
Myvi bateri kong. Apakah yang menyebabkan sesebuah bateri kereta kong lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kereta jenama perodua myvi ?
Apakah tanda-tanda awal bagi bateri myvi kong ? Jika kita tahu terlebih awal tanda-tanda tersebut, kita pasti boleh mencegah dari kereta myvi tersadai di tepi jalan.
Lebih teruk lagi sewaktu berada di trafik jem yang teruk untuk ke sesuatu destinasi sudah pasti menyukarkan keadaan anda untuk mengalihkan kereta myvi ke tepi jalan dengan bantuan orang awam.
Kalau bateri kereta myvi kong semasa di rumah tidak mengapa lagi. Paling tidak boleh menggunakan kereta lain jika ada atau menggunakan perkhidmatan ehailing seperti grab untuk ke sesuatu tempat jika ianya penting.
Bagi aku sendiri yang mempunyai pengalaman menggunakan kereta perodua myvi, aku pernah alami sendiri bagaimana tiba-tiba kereta myvi bateri kong sebaik sahaja aku berhenti sebentar di stesen minyak untuk ke tandas.
Bila masuk semula kereta, aku nak hidupkan enjin kereta terus tak boleh.
Apakah perkara utama untuk anda tahu sama ada bateri kong atau alternator ?
Ada beberapa perbezaan antara bateri kong atau alternator anda sudah bermasalah seperti :
Myvi bateri kong | Alternator |
Bila tekan pada butang “ON” kunci kereta, tiada sebarang lampu menyala pada meter kereta. | Nyalaan pada panel meter kereta masih berfungsi seperti biasa |
Apabila menekan butang “start”, tiada sebarang tindak balas pada enjin kereta seakan bunyi kosong. | Pusing sahaja butang “start”, akan berbunyi “tak tak tak” pada enjin kereta. |
Enjin kereta langsung tidak boleh dihidupkan | Enjin kereta masih boleh dihidupkan, jika masalah alternator masih pada peringkat awal. |
Bateri kering kong untuk kereta myvi
Sejujurnya sebelum ini aku menggunakan bateri kereta kering untuk kereta myvi aku itu. Memang bagus dan tahan jika menggunakan bateri kereta kering.
Namun, bila aku terlupa untuk check tempoh tarikh tamat sesuatu bateri kering kong pun terjadi. Bila check semula pada tarikh di bateri kereta, tempoh tersebut telah melebihi 2 tahun setengah.
Ianya amat lah tahan bagi aku sebenarnya. Bila dah tiada masalah sepanjang penggunaan tersebut, aku pun terlupa nak check bila bateri kering kong.
Sebelum itu, ada beberapa tanda bateri kering kong yang aku hadapi tapi secara minima keadaannya sebelum terjadi myvi bateri kong.
Bateri sel basah kong untuk myvi
Pada tahun ini, aku membeli bateri sel basah kerana ianya sedikit murah dibandingkan sebelum ini aku gunakan bateri kering.
Untuk pengetahuan, bateri sel basah kong adalah jauh lebih lama berdasarkan cara kita maintain bateri sel basah tersebut.
Bateri sel basah perlu dijaga paling kurang 3 bulan sekali jika jarang gunakan kereta myvi tersebut. Manakala, sebulan sekali jika kerap anda gunakan ke sana ke sini.
Sekiranya ianya dijaga dengan baik, bateri sel basah kong boleh bertahan sehingga 3 tahun ke 3 tahun 6 bulan.