Boleh ke tukar tayar kereta sebelah sahaja ?

Tukar tayar kereta sebelah sahaja. Adakah dibolehkan untuk anda tukar tayar kereta sebelah sahaja ? Adakah ianya sesuai bila anda nk berbuat demikian ?

Apakah maksud tukar tayar kereta sebelah sahaja ?Ada ke risiko sekiranya anda tukar tayar kereta sebelah sahaja ?

Berikut merupakan sedikit pengalaman aku sendiri yang pernah tukar tayar kereta sebelah sahaja. Jika ada tambahan korang boleh komen di bawah untuk kebaikan bersama sebagai pengguna kereta.

Apakah maksud tukar tayar kereta sebelah sahaja ?

Maksud tukar tayar kereta sebelah sahaja yang boleh di fahami oleh korang adalah ada tiga jenis iaitu :

  • Tukar tayar kereta salah satu kepada baru dari 4 biji tayar kereta.
  • Membuat tukar tayar kereta pada bahagian kanan atau kiri sahaja iaitu 1 biji depan dan 1 biji di belakang.
  • Tukar tayar kereta secara silang 1 biji depan kanan dan 1 biji belakang sebelah kiri.

Jika anda mempunyai masalah di atas dan nak tahu apakah boleh tukar tayar sebelah sahaja mengikut ciri-ciri di atas, teruskan pembacaan di bawah.

Tukar tayar kereta bagi sebiji tayar dari 4 biji yang lain

Bagi permasalahan ini bermaksud anda hanya berniat nak tukar tayar kereta bagi sebiji sahaja tak kira depan, belakang, kiri ataupun kanan.

tukar tayar kereta sebelah sahaja
Gambar 1

Pada Gambar 1 menunjukkan contoh sekiranya anda ingin tukar tayar kereta sebelah sahaja iaitu sebiji sahaja pada mana-mana bahagian yang telah haus ataupun rosak yang perlu ditukar secepat mungkin.

Ini akan memberi risiko pada jangka masa akan datang terhadap tayar lain. Elakkan perkara ini berlaku.

Tukar tayar kereta sebelah sahaja 2 biji kiri atau 2 biji kanan

Pencerahan mudah untuk perkara ini adalah anda hanya nak tukar 2 biji tayar kereta pada bahagian kiri kereta atau kanan kereta iaitu depan dan belakang sahaja.

tukar tayar kereta sebelah sahaja (2 biji)
Gambar 2

Gambar 2 di atas merupakan contoh bahagian tayar yang anda berniat nak tukar mungkin disebabkan ianya telah telah botak pada bunga tayar tersebut.

Jika anda nak tukar tayar kereta pada kedua biji tayar pada bahagian ini, ianya adalah tidak digalakkan.

Tukar tayar kereta sebelah sahaja ( 2 biji secara silang)

Tukar tayar kereta 2 biji secara silang bermaksud contohnya menukar 1 biji di bahagian depan kanan, manaka sebiji lagi pada bahagian belakang kiri kereta.

Rujuk Gambar 3 di bawah bagi memudahkan anda untuk fahami

tukar tayar kereta sebelah sahaja (2 biji silang)
Gambar 3

Bagi kes ini tentunya anda nak buat penukaran tayar mungkin disebabkan kedua tayar ini telah pun nipis bunganya.

Namun, ada kesan jangka panjang yang perlu anda ambil tahu supaya masalah lain dapat dielakkan.

Kesan tukar tayar kereta sebelah sahaja

Terdapat beberapa kesan jangka panjang bagi anda yang tukar tayar kereta sebelah sahaja.

Yang penting mungkin disebabkan anda nak budget dan tukar tayar kereta sebelah sahaja asalkan ia mampu berjalan lagi seperti biasa.

Tidak salah sekiranya anda membeli tayar baru untuk tukar sebiji sahaja. Namun, ianya akan memberi kesan kepada pemanduan anda seharian.

Lebih-lebih lagi untuk jangka masa yang panjang ia mampu memberi kesan bukan sahaja kepada tayar lain, bahkan memberi kesan kepada bahagian terlibat dengan tayar seperti absorber kereta.

Contoh lain kesan yang bakal korang akan hadapi sekiranya masih ingin tukar tayar kereta sebelah sahaja :

  1. Terdapat bunyi yang tidak menyenangkan yang datang daripada tayar kereta anda seperti bungi ge..duk..gee..duk.ge…dukk… Ianya adalah tanda bunyi tayar kereta tersebut tidak rata.
  2. Getah mounting absorber boleh menyebabkan ianya pecah.
  3. Permukaan tayar 4 biji kereta tidak akan rata walaupun setiap minggu menjaga angin tayar dengan baik.

Apakah langkah sebaiknya di ambil untuk tukar tayar kereta ?

  • Keutamaan tukar tayar kereta 2 biji depan jika telah nipis bunga tayar tersebut. Ini adalah kerana tayar depan memainkan peranan penting memberi arah tujuan kepada sesebuah perjalanan kereta.
  • Jika hanya 1 biji tayar depan sahaja yang sudah haus bunga tayarnya, maka, anda perlu menukar kedua biji tayar depan dan maintain semula kedua tayar tersebut dengan membuat alignment tayar dan balancing secara betul.

tukar tayar kereta secara betul
Gambar 4

Gambar 4 menunjukkan cara nak tukar 2 biji tayar secara betul. Jika anda dapati tayar depan sudah nipis sebelah atau dua belah tayar, gunakan teknik di atas.

Teknik ini digunakan sekiranya anda tidak mahu membeli tayar baru buat sementara. Maka, tayar kereta belakang yang masih ada bunga digunakan dan ditukar menjadi tayar hadapan.

Manakala, 2 biji tayar depan yang telah haus bunganya diletakkan menjadi tayar belakang.

Sekiranya anda ingin membeli tayar baru 2 biji, gantikan 2 biji tayar kereta baru tersebut pada bahagian depan tayar kiri dan kanan kereta.

Tayar belakang tidak perlu diganti kerana ianya masih lagi dalam keadaan yang baik.

Selain itu, jika anda dapati tayar belakang telah nipis bunganya, maka, beli 2 biji tayar baru dan letakkan pada bahagian tayar depan.

Manakala, tayar depan yang masih ada lagi bunga tayar tadi, di letakkan di bahagian tayar belakang secara silang.

Mengapa tayar kereta depan lebih cepat nipis dibandingkan tayar belakang kereta ?

Hal ini adalah kerana tayar depan kereta membawa enjin kereta yang agak berat. Sebab kedua adalah pemandu juga berada di bahagian hadapan kereta membawa faktor kepada cepatnya kadar nipis tayar depan kereta.

Dibandingkan tayar belakang kereta, yang jarang sekali penumpang duduk serta tiada sebarang muatan kekal di letakkan dalam bonet belakang kereta.

Leave a Reply