Renew roadtax motor harga

Renew roadtax motor harga. Apakah ciri-ciri penentu kepada harga roadtax motor yang dapat kita bezakan sejurus memiliki motosikal kecil ataupun besar ?

Adakah semua jenis motor mempunyai harga renew roadtax motor yang sama sahaja ? Apakah tempat sebaiknya untuk anda rujuk supaya tidak tersalah budget dalam renew roadtax motor harga ?

Apakah rujukan tersebut sesuai dijadikan contoh untuk mengetahui harga renew roadtax motosikal yang lain ?

Harga renew roadtax motor di pejabat pos

Adakah perbezaan harga renew roadtax motor di pejabat pos berbanding di tempat lain? Jawapannya adalah ada.

Renew roadtax motor di pejabat pos sememangnya mudah kerana hampir di setiap bandar hingga ke pekan kecil pasti terdapat sebuah pejabat pos.

Kiranya pejabat pos sekarang sudah mempunyai khidmat menghidupkan roadtax motor. Namun, terdapat beza pada harga renew roadtax motor di pejabat pos.

Bezanya adalah terletak pada servis caj yang dikenakan kepada anda. Akan tetapi, tidak untuk harga roadtax motor yang asal.

Harga roadtax motor yang asal masih kekal pada kadar jumlah yang sama. Bagaimana nak bayar harga renew roadtax motor tanpa dikenakan caj lebihan ? Baca seterusnya.

Berapa harga renew roadtax motor

Persoalan kini adalah berapa harga renew roadtax motor boleh dirujuk ? Rujukan harga roadtax motor adalah mengikut kebesaran cc enjin yang digunakan.

Anda boleh rujuk pada setiap geran motosikal anda akan tertulis pada penyataan CC Enjin. Selepas dah tahu kapasiti cc enjin anda, barulah senang untuk anda membuat rujukan pada harga roadtax motor.

Rujuk disini : Harga roadtax motor

Harga renew roadtax motor lc 135

Contoh yang aku berikan ini adalah contoh dari motor lc 135 aku sendiri. Pada geran motor boleh aku rujuk cc enjin ditulis 135cc.

Jadi, kategori harga renew roadtax motor lc 135 adalah hanya berjumlah rm2 sahaja. Dengan tahunya anda tentang renew roadtax motor harga mengikut cc enjin, mudah untuk anda menyediakan budget awal untuk hidupkan roadtax motor.

renew roadtax motor harga
Renew roadtax motor harga

Harga renew roadtax motor JPJ

Manakala, sekiranya anda renew roadtax motor di JPJ, pasti harga renew roadtax motor JPJ anda tidak akan dikenakan caj perkhidmatan lain.

Mengapa tiada sebarang caj lain dikenakan sekiranya anda buat roadtax motor di JPJ ?

Faktornya adalah kerana roadtax motor dikeluarkan sendiri oleh pihak JPJ. Maka, segala caj telah dimasukkan ke dalam harga renew roadtax motor JPJ yang anda buat.

Namun, di pejabat pos akan dikenakan caj tambahan kerana pihak pejabat pos sendiri memberikan perkhidmatan di bawah JPJ.

Segala mesin print roadtax motor dibekalkan oleh pihak JPJ itu sendiri. Pihak pejabat pos hanya memudah cara namun keuntungan pejabat pos diambil dari caj perkhidmatan yang dikenakan kepada anda. Bukan dari harga roadtax motor yang asal.

Harga renew roadtax motor JPJ. Berikut merupakan perkongsian pengalaman aku sendiri buat roadtax motor di JPJ.

Ini merupakan kali pertama aku sendiri yang mencuba nak selesaikan buat roadtax motosikal aku. Sebelum ini aku serahkan pada agent insurans.

Kebetulan aku ambil cuti hujung tahun selama seminggu. Daripada tidak buat apa-apa kerja tidak rumah, roadtax motor pula dah nak tamat.

Aku ambil initiatif ini untuk belajar dan turun padang settlekan roadtax motor lc135 aku tu. Alang-alang nak tahu harga renew roadtax motor JPJ sebenar, terus aku sendiri pergi ke JPJ.

Motor lc 135 ni dah lama aku gunakan. Tapi tak pernah sekali aku uruskan roadtax motor ni. Bila dah buat sendiri dan tahu harga renew roadtax motor JPJ, senang akan datang untuk berurusan.

Hidupkan insuran motor sebelum renew roadtax motor di JPJ

Langkah pertama yang aku buat adalah menghidupkan insurans motor dulu. Sebab rakan aku pernah kata kat JPJ tidak menjual insurans di situ.

Jadi, aku buat insurans pada agent insurans sebelum ini aku dah biasa hidupkan. Yela, mungkin lebih senang upah saja agent siapkan sekali roadtax tersebut.

Tetapi, aku sendiri dah nekad nak pergi ke JPJ sendiri untuk buat cukai jalan lc135 aku tu.

Setelah insurans berjaya dihidupkan, aku telah diberikan salinan polisi insurans. Polisi insurans atau covernote insurans ini aku perlu bawa ke JPJ nanti.

Datang ke JPJ untuk hidupkan roadtax motosikal

Pada hari yang sama, aku terus menuju ke JPJ negeri yang terletak setengah jam dari rumah. Sambil santai-santai bersahaja ke JPJ tersebut.

Lagi pun aku telah dinasihatkan oleh rakan supaya tidak datang pada waktu puncak. Waktu orang keluar rehat tengahari patut aku elak untuk datang ke JPJ.

Waktu pada masa itu aku datang dalam pukul 1030 pagi. Orang juga agak ramai tetapi giliran berjalan agak lancar.

Tak sampai setengah jam aku menunggu, tiba waktu giliran nombor aku. Aku datang ke kaunter nombor 5. Aku diminta untuk serahkan kad pengenalan bagi urusan membuat roadtax motor.

Kemudian, aku serahkan polisi insurans yang telah dihidupkan tadi kepada kerani di kaunter untuk semakan nombor plat motosikal.

Berapa harga renew roadtax motosikal di JPJ ?

Berapakah harga roadtax motor yang perlu aku bayar di JPJ ?

Sebaik sahaja nombor kad pengenalan dan nombor plat motor aku dikenal pasti, aku diminta untuk membayar sebanyak rm2 sahaja.

Untuk pengetahuan, motosikal aku iaitu lc135. Jadi, untuk setahun tempoh roadtax hanyalah rm2 sahaja. Aku serahkan jumlah yang diminta.

Agak hairan pada awalnya berkenaan harga renew roadtax motor di JPJ ini. Aku tanyakan pada kerani tersebut adakah tiada sebarang cas perkhidmatan dikenakan?

Lalu kerani di kaunter tersebut menjawab tiada. Jadi, aku hanya perlu membayar rm2 itu sahaja.

Kesimpulannya, jika anda buat roadtax di JPJ, hanya jumlah roadtax sahaja yang perlu anda bayar. Tiada sebarang caj tambahan perlu dikenakan oleh anda.

harga renew roadtax motor jpj
Harga renew roadtax motor JPJ

Harga renew roadtax dan insurans motor

Secara keseluruhan, harga renew roadtax dan insurans motor merupakan sebuah harga penuh (complete) bagi anda menyediakan budget di awal waktu.

Bila tahu ini dah tahu harga renew roadtax dan insurans motor sepenuhnya, anda boleh buat anggaran tahu depan punya harga renew roadtax dan insurans motor.

Harga renew roadtax dan insurans motor anda pasti tidak jauh dari harga tahun lepas berdasarkan perubahan market value dan juga NCD yang semakin memberikan penjimatan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Renew roadtax motor harga”

  1. […] Baca juga : Renew roadtax motor harga […]