Renew insurans motor di pejabat pos

Renew insurans motor di pejabat pos. Apakah anda berhasrat dan ingin renew insurans motor di pejabat pos yang berhampiran dengan kediaman anda atau tempat kerja anda ?

Para pemilik motor terutamanya perlu tahu dimanakah tempat yang sesuai untuk anda renew insurans motor.

Ada beberapa tempat anda boleh renew insurans motor. Di artikel ini kita akan fokuskan antaranya adalah cara renew insurans motor di pejabat pos dan apakah ianya berbaloi kepada anda?

Ikuti artikel ini sehingga selesai supaya anda tidak terlepas maklumat penting tentang renew insurans motor di pejabat pos ini.

Cara renew insurans motor di pejabat pos

Berikut merupakan langkah demi langkah dari mula hingga selesai proses cara renew insurans motor di pejabat pos :

  1. Hadirkan diri ke pejabat pos terdekat dengan anda sama ada berdekatan rumah atau tempat kerja anda.
  2. Bawakan dokumen yang lengkap semasa anda hadirkan diri ke pejabat pos tersebut.
  3. Ambil nombor giliran sebaik sahaja anda masuk di dalam pejabat pos.
  4. Pergi ke kaunter sebaik sahaja tiba nombor giliran anda.
  5. Nyatakan bahawa anda ingin membeli atau renew insurans motor.
  6. Sebutkan syarikat insurans yang anda ingin ketahui harga insurans motor tersebut (jika ada).
  7. Dokumen diminta dan anda berikan kepada pihak kerani pejabat pos.
  8. Proses memasukkan maklumat anda ke dalam sistem insurans dibuat oleh pihak kerani.
  9. Harga insurans motor diberikan kepada anda.
  10. Buat pilihan sama anda nak renew insurans motor di pejabat pos dengan pilihan 1st party atau 3rd party mengikut budget anda.
  11. Buat pembayaran tanda anda setuju dengan harga insuran motor di pejabat pos tersebut.
  12. Polisi insurans motor atau covernote insurance motor diprint dan diberikan kepada anda.
  13. Selesai.

Apakah dokumen renew insurans motor di pejebat pos yang perlu dibawa ?

Ada dua dokumen penting yang wajib anda bawa bagi urusan renew insurans motor di pejabat pos. Antara dokumennya adalah :

  • Kad pengenalan original anda sebagai pemilik.
  • Geran motor original atau salinan geran motor yang menandakan motor manakah ingin anda renew insurans motor di pejabat pos tersebut(jika ada).
  • atau Polisi insurans motor tahun lepas.

Berapakah harga insuran motor di pejabat pos yang perlu anda keluarkan ?

Sejujurnya harga insuran motor di pejabat pos tidak boleh anda anggarkan. Hal ini kerana, ianya banyak faktor kebergantungan antaranya adalah :

  • Jenis motor yang anda gunakan
  • Cc enjin
  • Umur anda
  • Jenis syarikat insurans motor yang anda pilih.
  • Jenis insurans motor iaitu first party atau 3rd party.
  • Peratusan NCD yang anda sedang miliki.
  • Tahun motor sejak ianya dikeluarkan dari kilang.

Dapatkan anggaran quotation insurans motor di pejabat pos yang terdekat dengan anda supaya anda mendapat harga insurans motor yang lebih tepat pada tahun ini.

Bagaimanakah bagi anda nak bayar insuran motor di pejabat pos ?

Untuk anda yang nak bayar insuran motor di pejabat pos boleh melalui 3 cara di bawah seperti :

  1. Tunai atau cash
  2. Kad debit
  3. Kad kredit

Cara bayar insuran motor di pejabat pos di atas boleh digunakan oleh anda. Namun, anda adalah digalakkan untuk membawa wang tunai supaya mengambil langkah berjaga.

Hal ini kerana, mungkin boleh berlaku pembayaran melalui kad debit dan kad kredit tidak boleh dilakukan mengikut branch pejabat pos tertentu di atas sebab offline.

Adakah boleh sekiranya anda hanya sekadar nak buat survey harga insuran motor di pejabat pos terlebih dahulu tanpa terus bersetuju dengan harga quotation insurans motor tadi ?

Anda adalah dibolehkan untuk membuat survey harga insuran motor di pejabat pos. Sekiranya harga tersebut tidak menepati budget anda, tidak salah untuk anda berkata hanya untuk survey terlebih dahulu.

Datang pada waktu paling kurang 2 minggu sebelum insurans motor anda tamat. Jika anda terlalu awal, dari segi pengiraan insurans motor belum boleh dapat dikira lagi melalui sistem insurans itu sendiri.

Adakah dibolehkan wakil bagi renew insurans motor di pejabat pos ?

Wakil anda sebagai pemilik motor bagi renew insurans motor di pejabat pos turut boleh dilakukan. Dengan syarat membawa dokumen di atas bersama-sama semasa hadirkan diri ke pejabat pos.

Wakil adalah diwajibkan untuk membawa kad pengenalannya walaupun motor tersebut bukan milik anda. Namun, bagi geran motor atau polisi insurans motor tersebut hendaklah betul supaya maklumat semasa pengiraan quotation insurans motor dapat masukkan dengan baik tanpa masalah.

renew insurans motor di pejabat pos
Renew insurans motor di pejabat pos


Posted

in

by

Tags: