Tayar kereta berbunyi ketika brek

Tayar kereta berbunyi ketika brek. Apakah punca sebenar yang boleh anda ketahui sekiranya menghadapi masalah tayar kereta berbunyi ketika brek ini ?

Apakah kesan sekiranya anda masih membiarkannya terus berbunyi ? Adakah cara terbaik untuk selesaikan masalah tayar kereta berbunyi ketika brek ini ?

Kebaikan sekiranya anda mengesan lebih awal masalah tayar kereta berbunyi ketika brek. Jika tahu lebih awal dengan mengambil tindakan tidak akan memberikan masalah pada part kereta yang lain.

Apa punca tayar kereta berbunyi ketika brek ?

Ada dua punca tayar kereta berbunyi ketika brek. Mengikut pengalaman aku, bunyi tersebut bukan datang dari tayar kereta.

Ianya adalah datang dari bunyi brek pad atau pelapik brek yang telah pun nipis dan habis sehingga terjadinya pelanggaran antara besi pelapik brek kepada dics brek kereta anda.

Yang kedua adalah, kemungkinan semasa anda brek kereta terlalu dalam menjadikan tayar kereta tersebut terlock lalu menghasilkan bunyi pada tayar kereta.

Beza kedua ini kita boleh dapati pada kekerapan semasa menggunakan brek kereta. Jika setiap kali brek digunakan ianya menghasilkan bunyi nyaring, maka sebabnya adalah yang pertama tadi iaitu brake pad telah pun kehabisan.

Untuk sebab kedua hanyalah berpunca sekiranya anda membrek tayar kereta jika berlakunya emergency atau kecemasan.

Perkara ini adalah biasa untuk kereta yang biasa yang masih tidak mempunyai teknologi sistem ABS (anti-lock braking system)

Apakah kesan sekiranya membiarkan tayar kereta berbunyi ketika brek ini berterusan ?

Kesan kita nak bincang lebih lanjut ini adalah untuk sebab yang kedua iaitu masalah kepada pelapik brek telah habis.

Jika anda masih lagi menggunakan pelapik brek yang telah pun berbunyi, tentunya tayar kereta anda masih lagi boleh berhenti.

Akan tetapi bunyi yang keluar hasil dari besi pelapik brek kereta anda akan menjadi semakin kuat. Itu adalah tanda supaya anda wajib cepat menukar pelapik brek yang baru.

Jika anda tidak menukar kepada yang baru dengan segera, kesannya adalah mengurangi kadar keberkesanan tayar kereta anda untuk berhenti mengikut arahan menekan brek tertentu terutamanya sewaktu kecemasan.

Aku sendiri pernah biarkan lama sedikit tidak tukar pelapik brek baru sehingga menyebabkan disc brake calar.

Apa jadi sekiranya disc brake calar? Walaupun anda dah tukar pelapik brek yang baru, sekiranya disc brake dah calar, ia tetap akan mengurangi keberkesanan untuk tayar kereta anda memberi respon terhadap brek .

Disc brake ni bukan murah. Ia jauh lebih mahal dibandingkan brake pad atau pelapik brek kereta.

Langkah terbaik perlu diambil untuk selesaikan masalah tayar kereta berbunyi ketika brek

Langkah utama bagi mengelakkan masalah tayar kereta berbunyi kereta brek adalah cepat-cepat menukar pelapik brek yang baru.

Jangan lengahkan lagi supaya anda tidak perlu keluarkan kos lain selain pelapik brek. Sekiranya anda melalui laluan jalan raya menuruni bukit, maka lebih elok membuat penukaran tanpa berlengah.

Tindakan awal selepas mengesan permasalahan ini

Sewajarnya tindakan haruskan dibuat dengan serta merta bagi mengelakkan kesan buruk terhadap tayar kereta berbunyi ketika brek ini.

Jika anda dah tahu itu sebabnya, dan anda tangguhkan lagi untuk menukar pelapik brek, ia akan memberikan risiko terhadap diri anda mahupun ahli keluarga.

Servis berkala yang wajar dilakukan

Nak kata servis tukar palapik brek setelah beberapa kilometer ianya bergantung kepada gaya pemanduan anda juga.

Macam aku, aku amalkan brek kereta secara awal. Jika anda mengamalkan brek kereta secara lewat sebelum nak berhenti, maka tekanan pada pelapik brek adalah tinggi.

Tekanan tersebutlah akan meninggikan tahap kehausan pelapik brek. Baru pakai pelapik brek baru, dah habis.

tayar kereta berbunyi ketika brek

Leave a Reply