Panduan Bateri Kereta Saga Flx

Bateri kereta saga flx. Perkara apakah yang anda perlu tahu tentang bateri kereta saga flx ini? Lebih-lebih lagi kepada anda yang kurang ambil tahu tentang bateri kereta adalah wajib untuk berada di artikel ini.

Pertama sekali anda perlu tahu model kereta saga anda. Jika anda sudah tahu dan kenal pasti apakah model kereta saga anda gunakan, tentunya mudah bagi anda untuk membeli, menukar kepada bateri kereta yang baru.

Justeru, terdapat beberapa kaedah yang mudah anda fahami untuk tukar bateri kereta saga flx ini. Ianya tak susah sekiranya anda mengikut langkah-langkah yang betul.

Cara nak tahu model kereta saga anda

Terdapat pelbagai model kereta proton saga telah dipasarkan di negara kita. Apakah cara sesuai untuk anda tahu model kereta saga anda itu adalah FLX ?

Caranya adalah mudah iaitu merujuk semula kepada geran kereta saga anda. Jika ianya keluaran dari kilang (manifactured) bermula tahun 2011 dan berakhir pada tahun 2016.

Tahun keluaran 2011-2016 ini adalah dikenali sebagai model kereta proton saga FLX. Contohnya anda rujuk geran kereta anda bertulis tahun 2014, maka, kereta saga anda adalah jenis model FLX.

Anda hendaklah tahu model kereta proton saga ini kerana ianya akan berkait rapat dengan perkara di bawah.

Tukar bateri kereta saga flx

Adalah diwajibkan untuk anda tukar bateri kereta saga flx bila sampai waktunya bateri dah kong atau lemah.

Cara nak tahu bilakah bateri kereta anda akan kong adalah :

  • Bila nak start kereta, ia seperti bunyi lemah atau ianya dikira sebagai saga flx susah start.
  • Perlu start kereta untuk kali kedua dan seterusnya barulah boleh dihidupkan.
  • Lambang bateri pada meter kereta akan menyala seketika atau lambang bateri menyala tanpa padam sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan.
  • Tempoh penggunaan bateri kereta melebihi 2 tahun dan ke atas.
  • Saga flx tak boleh start langsung.
  • Panel meter kereta tidak menyala sebaik sahaja kunci dipusing pada tanda “On”

Cara menukar bateri kereta saga flx

Terdapat dua cara menukar bateri kereta saga flx iaitu :

  1. Tukar bateri kereta saga flx sekiranya sudah melebihi tempoh 2 tahun hinggan 2 tahun setengah penggunaan walaupun enjin masih boleh dihidupkan.
  2. Tukar bateri kereta saga flx sebaik sahaja kereta tidak boleh dihidupkan (sudah kong habis).

Pilihlah cara nombor 1 agar kelak tidak akan memberi masalah kepada anda lebih-lebih lagi diwaktu emergency.

Sekiranya anda memilih cara nombor 2, anda perlu bersedia sekiranya tiba-tiba kereta saga flx anda tidak boleh dihidupkan.

Jenis bateri kereta saga flx

Ada dua jenis bateri kereta saga flx yang anda boleh buat pilihan :

  1. Bateri kering kereta saga flx
  2. Bateri basah kereta saga flx

Anda perlu tahu jenis bateri kereta saga flx yang sesuai dengan cara anda gunakan. Keduanya tiada sebarang masalah jika digunakan.

Namun, sekiranya anda memilih bateri kering untuk kereta saga flx anda, anda perlu menggunakannya tanpa perlu maintain secara berkala. Gunakan sehingga ianya habis atau kong.

Manakala, jenis bateri kereta saga flx basah pula perlu di maintain dengan berkala secara baik. Cara nak maintainnya adalah dengan menambah air bateri sekiranya ia telah kurang.

Bila bercakap mengenai bateri kereta, sudah tentu ia akan melibatkan kadar elektrik untuk kereta gunakan dari mula start enjin, semasa memandu kereta dan hinggalah mematikan enjin sebaik saja tiba di destinasi.

Tenaga bagi sesebuah kereta yang anda gunakan adalah bergantung juga kepada jenis bateri kereta. Namun, apakah jenis bateri kereta saga flx yang sesuai anda perolehi sekiranya terdapat tanda-tanda bateri kereta nak habis ?

Pengetahuan ini bukan sahaja perlu bagi situasi tanda-tanda bateri kereta telah lemah, malah sangat perlu untuk pemilik kereta saga flx tatkala bateri kereta telahpun kong.

Apakah itu jenis bateri kereta saga flx ?

Terdapat dua jenis bateri kereta saga flx yang perlu anda ketahui. Hal ini demikian, anda hanya boleh memilih satu jenis bateri kereta sahaja.

Apakah 2 jenis bateri kereta saga flx itu ?

PerkaraJenis bateri kereta saga flx
Pilihan 1Bateri kering
Pilihan 2Bateri basah
Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, anda telah melihat pada dua pilihan yang terdapat pada sesebuah bateri kereta. Kedua buah bateri kereta saga flx ini memainkan peranan yang sama namun berbeza dalam beberapa perkara.

Perbezaan jenis bateri kereta saga flx

1. Bateri basah bagi jenis bateri kereta saga flx

Jika anda memilih bateri basah, anda perlu tahu apa yang dikatakan bateri basah. Cara nak lihatnya adalah ianya mengandungi air di dalam bateri kereta tersebut.

Selain itu, pada bahagian atas bateri kereta tersebut mempunyai 4 hingga 6 lubang skru yang boleh dibuka dan ditutup.

Lubang skru tersebut digunakan untuk mengisi atau topup sekiranya air bateri kereta basah tersebut berkurangan atau menjadi kering.

Jadi, penjagaan air bateri basah kereta perlulah dilakukan dengan kerap supaya bateri kereta tersebut mampu bertahan lebih lama.

2. Bateri kering untuk jenis bateri kereta saga flx

Untuk jenis bateri kereta kering pula, karakternya anda boleh lihat hanya terdapat dua panel bagi cas bateri positif dan negatif.

Ianya tidak mempunyai sebarang lubang skru seperti mana bateri basah.

Oleh itu, penggunaan bateri kering adalah lebih mudah. Tidak perlukan penjagaan air bateri kereta. Namun, bila melihat tempoh ketahanan, bateri kering mempunyai tarikh luput yang boleh anda jadikan rujukan.

Bagi aku, berdasarkan pengalaman sendiri, penggunaan bateri kering kereta boleh bertahan maximum 2 tahun 6 bulan, manakala minimum selama 2 tahun.

Bila sudah masuk dua tahun, boleh siap sedia sekiranya bateri kereta kong atau tukar bateri kereta tersebut dari awal.

Walaupun, ada yang beranggap bateri kering boleh lebih dari tempoh yang aku kongsikan di atas, ianya terpulang.

Apa yang aku cuba kongsikan adalah tukar bateri kereta perlu anda jadualkan supaya anda tidak kehabisan bateri kereta di waktu yang tidak dijangka.

jenis bateri kereta saga flx
Jenis bateri kereta saga flx

Size bateri kereta saga flx

Saiz bateri kereta saga flx ini wajib anda tahu sebelum membeli yang baru. Pastikan saiz bateri kereta proton saga flx anda sama dengan saiz bateri lama.

Lihat pada fizikal bateri kereta lama atau perhatikan pada saiz bateri kereta saga flx yang tertera ditulis NS60 pada permukaan bateri kereta.

Size bateri kereta saga flx memainkan peranan penting jika anda membeli sendiri di kedai bateri kereta tanpa membawa kereta. Disini sangat penting untuk anda tahu model kereta saga flx anda adalah betul jika ditanya orang di kedai bateri kereta.

Jika anda membawa kereta ke kedai bateri kereta, proses tukar bateri kereta saga flx anda akan menjadi lebih mudah kerana mereka akan uruskan proses tukar bateri kereta hinggalah siap dipasang tanpa per mengetahui saiz bateri saga flx anda.

Namun, untuk sekadar pengetahuan ianya tidak menjadi kesalahan malah membantu supaya dapat elak dari ditipu.

Berapa sepatutnya saiz bateri saga flx yang sesuai digunakan apabila ianya sudah habis atau kong untuk digantikan kepada bateri kereta yang baru ?

Kerap kali kita boleh jadi keliru apakah saiz bateri kereta saga flx yang sesuai digunakan oleh anda. Sebagai pemilik kereta proton saga flx, anda adalah diwajibkan untuk mengetahui perkara ini.

Manakala, ada juga tak pernah tahu menahu tentang apakah bateri kereta saga flx ini perlu ditukar untuk beberapa tahun sekali sebaik sahaja ianya telah habis.

Hal ini sangatlah penting jika berlaku kepada anda lebih-lebih lagi bateri kereta anda kong di waktu yang tak disangka-sangka.

Apakah saiz bateri saga flx yang sesuai ?

Bagaimana nak tahu saiz bateri kereta saga flx yang anda patut gunakan ? Jawapannya adalah pada nombor 60 yang tertera pada kod bateri kereta.

Kod (code) ini perlulah diiringi dengan petak bateri kereta saga flx yang boleh anda lihat pada tempat letak bateri kereta dalam bahagian bonet depan kereta saga flx anda.

Keperluan di atas adalah bagi anda yang ingin membuat tukar bateri kereta sendiri dan pasang bateri kereta semula.

Ianya tidak serumit yang anda sangka sekiranya anda mematuhi beberapa langkah.

Bagaimana cara lain tukar bateri kereta walaupun anda tidak tahu saiz bateri kereta saga flx ?

Sekiranya anda tidak mahu tukar bateri kereta sendiri, pendekatan paling sesuai adalah menghantar kereta ke bengkel bateri kereta.

Namun, proses tukar bateri kereta saga flx anda boleh dibuat sekiranya bateri kereta hampir-hampir kong tetapi masih boleh lagi dihidupkan enjinnya.

Ikuti cara di bawah :

  • Pastikan tarikh bateri kereta yang sedang digunakan telah melebihi 2 tahun.
  • Check tarikh dengan cara membuka bonet kereta dan lihat pada bateri kereta saga flx akan tertera tarikh akhir semasa membeli bateri kereta tersebut.
  • Jika ianya telah melebihi 2 tahun, dinasihatkan untuk tukar bateri kereta di kedai bateri kereta berdekatan.

Untuk cara ini, anda tidak perlu mengetahui saiz bateri kereta saga flx anda. Orang di kedai bateri kereta sudah tahu saiz bateri saga flx yang sesuai digunakan dengan hanya bertanyakan jenis kereta yang anda gunakan iaitu Proton Saga FLX.

Namun juga, ambil sedikit pengetahuan dengan bertanyakan saiz bateri kereta saga flx yang anda gunakan supaya anda dapat belajar dan tidak ditipu kelak.

Kod saiz bateri kereta saga flx untuk rujukan anda

Berikut merupakan code saiz bateri saga flx yang anda boleh gunakan iaitu :

  1. NS60S
  2. NS60LS
  3. NS60L
  4. NS60

saiz bateri kereta saga flx
Saiz bateri kereta saga flx

Harga bateri kereta proton saga flx

Senarai harga bateri kereta proton saga flx :

Bateri kereta saga flxHarga bateri kering saga flxHarga bateri basah saga flx
AmaronRM230RM230
CenturyRM155RM140
YokohamaRM220RM200
MotoliteRM165RM140
VartaRM225RM220
CamelRM198RM190
RocketRM220RM200
HitecRM175RM170
YuasaRM195RM190
HeldenRM250RM230
BoschRM215RM210
Jadual 1

Harga bateri kereta saga flx ini adalah tertakluk kepada perubahan semasa. Harga di atas merupakan minimum harga bateri kereta saga flx mengikut jenama sedia ada di pasaran.

Harga bateri kereta saga flx. Jika anda ingin mencari bateri kereta untuk model kereta proton saga flx anda, pastinya anda ingin tahu terlebih dahulu harga bateri kereta saga flx.

Apakah bateri kereta saga flx harga yang memberikan kelebihan dan tentu mempunyai harga bateri kereta yang mampu milik?

Bagaimana cara nak buat survey harga kereta proton saga flx anda sekiranya anda tidak tahu atau keliru dalam membuat pilihan bateri kereta manakah yang terbaik ?

Bateri kereta saga flx harga

Rujukan harga bateri kereta proton saga flx ini adalah mengikut harga semasa yang aku sendiri beli bagi mengantikan bateri kereta saga flx yang telah habis atau kong.

Jenama bateri keretaHarga bateri kereta saga flx
CenturyRM190
Jadual 1

Berikut Jadual 1 adalah jenama bateri kereta Century yang aku beli. Dengan harga RM190 selepas menjual bateri kereta lama berharga rm10.

Namun. dengan harga bateri kereta saga flx yang baru aku beli, bagi aku ianya agak masih rendah dibandingkan harga bateri kereta saga flx 2 tahun lepas berharga RM180.

Apakah kelebihan yang menjadi faktor untuk anda memilih sesuatu bateri kereta ?

Untuk pendapat aku, apa yang aku lihat adalah lebih kepada kepercayaan kepada sesuatu jenama bateri kereta.

Sejak dari dulu aku telah menggunakan jenama bateri kereta Century. Apa yang menjadi kepuasan apabila memilikinya adalah ianya tidak memberi masalah melainkan tiba masanya ia telah kong/habis.

Paling minima penggunaan bateri kereta Century ini adalah 2 tahun dan maximum 2 tahun 6 bulan.

Namun, ia mengikut cara penggunaan dan penyelenggaraan seseorang juga.

Apa yang paling penting adalah harga bateri kereta saga flx dari jenama ini tidak meningkat begitu mendadak sesuai dengan warrantlynya selama 1 tahun.

Apa nak buat sekiranya anda keliru memilih sesebuah bateri kereta ?

  1. Pilihlah jenama bateri kereta yang dikenali seperti Century, Yokohama, Amaron.
  2. Pastikan warrantly sesebuah bateri kereta tersebut 1 tahun atau ke atas.
  3. Pilih harga bateri kereta saga flx anda dengan harga yang munasabah iaitu tidak terlalu mahal dan juga tidak terlalu rendah.

harga bateri kereta saga flx
Harga bateri kereta saga flx

Cara pasang bateri kereta saga flx

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk buka dan cara pasang bateri kereta saga flx :

  1. Buka bonet saga flx.
  2. Pastikan enjin kereta tidak dihidupkan jika bateri masih ada.
  3. Buka wayar yang disambungkan pada terminal bateri negatif terlebih dahulu kemudian positif menggunakan playar dan spanar boleh laras.
  4. Angkat bateri kereta menggunakan pengangkat yang sedia ada pada bateri kereta.
  5. Pasang bateri kereta yang baru anda beli.
  6. Letak bateri kereta pada tempat di mana anda angkat bateri lama tadi.
  7. Pastikan wayar kiri adalah pada terminal positif manakala wayar kanan pada terminal negatif.
  8. Ketatkan skru setelah wayar telah dimasukkan kepada terminal dengan kemas.
  9. Selesai.
  10. Hidupkan enjin.

Cara pasang bateri kereta saga flx. Apakah langkah-langkah yang wajib untuk anda ambil semasa tukar sendiri bateri kereta saga flx anda di rumah selain menghantar ke kedai ?

Artikel ini adalah ditujukan kepada anda sebagai pemilik kereta mengenai cara pasang bateri kereta saga flx dengan benar dan betul.

Cara pasang bateri kereta saga flx anda mempunyai beberapa perkara penting untuk anda fokuskan supaya tidak tersalah atau ianya gagal untuk dihidupkan enjin.

Tatacara dan susun atur ini boleh anda dapati supaya proses cara pasang bateri kereta saga flx menghasilkan keputusan yang baik. Terutamanya tidak menyebabkan masalah lain pada masa akan datang.

Usah risau, ianya tidak begitu rumit untuk difahami tentang cara pasang bateri kereta saga flx ini.

Cara buka bateri kereta saga flx

Sebelum anda nak ketahui cara pasang bateri kereta saga flx, pastinya anda perlu tahu cara nak buka bateri kereta saga flx.

Ikuti langkah-langkah cara nak buka bateri kereta saga flx seperti berikut :

  1. Buka bonet depan kereta saga flx yang terletak dibahagian bawah stering kereta di sebelah kanan dengan menarik ke arah anda. Pastikan enjin kereta tidak dihidupkan.
  2. Pergi ke arah bonet depan kereta. Tarik bonet ke atas dengan menyeluk bahagian depan dalam (tengah) bonet kereta saga flx anda untuk membuka lock bonet.
  3. Selepas bonet telah dibuka, lihat pada bahagian kanan anda (dari hadapan kereta) terletaknya bateri kereta saga flx anda.
  4. Kenal pasti 2 wayar yang disambungkan pada bateri kereta saga flx anda. Iaitu berwarna merah adalah positif, manakala wayar hitam adalah negatif.
  5. Cabut wayar merah dan wayar hitam tersebut dengan melonggarkan skru pengikat pada panel bateri kereta tersebut.
  6. Angkat bateri kereta saga flx anda dan bawa keluar.

Apakah cara pasang bateri kereta saga flx yang betul ?

Sebaik sahaja anda membeli bateri kereta saga flx yang baru, proses seterusnya adalah memasang bateri kereta tersebut.

Ikuti cara pasang bateri kereta saga flx anda dengan betul seperti di bawah :

cara pasang bateri kereta saga flx
Cara pasang bateri kereta saga flx
  1. Pastikan anda memakai sarung tangan kain atau getah atas dasar faktor keselamatan dan kebersihan.
  2. Pastikan kedudukan panel pada bateri kereta positif dan negatif anda pada arah kedudukan yang betul.
  3. Angkat bateri kereta saga flx anda yang baru masuk ke tapak bateri kereta yang telah disediakan. Atau masukkan bateri kereta baru di tempat tapak tempat bateri kereta lama tadi.
  4. Sambungkan wayar merah pada panel yang bertanda simbol (+) positif bateri manakala simbol (-) wayar hitam pada panel negatif bateri kereta saga flx anda seperti pada Gambar 1 di atas.
  5. Ketatkan semula skru pengikat yang berada di hujung setiap wayar positif dan wayar negatif.
  6. Selesai.
  7. Hidupkan enjin kereta anda.

Boleh ke buat aktiviti buka dan pasang bateri kereta saga flx ini dalam keadaan enjin kereta hidup ?

Bagi sesebuah kes sekiranya bateri kereta saga flx anda yang lama masih boleh dihidupkan, ianya tidak menjadi sebarang masalah untuk tukar bateri kereta dalam keadaan enjin kereta hidup.

Namun, beberapa peralatan keselamatan seperti glove kain atau getah perlu dipraktikkan supaya anda tidak terkena aliran elektrik yang mengalir secara tidak diduga.

Adalah lebih bagi untuk melakukan proses buka dan cara pasang bateri kereta saga flx ini secara dalam keadaan enjin kereta dimatikan.

bateri kereta saga flx
Bateri kereta saga flx

Posted

in

by

Tags: