleh anda jadikan rujukan :
| Model kereta myvi | Harga wiper myvi |
| Myvi generasi pertama (2005-2010) | RM17.90 dan ke atas |
| Myvi generasi kedua (2011-2017) | RM17.90 dan ke atas |
| Myvi generasi ketiga (2017-Kini) | RM19.50 dan ke atas |
Harga wiper myvi ini aku berikan mengikut sepasang atau satu set yang di dalamnya mempunyai dua bilah wiper myvi.
Pastikan anda membeli dengan harga wiper myvi tidak terlalu murah. Hal ini kerana harga wiper myvi yang berkualiti didatangkan dengan harga wiper myvi yang berpatutan serta berjenama yang bagus.
Kedai jual wiper kereta
Ada beberapa tempat atau kedai jual wiper kereta yang mudah untuk anda dapatkannya yang pastinya keluaran baru bukan secondhand.
Tentunya kita mesti nak beli yang baru kerana kualitinya masih lagi bagus dan baik. Antara kedai wiper kereta adalah yang boleh anda boleh beli adalah :
- Kedai aksesori barangan kereta terdekat di rumah anda
- Mr DIY
- Tesco
- Mydin
- Giant
- Supermarket besar di kawasan kediaman anda tentunya ada menjula wiper kereta.
- Online market seperti shopee dan juga lazada.
Namun, untuk mendapatkan kualiti terbaik untuk wiper kereta anda, pastikan anda memilih kedai jual wiper kereta yang bersesuai seperti kedai aksesori kereta dan juga beli secara online.
Hal ini kerana, kedua pilihan di atas memberikan anda jenama yang terbaik digunakan untuk wiper kereta contohnya adalah jenama Bosch.
Cara buka wiper kereta dengan mudah
Kebanyakkan dari kita semestinya pertama kali nak tukar wiper kereta kerana yang lama dah tidak boleh digunakan lagi atau getah wiper tidak berfungsi seperti dulu-dulu sewaktu baru beli kereta.
Wiper kereta yang terdiri dari wiper kereta keluaran kilang telah dipasang siap sewaktu kita baru memilikinya.
Jadi, cara buka wiper kereta ini mempunyai satu teknik mudah iaitu :
- Untuk mencabut wiper kereta keluaran kilang, anda perlu pastikan klipnya
- Klip tersebut perlu ditekan bagi membebaskan lock yang tersedia ada pada wiper kereta kepada besi wiper kereta anda.
- Sejurus saja ditekan, maka dalam masa yang sama wiper kereta lama boleh dicabut ke arah dalam menghala ke kereta. Bukan ke arah atas.
Sebaik sahaja wiper kereta dah dibuka, pasang semula mengikut cara anda buka tadi. Apa yang penting untuk permulaan cara tukar viper kereta adalah anda perlu perhatikan wiper panjang sebelah mana iaitu di sebelah kanan atau sebelah cermin pemandu.
Air wiper kereta
Apakah air wiper kereta yang sesuai digunakan oleh kereta anda bagi mengantikan air wiper kereta sedia ada sekiranya ianya telah berkurangan?
Ada beberapa air wiper kereta yang anda boleh pilih untuk mengisi semula ke dalam tangki air wiper kereta iaitu :
1. Air paip biasa
Kebanyakkan dari kita akan mengisi air paip biasa. Memang tiada sebarang masalah jika anda guna air wiper kereta ini untuk keguaan jangka panjang.
2. Air dari penapis air (water filter)
Air penapis atau water filter atau air RO water juga boleh digunakan sebagai air wiper kereta. Ianya tidak memberi kesan apa-apa keburukan pada cermin kereta dan boleh digunakan sebagai pengelap cermin kereta pada waktu diperlukan.
3. Air bercampur dengan sabun (sabun pencuci tangan/sabun pencuci pinggan)
Menurut pengalaman aku sendiri yang pernah menggunakan air wiper kereta bercampur dengan sabun, bagi pendapat aku ianya tidak bagus untuk kesan jangka panjang.
Hal ini kerana, pada besi pemegang wiper kereta aku telah menyebabkan ianya menghakis warna besi tersebut dan seterusnya menyebabkan karat.
Jika sabun yang digunakan tidak sesuai, maka boleh memberikan permukaan cermin kereta menjadi kesat dan menghasilkan bunyi yang kurang enak didengar.
4. Pencuci cermin kereta atau cecair air wiper
Pencuci cermin kereta ini dijual di kedai aksesori kereta. Kebanyakkannya ia datang dengan cecair yang berwarna seperti biru, merah dan lain-lain lagi mengikut produk sesuatu jenama.
Ianya bagus bagi kegunaan dikala waktu hujan terutamanya hujan lebat dan mengapuskan kabus yang terdapat pada bahagian cermin kereta.
Namun, disebabkan ianya memerlukan duit untuk dibeli, kerap kali orang ramai memilih hanya air paip biasa kerana mudah dan cepat untuk diisi semula.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.