Berapa lama bateri kereta honda Civic FE turbo mampu bertahan ?

Bateri kereta Honda Civic FE. Pengenalan kepada model terkini iaitu honda civic fe sejak tahun 2022 menandakan satu permulaan baru.

Terdapat 2 pilihan enjin yang ditawarkan kepada bakal dan yang sudah memiliki kereta honda civic fe ini.

Enjin yang dilengkapi oleh kereta honda civic fe adalah 1.5 turbo dan juga 2.0 Hybrid. Jadi, ada para yang sudah memiliki kereta civic fe ini yang ingin tahu akan berapa lama bateri untuk civic fe enjin 1.5 turbo ini mampu bertahan ?

Sebelum itu, anda perlu mengetahui bateri sedia ada yang disediakan oleh pihak pengilang honda itu sendiri.

Bateri kereta honda civic fe dari kilang

Bateri kereta yang digunakan oleh kereta honda civic fe sejak keluar dari kilang sememangnya kurang tahan lama.

Paling tahan pun adalah sekitar 1 tahun penggunaan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang antaranya seperti kadar kuasa bateri kereta yang dibekalkan adalah lebih kecil.

Selain itu, kebanyakkan dari pengguna yang menukar kepada bateri baru menggunakan bateri kereta semenjak ianya keluar kilang adalah sekitar 20,000km hingga 40,000km.

Namun, ianya merupakan pendapat majoriti dan ada juga yang menggunakan hingga melebihi 50,000km dan ke atas.

Hal ini juga bersangkut paut juga dengan banyak faktor antaranya adalah cara pemanduan, kekerapakan penggunaan teknologi seperti remote start serta tempoh pemanduan yang hanya menggunakan untuk perjalanan yang dekat.

Cadangan tukar bateri kereta honda civic fe

Sebaiknya anda memilih bateri kereta yang lebih bekalan kuasa elektriknya seperti DIN65L dengan kuasa aH sebanyak 70aH.

Penggunaan bateri kereta yang bersesuaian mampu memberikan tempoh yang lebih lama untuk sesebuah bateri kereta honda civic fe anda.

Antara pilihan bateri kereta yang bersesuai adalah seperti Century continental, Amaron Hi-Life Pro dan juga Varta Blue Dynamic.

Harga untuk setiap jenama bateri kereta adalah berlainan dan tidak sama. Namun, anda boleh membandingkan mengikut jumlah aH yang ditawarkan.

Lebih tinggi kuasa bekalan dalam bacaan aH, maka lebih tinggi harga yang perlu anda belanjakan. Ianya mampu anda miliki dengan bermula harga berjumlah RM350 hingga RM500.

bateri kereta honda civic fe

Posted

in

by

Tags: