Harga cermin depan kereta bezza

Harga cermin depan kereta bezza. Berapakah harga cermin kereta yang kita nak fokuskan iaitu kereta perodua bezza sepatutnya anda belanjakan untuk tukar cermin kereta baru ?

Tetapi sebelum itu, anada adalah sangat digalakkan untuk membuat cover perlindungan insuran cermin kereta terutamanya kereta bezza ini.

Hal ini kerana, harga cermin kereta jika nak keluarkan duit menggunakan wang tunai adalah sangat tidak berbaloi.

Namun, sekiranya perkara cermin kereta pecah sudah pun terjadi, manakala anda tidak mempunyai cover cermin insurans kereta, artikel ini adalah untuk anda.

Bukan sahaja untuk yang sedang mengalami cermin kereta pecah. Artikel ini juga sesuai jika anda ingin membuat kira-kira berapakah yang perlu anda tambah bagi membuat perlindungan insuran cermin kereta.

Dalam masa yang sama anda baru nak tambah cover insuran cermin kereta ini walaupun kereta anda tidak berlaku sebarang cermin kereta pecah.

Berapakah harga cermin depan kereta bezza sebetulnya ?

Secara asasnya, kereta bezza merupakan sebuah kereta sedan. Walaupun lihat dari mata kasar saiz kereta ini tidak begitu besar dari segi luarannya. Namun saiz dalamannya bila dah masuk tu boleh dikira sebagai agak besar.

Ianya tidaklah terlalu besar, namun, sesuai bagi memuatkan 5 orang penumpang dewasa dalam satu masa.

Hal ini demikian, memberikan kesan kepada kadar saiz cermin kereta bezza ini. Dengan saiz yang agak medium memberikan harga cermin depan kereta untuk bezza boleh didengari tanpa anda sebagai pemilik risau.

Harga cermin depan perodua bezza adalah dalam anggaran RM700 hinggalah RM800 sahaja termasuk upah pemasangan.

harga cermin depan kereta bezza
Harga cermin depan kereta bezza

Berapakah harga cermin depan bezza bagi cover perlindungan insuran ?

Harga cermin bezza di atas merupakan harga yang perlu anda keluarkan secara penuh menggunakan duit anda sendiri.

Namun, berbeza pula bagi harga cermin kereta perodua bezza yang sudah dilindungi insurans cermin kereta.

Anda hanya perlu membayar dengan harga RM128 sahaja dalam pembelian insurans cermin kereta untuk perlindungan sebanyak RM800.

Harga ini adalah termasuk dalam harga cermin depan bezza secara keseluruhan dengan maksimum perlindungan cermin kereta bezza.

Ini bermaksud, untuk cover sebanyak RM800 tersebut hanya boleh anda claim untuk salah satu bahagian cermin kereta sahaja yang terlibat.

Contoh perlindungan bagi harga cermin kereta bezza

Katakan anda hanya pecah pada bahagian cermin depan kereta bezza. Maka jika sudah membuat claim cermin kereta, anda tidak boleh lagi membuat claim cermin kereta melainkan membeli semula harga RM128 tadi untuk claim seterusnya.

Perlu diingatkan, penambahan cover insuran cermin kereta tidak boleh dibuat sekiranya cermin kereta anda telah pun pecah.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga cermin depan kereta bezza”

  1. […] Baca juga : Harga cermin depan kereta bezza […]

  2. […] permintaan banyak, sering kali harga cermin depan bezza ini tidak begitu tinggi dan berada dalam budget […]