Harga insuran kereta myvi 1.3 berapa ?

Harga insuran kereta myvi 1.3 . Perkongsian di bawah merupakan harga insuran myvi 1.3 yang pernah di hidupkan melalui pengalaman sendiri.

Anda pastinya boleh membuat rujukan tentang harga insuran kereta myvi 1.3 ini supaya sebelum anda nak hidupkan insurans kereta anda. Dan sudah tentu anda akan tahu cara nak budget berapa kos harga insuran kereta yang perlu dikeluarkan.

Berapakah cover perlindungan sepatutnya untuk insurans kereta myvi 1.3 ini ?

Terdapat beberapa cover perlindungan bagi menentukan harga insuran kereta myvi 1.3 ini. Antaranya adalah mengikut market value dan juga agreed value.

Kedua jenis cover perlindungan ini adalah mengikut market semasa kereta anda. Contohnya pada tahun kedua kereta anda mempunyai market value sebanyak RM40,000.

Maka, nilai inilah yang bakal menentukan harga insuran kereta myvi 1.3 anda.

Namun, sekiranya anda mengambil agreed value, maka nilai cover perlindungan akan menjadi tinggi sedikit seperti RM45,000.

Jadi, harga insuran kereta myvi 1.3 anda turut menjadi lebih tinggi dari cover Rm40,000 yang tadi.

Apakah anda mengambil insurans kereta myvi 1.3 tambahan yang lain ?

Tambahan insurans kereta yang mungkin menjadi pilihan anda tetapi tidak termasuk dalam insuran kereta premium adalah :

1. Insurans tambahan cermin kereta (car windscreen)

Faktor seterusnya yang menentukan harga insuran cermin kereta 1.3 adalah mengambil insuran tambahan cermin kereta ini.

Ramai orang juga sekarang akan mengambil insurans tambahan ini atas faktor ianya jauh lebih jimat sekiranya menukar cermin kereta pecah dengan menggunakan duit sendiri.

Bayangkan anda bayar hanya rm95, cover insuran cermin kereta boleh mencecah rm600 bagi insuran kereta myvi 1.3 ini. Berbaloi bagi aku.

Untuk yang tidak ambil, boleh tambah bila-bila masa yang penting tak buat tambahan cermin selepas dah berlaku cermin kereta pecah.

Pihak insurans takkan layan.

2. Ambil Personal Accident (PA)

PA ini merupakan pelan yang disediakan pihak syarikat insurans. Lain syarikat insurans lain kelebihan yang diberikan kepada anda.

Pelan PA ini melindungi anda dan para penumpang mengikit kapasiti tempat duduk. Pampasan seperti kos hospital akan dibiayai oleh pihak syarikat insurans sekiranya anda mengambil pelan PA ini.

Manakala, pampasan bagi penumpang yang meninggal akibat dari kemalangan akan diberikan kepada akhli keluarga mengikut pelan PA yang dipilih, dibeli dan dipersetujui pemilik kereta.

3. Cover perlindungan Bencana Alam (perils)

Bagi anda yang ingin melindungi kereta myvi 1.3 anda dari segala bencana alam contohnya seperti ditimpa pokok, banjir, atau ribut boleh mengambil insurans tambahan perils ini.

Pastikan jika anda mengambil Perils, ambil secara total Perils. Hal ini kerana, terdapat hanya perils melindungi kereta untuk kes terhempap pokok sahaja, tetapi bukan sekiranya banjir.

Jika anda ambil Perils penuh, ia akan melindungi segala bencana alam yang berlaku kepada kereta anda.

Harga insuran kereta myvi 1.3 anda akan menjadi sedikit tinggi bagi mengambil insurans perils ini.

Berapakah harga insuran kereta myvi 1.3 sepatutnya ?

Mengikut pengalaman aku sendiri yang pernah menghidupkan insurans kereta myvi 1.3 tahun 2008, harganya sudah agak rendah pada waktu sekarang atas faktor market value yang rendah dan juga NCD pada tahap 45%.

harga insuran kereta myvi 1.3
Gambar 1

Gambar 1 menunjukkan harga insuran kereta myvi 1.3 yang aku hidupkan sebelum ini. Walaupun kereta sudah tahun lama, anda masih boleh membuat rujukan sekiranya anda menggunakan kereta myvi 1.3 model terbaru.

Semak harga insurans kereta myvi 1.3 anda

Berdasarkan apa yang aku cuba kongsikan di atas adalah, anda boleh membuat semakkan harga insurans kereta myvi 1.3 anda dengan membuat anggaran secara terus.

Harga insuran myvi 1.3 yang aku berikan di atas adalah tidak mengambil apa-apa insurans tambahan. Jadi, ianya merupakan harga insurans kereta myvi 1.3 premium.

Contohnya anda memiliki model terbaru myvi 1.3 , anda boleh membuat kiraan secara manual berapakah +/- harga insuran kereta myvi 1.3 anda tahun ini.

  • Market value rm30,000
  • NCD 25% (tahun kedua)
  • Tidak mengambil sebarang insurans tambahan
  • Jadi, (RM335x3 ) + (45%-25%), total adalah RM1,208 sahaja.
  • Harga insuran kereta myvi 1.3 anda adalah dalam lingkungan anggaran seperti di atas tidak termasuk insurans tambahan.

RM335 dapat melalui Gambar 1 dengan market value RM10,000. Rm335 darab 3 bermakna ianya harga untuk cover RM30,000.

Manakala, potongan diskaun NCD pada gambar 1 adalah 45%. NCD tahun kedua kereta anda sepatutnya adalah 25%. Jadi, 45% perlu menolak 25% bagi mendapatkan semula nilai 20% yang perlu ditambah ke dalam harga insuran kereta myvi 1.3 tadi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga insuran kereta myvi 1.3 berapa ?”

  1. […] bagi jenama myvi adalah mempunyai cc enjin iaitu sebanyak 1300cc atau 1.3cc. Jadi, harga insuran kereta myvi 1.3 ini tidak sama seperti di […]