Boleh ke renew roadtax motor tanpa insuran ?

Boleh ke renew roadtax motor tanpa insuran. Adakah persoalan ini bermain difikiran anda? Mungkin cara ini boleh anda gunakan sekiranya anda kekurangan budget untukmenghidupkan roadtax motor.

Namun, adakah cara renew roadtax motor tanpa insurans ini adalah dibenarkan atau menjadi satu kesalahan kepada pemilik motosikal sekiranya tidak mengikuti proses yang sebenar.

Proses sebenar yang kita maksudkan adalah menghidupkan insurans terlebih dahulu kemudian barulah roadtax motor boleh dikeluarkan oleh pihak JPJ.

Proses keluaran roadtax motor oleh pihak JPJ

Secara asasnya roadtax motor anda dikeluarkan atau diprint dengan kebenaran pihak JPJ itu sendiri. Walaupun anda membuat roadtax motor di pejabat pos atau secara online melalui myeg atau bjak, proses ini akan dilalui terlebih dahulu dengan izin dari pihak JPJ.

Pihak-pihak ini menjadi agent kepada pihak JPJ bagi memudahkan proses print roadtax motor dengan lancar walaupun tidak perlu datang ke pejabat JPJ itu sendiri.

Namun, boleh ke renew roadtax motor tanpa insuran dibuat secara terus di JPJ atau tempat-tempat agent sah di bawah pihak JPJ ini?

Boleh ke renew roadtax motor tanpa insuran terlebih dahulu ?

Jawapannya adalah mudah. Tanpa insurans motor, maka roadtax motor tidak boleh diprint atau dikeluarkan.

Syarat ini telah ditetapkan pihak JPJ di negara kita. Setiap dari motosikal yang menggunakan jalan raya adalah wajib berlindung di bawah syarikat insurans.

Insurans motor mempunyai dua iaitu first party dan juga 3rd party. Untuk first party insurans motor, ia memberi perlindungan kemalangan terhadap motor anda dan juga motor yang terlibat sama semasa kemalangan berlaku dengan beberapa syarat anda terbukti bersalah oleh pihak polis trafik.

Manakala, untuk perlindungan cover 3rd party insurans motor akan melindungi orang yang terlibat dalam kemalangan disebabkan oleh motor anda.

Akan tetapi, motor anda sama sekali tidak boleh membuat claim insurans kerana ianya hanyalah perlindungan kepada orang yang anda libatkan tadi.

Sistem pihak JPJ akan mengesan insurans motor anda

Untuk pengetahuan anda, sistem yang digunakan pihak JPJ adalah terkait dengan sistem-sistem insurans kenderaan di negara kita.

Bila saja insurans motor anda telah dihidupkan atau dibuat, maka, sistem JPJ ini akan mengesannya secara atas talian dengan cepat dan cekap.

Apa yang penting adalah, nombor plat dan juga nombor kad pengenalan anda sebagai pemilik motor dalam insurans tersebut adalah tepat. Seperti mana dalam simpanan pihak JPJ itu sendiri di dalam geran motor.

Jadi, sekiranya anda dah hidupkan insurans motor, namun, sistem JPJ tidak dapat kesan kehadiran insurans motor anda. Hal ini mungkin terjadi disebabkan :

  1. Nombor kad pengenalan anda sebagai pemilik adalah salah dimasukkan dalam insurans motor
  2. Nombor plat motor anda tidak sama dengan simpanan JPJ
  3. Masalah sistem JPJ yang mungkin offline buat seketika waktu (jarang berlaku).

boleh ke renew roadtax tanpa insuran

Leave a Reply