Beli kereta tanpa insuran

Beli kereta tanpa insuran. Apakah istilah yang digunakan sebenarnya iaitu beli kereta tanpa insurans ini boleh digunakan sebelum anda membuat keputusan memiliki sesebuah kereta ?

Apakah sebab atau faktornya yang menyebabkan anda menginginkan beli kereta tanpa insuran ? Bolehkah sebenarnya anda membeli kereta tetapi tak perlu beli insurans terlebih dahulu ?

Insurans kereta sangatlah penting, tapi istilah beli kereta tanpa insuran ini sesuai digunakan untuk siapa ?

Apakah risiko yang perlu ditanggung sekiranya berlaku apa-apa kemalangan sewaktu anda membeli kereta tanpa insuran ini ?

Istilah harga kereta termasuk on the road

Sudah pasti ramai yang kurang pasti apakah maksud disebalik beli kereta harga termasuk on the roadtax ini. Makna mudahnya ialah beli kereta dah termasuk harga insurans kereta serta harga roadtax kereta.

Proses menjadi mudah kerana anda tidak perlu mengeluarkan lagi duit sebaik sahaja urusan jual beli kereta itu selesai.

Sebaliknya, ada juga yang ingin beli kereta tanpa insurans atas sebab-sebab tertentu. Hal ini ada sedikit kerumitan, namun ada juga sedikit kelebihan.

Ianya tergantung kepada seseorang pemilik kereta itu sendiri yang sudi dan mempunyai masa perlu diluangkan bagi beli kereta tanpa insuran ini.

beli kereta tanpa insuran
Beli kereta tanpa insuran

Sebab-sebab beli kereta tanpa insuran

1. Membeli insurans kereta dengan lebih murah

Seperti yang anda tahu, insurans kereta sangatlah penting. Jika insurans tidak dibuat, maka roadtax kereta turut tidak boleh dihidupkan pada tahun itu.

Terdapat pembeli kereta yang beli kereta tanpa insuran kerana ingin beli insurans kereta dan buat roadtax kereta sebaik sahaja proses beli kereta selesai.

Bukan bermakna anda tidak menghidupkan insurans dan roadtax kereta. Hal ini adalah mengasingkan proses beli kereta diaturkan oleh tempat anda beli kereta.

Manakala, beli insurans dan roadtax kereta anda selesaikan sendiri. Sama ada anda mempunyai agent insurans dan roadtax yang kerap kali anda berurusan, bahkan anda buat sendiri secara online.

Serta, anda sendiri yang pergi ke branch insurans dan naik ke Jpj sendiri untuk menghidupkan cukai jalan tersebut.

Anda boleh berjimat dengan cara ini. Namun, penjimatan itu tidaklah terlalu ketara nak dibandingkan dengan semuanya diselesaikan oleh tempat anda beli kereta tadi.

2. Menginginkan pilihan syarikat insurans kereta sendiri

Seterusnya ialah anda mempunyai pilihan syarikat insurans kereta manakah yang anda nak jadikan sebagai pelindung kereta anda.

Ada pemilik tidak kisah. Manakala, ada pemilik kereta mempunyai pengalaman tidak begitu baik dengan sesebuah syarikat insurans kereta.

Atas faktor ini, anda sebagai pemilik kereta tersebut bertegas untuk menguruskan insurans kereta anda sendiri.

3. Ingin menambah baik insurans kereta dengan membeli tambahan insurans kereta

Seterusnya, pemilik kereta menginginkan kelebihan dari segi tambahan insurans kereta. Adakalanya, harga beli kereta termasuk on the roadtax hanya menyediakan insurans premium kereta sahaja.

Ini bermakna, hanya insurans kereta asas sahaja diberikan kepada anda. Jika nak buat tambahan insurans seperti windscreen, Pa (personal accident) serta Perils (bencana alam), anda dikehendaki membayar lebih.

Hal ini adalah lebih baik untuk diuruskan sendiri oleh anda supaya anda sendiri tahu apa yang anda mahukan itu termaterai atau dilaksanakan.

Jika anda membayar lebih kepada tempat anda beli kereta pun tidak mempunyai masalah. Bezanya adalah dari segi harga keseluruhan yang perlu anda bayar dalam on the road.

Kepada siapa yang sesuai bagi urusan beli kereta tanpa insuran ini ?

Bagi anda yang ingin melakukan beli kereta tanpa insuran ini adalah digalakkan kepada pembeli kereta secondhand(2ndhand).

Sama ada jual-beli secara one to one secara terus yang menggunakan tunai dan berurusan dengan kedai jual kereta secondhand secara loan.

Jika beli kereta menggunakan tunai, anda sebagai pembeli boleh meminta untuk tidak memasukan harga roadtax dan insuran kereta.

Jadi, harga beli kereta anda lebih murah jika dibandingkan harga beli kereta termasuk on the road.

Adakah terdapat risiko semasa anda beli kereta tanpa insuran ?

Dimana-mana sahaja terdapat risiko. Namun, anda boleh mengurangkan risiko beli kereta tanpa insuran dengan cara berikut :

  • Sebelum tukar nama dibuat, anda boleh menghidupkan insuran kereta terlebih dahulu atas nama anda tanpa membuat roadtax dahulu.
  • Maklumkan kepada pemilik lama atau tempat kedai anda beli kereta.
  • Sebaik sahaja proses tukar nama selesai, anda boleh membuat cukai jalan.
  • Paling kurang, jika berlaku kemalangan semasa dalam proses jual-beli, anda sudah mempunyai perlindungan insurans kereta.

Proses ini memberi ruang agar anda sebagai pemilik baru tidak risau dengan proses beli kereta tanpa insuran.Beli kereta tanpa insuran bukan bermaksud tidak membeli insurans kereta.

Ia adalah satu proses bagi anda yang membeli kereta tetapi anda menguruskan sendiri soal hidupkan insurans dan roadtax sendiri tanpa melibatkan proses beli kereta.


Posted

in

by

Tags: