Harga roadtax kereta 1.3 cc

Harga roadtax kereta 1.3 cc .Apakah harga roadtax kereta untuk enjin yang mempunyai cc berjumlah 1300cc atau dikenali sebagai 1.3cc yang sedang atau bakal anda gunakan ?

Sebagai bakal atau pemilik kereta, anda seharusnya terlebih dahulu mengetahui kereta yang anda gunakan itu mempunyai berapa kapasiti enjin kereta anda.

Lain jenis kereta, lain spesifikasi enjin yang digunakan. Kenal pasti sekiranya enjin kereta anda adalah 1.3cc.

Tujuan utama ini adalah supaya anda tidak membuat kesilapan awal lebih-lebih lagi semasa menghidupkan insuran kereta 1.3cc ini terlebih dahulu.

Jika tersalah maklumat ini, akan memberi kesan ketika anda ingin membuat claim sekiranya berlaku kemalangan.

Justeru, sebaik sahaja insurans kereta 1.3 anda selesai dibuat dengan betul, maka harga roadtax kereta 1.3 anda boleh dibuat dengan tanpa kesilapan.

Adakah harga roadtax kereta 1.3 cc berubah-ubah dari tahun ke tahun?

Harga roadtax 1.3 ini telah ditetap adalah sama untuk semua jenis kereta yang bertulis cc enjin sebanyak 1300 di atas geran kereta anda.

Jika anda masih keliru, rujuk pada geran kereta pada bahagian cc enjin dari 1250cc hingga 1349cc. Hal ini kerana, kebayakkan kereta tertulis di atas geran kereta dengan jumlah yang tidak tetap.

Jadi, cara yang paling mudah adalah dengan anda bundarkan nombor tersebut kepada 1300cc yang terdekat.

Kemudian barulah anda boleh menentukan harga roadtax kereta 1.3 cc itu adalah berjumlah sebanyak RM70 sahaja untuk 1 tahun cukai jalan ini dihidupkan.

Harga roadtax saga 1.3

Dari dahulu hingga sekarang keluaran model kereta proton saga bermula dengan cc enjin yang bernilai 1.3cc.

Walaupun anda membeli kereta saga model terbaru, kenal pasti semula kapasiti enjin kereta anda. Hal ini kerana, terdapat model kereta saga yang mempunyai enjin selain 1.3cc contohnya seperti saga 1.6cc.

Harga roadtax saga 1.3 ini hanyalah berjumlah RM70 bagi 12 bulan sekali pembayaran dibuat.

Harga roadtax iriz 1.3

Begitu juga dengan model proton iriz 1.3 ini. Namun, anda jangan membuat kesilapan kerana kereta proton iriz juga mempunyai 2 jenis cc enjin keluarannya iaitu 1.3cc dan 1.6cc.

Cara mudah nak lihat untuk kereta iriz adalah, jika kereta anda iriz 1.3cc, lihat pada bonet belakang kereta tidak mempunyai sebarang emblem atau tulisan 1.3.

Manakala, jika kereta anda merupakan iriz 1.6cc, bonet belakang akan ada emblem atau tulisan 1.6 tersebut.

harga roadtax kereta 1.3 cc
Harga roadtax kereta 1.3 cc

Harga roadtax bezza 1.3

Seterusnya bagi kereta perodua bezza juga terdapat keluaran model enjinnya iaitu 1.0cc dan 1.3cc. Harga roadtax bezza 1.3 adalah berjumlah RM70 iaitu lebih mahal RM50 dibandingkan 1.0cc.

Disebabkan itulah adalah sangat penting anda mengenal pasti cc enjin kereta anda dengan tepat. Hal ini supaya anda tidak tersalah membayar harga roadtax bezza 1.3 ini.

Harga roadtax iswara 1.3

Tambahan pula, harga roadtax iswara 1.3 adalah sama iaitu RM70 bagi 12 bulan ianya dihidupkan. Walaupun ia merupakan kereta agak lama, namun, tidak terdapat sebarang diskaun pada harga roadtax iswara 1.3 ini.

Penetapan harga roadtax kereta 1.3 cc adalah diselaraskan bagi kemudahan pemilik serta memberi penjimatan yang baik untuk cukai jalan ini dihidupkan setahun sekali.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga roadtax kereta 1.3 cc”

  1. […] Baca juga : Harga roadtax kereta 1.3 cc […]