Harga roadtax toyota rush 1.5 . Berapakah harga bagi roadtax kereta jenama import terkenal di negara kita iaitu toyota rush ?
Pengenalan kepada generasi baru bagi kereta toyota rush menggamit semula pandangan para pencari kereta.
Model baru bagi toyota rush telah di bawa masuk sejak tahun 2008. Untuk generasi terkini telah ditambah baik dari SUV menjadi Compact SUV yang lebih panjang sedikit dibandingkan model pertamanya.
Target segmen bagi kereta toyota rush ini sudah tentu bagi menyediakan sebuah kereta 7 seater yang lebih baik kepada keluarga bersaiz medium dan ke atas.
Spec bagi kereta toyota rush
Bagi model terkini toyota rush 1.5 mempunyai 2 jenis spec yang ditawarkan di pasaran. Kedua model ini terdiri daripada :
- Toyota Rush 1.5 Spec S
- Toyota Rush 1.5 Spec G
Untuk toyota rush 1.5 spec S merupakan spec tertinggi selepas toyota rush 1.5 spec G. Keduanya menggunakan bahan api yang sama iaitu petrol.
Adakah harga roadtax kereta toyota rush 1.5 dipengaruhi oleh spec ?
Harga roadtax kereta toyota rush 1.5 tidak sama sekali dipengaruhi oleh spec yang diberikan.
Hal ini demikian, kedua perbezaan spec ini tidak mengubah jumlah cc enjin yang diletakkan dalam sesebuah kereta toyota rush ini.
Cc enjin yang terdapat dalam kedua spec yang berbeza ini adalah sebanyak 1500cc atau 1.5cc sementara bezanya hanyalah dari segi teknologi tetapi bukan untuk enjin.
Berapakah harga roadtax kereta toyota rush 1.5 ?
Roadtax kereta toyota rush semestinya dirujuk berdasarkan cc enjin iaitu 1.5cc . Ianya juga boleh dipastikan melalui maklumat dalam geran kereta toyota rush ini.
Setiap pemilik kereta yang baru membeli kereta akan mendapatkan geran kereta. Dalam geran kereta toyota rush ini akan tertera pada bahagian cc enjin dan ditulis cc enjin sebanyak 1500cc.
Hal ini demikian, anda boleh terus mengetahui harga roadtax kereta toyota rush ini berjumlah sebanyak RM120 sahaja
Tempoh bagi harga roadtax kereta toyota rush 1.5 tersebut adalah sepanjang 1 tahun dan boleh digunakan di atas jalan raya tanpa perlu diragui lagi.
Adakah perlu membayar lebih harga roadtax toyota rush 1.5 dibuat ditempat berbeza ?
Setiap harga roadtax kereta boleh dibuat di beberapa tempat yang berdaftar secara sah.
Bagi harga roadtax toyota rush 1.5 akan sama harganya. Namun, terdapat jika anda membuat roadtax kereta selain dari secara terus ke JPJ, maka cas perkhidmatan akan dikenakan.
Cas perkhidmatan ini tidaklah begitu tinggi. Ianya mampu menjimatkan masa anda yang sibuk bekerja dan tiada masa ke JPJ bagi melakukan urusan membuat roadtax kereta.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.