Lambat renew roadtax motor

Lambat renew roadtax motor. Bolehkah untuk anda lambat bayar roadtax motor atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan ?

Kewajipan dalam menjalankan tanggungjawab untuk renew roadtax motor merupakan satu peranan utama setiap yang memiliki motor.

Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan motosikal tersebut bagi urusan sehari-harian ke tempat kerja dan pulang semula ke tempat kediaman.

Adakah boleh untuk anda lambat renew roadtax motor disebabkan ciri-ciri yang boleh dinyatakan seperti berikut.

Antara sebab untuk lambat renew roadtax motor

Sebenarnya bukan senang untuk membuat keputusan bagi lambat renew roadtax motor. Ianya bukan untuk disengajakan kerana terdapat hal-hal yang tidak dapat dielakkan oleh seorang pemilik motor.

Berikut merupakan sebab lambat bayar roadtax motor seperti :

1. Kekurangan budget untuk renew roadtax motor

Sebab kekurangan budget atau duit merupakan antara mengapa pemilik motosikal lambat renew roadtax motor.

Hal ini antaranya termasuklah kerana masih belum mendapat gaji pada bulan tersebut, motor rosak dan perlukan bayaran untuk ianya dibaiki.

Faktor perlu membaiki motor yang rosak merupakan perkara yang tidak boleh dihindarkan lagi kerana ianya merupakan kewajipan untuk ke tempat kerja.

Lebih-lebih lagi anda hanya mempunyai 1 motor sahaja dan tiada sebarang kenderaan lain seperti kereta.

2. Kekurangan tempoh insurans motor

Perkara ini boleh terjadi kepada pemilik motor yang menghidupkan roadtax motor bagi 6 bulan sekali.

Jika diikutkan kenapa nak hidupkan roadtax motor 6 bulan sekali, padahal boleh terus hidupkan roadtax motor untuk setahun dengan harga yang sama?

Kes ini boleh berlaku kepada pemilik motor biasa. Jika berlaku kepada pemilik motosikal biasa, hal ini kerana atas sebab pemilik motosikal telah pun meninggal dunia dan menjadi kewajipan bagi waris dari keluarga untuk renew roadtax motor 6 bulan sekali.

Seterusnya juga boleh berlaku kepada pemilik motor yang mempunyai cc enjin besar. Disebabkan harga roadtax motor bagi cc enjin besar adalah agak tinggi, maka pemilik motor boleh memilih untuk hidupkan roadtax motor bagi 6 bulan sekali.

Di manakah kesilapan yang boleh berlaku terhadap kekurangan tempoh insurans motor ? Sekiranya anda sebagai pemilik motor atau waris lewat renew roadtax motor bagi 6 bulan kali kedua. Maka tempoh insurans motor anda akan menjadi kurang dan tidak dapat mencukupkan tempoh 6 bulan bagi renew roadtax motor.

Apakah risiko sekiranya anda lambat bayar roadtax motor ?

Sudah tentu ada dua situasi berbeza iaitu :

  1. Jika anda masih menggunakan motor tersebut di atas jalan raya, maka anda akan terdedah dengan kemalangan yang tidak dilindungi motor anda sepenuhnya. Saman juga akan dikenakan kepada anda sekiranya diketahui oleh pihak pdrm mahupun Jpj ketika ditahan melalui sekatan jalan raya atau roadblok.
  2. Sekiranya anda tidak menggunakan motor tersebut di atas jalan raya adalah dibolehkan sementara menunggu untuk anda selesaikan masalah lewat renew roadtax motor.

Apakah tindakan yang boleh anda lakukan sekiranya anda lambat renew roadtax motor ?

Untuk anda yang mengalami masalah kekurangan budget, maka tunggu sehingga roadtax motor anda siap dihidupkan dan baru boleh menunggang di atas jalan raya.

Manakala, sekiranya anda mengahadapi masalah kekurangan tempoh insurans. Maka anda perlu menambah insurans motor selama berapa lama ianya terkurang dan barulah anda boleh renew roadtax motor bagi 6 bulan untuk kali kedua.

Contohnya, anda terlewat selama 1 bulan hidupkan roadtax motor. Maka, tempoh insurans motor anda menjadi 5 bulan sahaja. Jadi, untuk kali kedua anda hidupkan roadtax motor adalah tidak cukup selama 1 bulan.

Jika anda masih membiarkan, semakin lambat renew roadtax motor anda dapat dilakukan.

lambat renew roadtax motor


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply