Roadtax motor mati lebih 5 tahun

Roadtax motor mati lebih 5 tahun. Apakah yang anda boleh buat sekiranya roadtax motor mati lebih 5 tahun ?

Bagaimanakah caranya roadtax motor tersebut boleh anda hidupkan semula dan kembali secara sah mengikut undang-undang ditunggang di atas jalan raya ?

Kebanyakkan motor-motor yang sudah lama mengalami masalah roadtax motor mati lebih 5 tahun ini. Namun, tidak ketinggalan juga bagi motor di bawah 10 tahun yang dikira masih lagi baru.

Seperti yang kita tahu, motor yang melebihi 3 tahun tidak menghidupkan roadtax motor haruslah menjalani pemeriksaan puspakom.

Bagi kes kita ini adalah roadtax motor mati lebih 5 tahun, jadi ianya telah melebihi dari syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ untuk hidupkan roadtax motor.

Punca roadtax motor mati lebih 5 tahun

Ada beberapa sebab mengapa berlakunya kes-kes roadtax motor mati lebih 5 tahun ini. Antaranya adalah :

  1. Tangguh-tangguh dalam menghidupkan roadtax motor /Lesen Kenderaan Motor atau cukai jalan motor.
  2. Tersilap membeli motor tanpa membuat semakkan terlebih dahulu tarikh akhir roadtax motor mati.
  3. Pemilik meninggal dunia menyebabkan motor tidak digunakan manakala proses tukar nama tidak dibuat.
  4. Tidak menghidupkan roadtax motor kerana mempunyai saman blacklist (senarai hitam) sehinggalah melebihi 5 tahun.

Contoh-contoh di atas mungkin pernah terjadi kepada anda. Namun, ada banyak lagi contoh yang boleh menjadi punca mengapa roadtax motor mati lebih 5 tahun ini terjadi.

Langkah bagi menyelesaikan masalah roadtax motor mati lebih 5 tahun disebabkan mempunyai saman blacklist

Ikuti langkah ringkas di bawah agar anda mudah membuat rujukan :

  1. Bayaran saman blacklist adalah wajib diselesaikan terlebih dahulu. Jika 2 daripada 5 saman adalah blacklist, jadi anda hanya perlu selesaikan 2 saman blacklist tersebut buat sementara bagi melepaskan proses hidup roadtax motor tersebut.
  2. Motor perlulah diselenggara dengan membuat maintainance lebih-lebih lagi pada bahagian penting iaitu, tayar wajib ada bunga, mempunyai lampu depan dan lampu brek belakang, lampu sisi signal haruslah berfungsi.
  3. Bawa motor ke puspakom atau JPJ terdekat untuk membuat inspection. Untuk di JPJ ianya dipanggil PG10.
  4. Setelah lulus, hidupkan insurans dan roadtax motor.
  5. Selesai.

Adakah tahun seterusnya perlu menjalani pemeriksaan puspakom ?

Pemeriksaan puspakom atau PG10 hanya perlu dibuat sekali sahaja. Pada tahun berikutnya anda boleh menghidupkan roadtax motor tanpa menjalani inspection puspakom seperti tahun sebelum.

Apa yang penting adalah anda menghidupkan roadtax motor mengikut tempoh yang benar dan betul tanpa melepasi tempoh 3 tahun dari tarikh akhir hidupkan roadtax motor.

roadtax motor mati lebih 5 tahun

Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Roadtax motor mati lebih 5 tahun”

  1. […] jalan penyelesaian yang terbaik bagi kes roadtax motor mati lebih 5 tahun ini ? Tentu kita sudah tahu bahawa motor yang road tax mati lebih 5 tahun adalah wajib menjalani […]