Renew roadtax motor di utc

Renew roadtax motor di utc. Siapakah yang belum pernah renew roadtax motor di utc ? Teruskan pembacaan di artikel ini berdasarkan pengalaman aku sendiri yang buat roadtax di utc.

Pejabat UTC merupakan satu konsep pejabat kerajaan berkumpul di satu buah bangunan.

Kehadiran UTC di setiap bandar negeri di negara kita memudahkan urusan orang ramai di pejabat kerajaan. Terutamanya di utc terdapat Jabatan Pengangkutan Jalan raya atau dikenali sebagai JPJ.

Proses renew roadtax motor di utc

Pagi-pagi lagi aku dah datang ke UTC terdekat rumah aku. Memandangkan rumah aku tidak jauh dari bandar. Lebih kurang 15 minit menaiki motor.

Sampai sahaja di utc tersebut aku perlu naik ke tingkat 2 iaitu dimana pejabat JPJ itu berada. Kalau anda nak renew roadtax motor di utc pejabat pos pun boleh iaitu berada di tingkat 3.

Memandangkan aku datang awal, orang tidaklah begitu ramai di JPJ utc tersebut.

Masuk sahaja ke dalam JPJ utc, aku pun ambil nombor giliran.

Dokumen renew roadtax motor di utc

Dalam masa yang sama aku bawa beberapa dokumen yang wajib dibawa untuk renew roadtax motor di utc ini.

Antaranya adalah :

  1. Kad pengenalan aku sebagai pemilik motor
  2. Geran motor original atau salinan atau;
  3. Polisi insurans motor terbaru
  4. Kad debit/kad kredit untuk pembayaran

Kad pengenalan adalah sangat penting aku nak tekankan. Sebelum ini aku pernah tertinggal kad pengenalan (IC) di rumah.

Pastikan geran atau polisi insuran anda di bawa sekali. Hal ini adalah bagi rujukan pihak JPJ untuk pengesahan nombor plat motor serta nombor kad pengenalan adalah benar dan betul.

Kad debit paling kurang ada perlu bawa yang mencukupi dengan harga roadtax motor yang bakal anda bayar.

Adakah semua proses renew roadtax motor di utc boleh dibuat ?

Tidak sama sekali. Terdapat beberapa proses renew roadtax motor di utc tidak boleh dibuat. Jadi, anda perlu hadirkan diri ke JPJ negeri utama yang ditetapkan di setiap negeri anda.

Jika anda nak renew roadtax motor di utc seperti biasa setiap tahun, ia masih lagi boleh diselesaikan di utc.

Namun, sekiranya contoh renew roadtax motor yang baru selesai puspakom, anda hendaklah renew roadtax motor di JPJ negeri.

Semasa aku nak renew roadtax motor di utc, aku juga perlu pastikan beberapa perkara ini agak tidak membuang masa beratur di utc.

Jadi, pastikan anda tahu tujuan dan masalah yang dihadapi oleh anda.

renew roadtax motor di utc

Leave a Reply