Harga tukar cermin depan kereta

harga tukar cermin depan kereta
Harga tukar cermin depan kereta

Harga tukar cermin depan kereta. Berapakah harga cermin kereta yang sepatutnya anda bayar sebaik sahaja anda membuat tukar cermin kereta yang baru?

Sebelum anda nak tahu harga tukar cermin kereta, anda adalah diwajibkan untuk menjalani beberapa proses tapisan berkenaan harga tukar cermin depan kereta.

Sebaiknya apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan harga cermin kereta yang berpatutan bukan sekadar murah, akan tetapi ianya berkualiti.

Harga tukar cermin kereta mengikut kereta

Berikut merupakan senarai harga tukar cermin kereta mengikut kereta untuk rujukan anda :

1. Harga tukar cermin kereta myvi

Anda sebagai pemilik kereta perodua myvi antara dari model lama hinggalah ke model terkini tentunya ingin mengetahui harga tukar cermin kereta myvi.

Pastinya ramai di antara kita nak lihat dan buat anggaran budget tentang kereta harga cermin myvi. Lebih-lebih lagi telah berlaku kali pertama kejadian cermin kereta pecah disebabkan faktor-faktor tertentu yang tidak boleh dielakkan.

Kejadian cermin kereta pecah sememangnya kita tidak jangka langsung. Macam aku sendiri berpengalaman mengalami kejadian ini, namun, sedikit sebanyak aku boleh kongsikan pengalaman itu disini.

Ada dua jenis cermin utama pada bahagian kereta sebelum anda nak tentukan harga cermin depan kereta iaitu :

  • Cermin kereta depan
  • Cermin kereta belakang

Harga tukar cermin depan kereta myvi

Cermin depan kereta sesebuah kereta sangatlah penting bagi sesebuah pemanduan. Tanpa cermin depan, anda sukar untuk memandu kerana terdapat angin menjadi tentangan menyukarkan sesuatu pemanduan.

Sekiranya cermin kereta anda pecah, berapakah harga tukar cermin depan kereta myvi anda ? Apa yang wajib anda tahu adalah semua kereta mempunyai 2 lapisan cermin (2 layer).

Terdapat 3 kategori yang aku boleh klasifikasikan untuk anda sebagai pemilik kereta myvi :

PerkaraHarga tukar cermin depan kereta myvi
Secara tunaiRm400-Rm500
Guna claim insuransCover sebanyak Rm600 sebaiknya
Sensor keretaTambahan Rm400 (anggaran) untuk model yang mempunyai
sensor pada cermin kereta myvi
Jadual 1

Harga tukar cermin belakang kereta myvi

Manakala, bagi cermin kereta myvi belakang pula, hanya 1 lapisan cermin kereta sahaja diperlukan. Berikut merupakan senarai harga tukar cermin belakang kereta myvi :

PerkaraHarga tukar cermin belakang kereta myvi
Secara tunaiRm250-Rm350
Perlindungan insuransRm400
Jadual 2

2. Harga tukar cermin kereta axia

Bagi anda sebagai pemilik kereta perodua axia pula, tentunya anggaran mudah dibuat kerana kadar kelebaran cermin kereta axia adalah tidak begitu luas.

Harga tukar cermin kereta axia adalah dikategorikan sebagai agak murah dan mudah didapati. Hal ini kerana kereta jenis perodua axia ini sudah banyak berada di pasaran di negara kita.


Posted

in

by

Tags:

Comments

3 responses to “Harga tukar cermin depan kereta”

  1. […] Baca juga : Harga tukar cermin depan kereta […]

  2. […] sambungan kepada senarai bagi harga cermin kereta dimana di artikel ini hanya menfokuskan kepada harga tukar cermin depan kereta […]

  3. […] dari mendapatkan harga tukar cermin depan kereta yang murah secara berlebihan untuk mendapatkan hasil kerja yang […]