Senarai Insuran Cermin Kereta Wajib Anda Tahu

Insuran cermin kereta. Apakah senarai insuran cermin kereta yang perlu anda ambil tahu supaya anda mudah membuat rujukan sekiranya berlaku cermin kereta pecah ?

Apakah tindakan sebaiknya perlu anda lakukan sebelum nak ambil insuran cermin kereta, semasa nak ambil dan juga selepas ambil insuran cermin kereta ?

Insuran cermin kereta Etiqa

Secara asasnya kita perlu ketahui bahawa insuran cermin kereta etiqa adalah berasal dari insurans kereta itu sendiri.

Jika anda membeli insuran kereta premium etiqa takaful, maka insuran cermin kereta etiqa adalah satu-satunya pilihan yang anda ada bagi cover windscreen ini.

insuran cermin kereta
insuran cermin kereta

Insuran cermin kereta etiqa memberikan tawaran yang agak baik terutamanya terdapat banyak branch kedai cermin kereta mendaftar di bawah syarikat etiqa takaful ini.

Jadi, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya anda nak buat claim insuran kereta jika berlaku retak ataupun pecah pada kereta anda.

Hal ini kerana, perkara pertama yang anda harus bertanya pada kedai cermin kereta adalah adakah mereka mempunyai panel insuran cermin kereta etiqa.

Insuran cermin kereta Takaful Malaysia

Syarikat takaful Malaysia merupakan syarikat insurans kereta yang bertapak di negara kita sejak 1984 lagi.

Sekiranya anda membeli insurans kereta premium, maka anda pastinya di bawah kelolan atau panel insuran cermin kereta takaful Malaysia.

insuran cermin kereta takaful malaysia
insuran cermin kereta takaful Malaysia

Syarikat Takaful Malaysia merupakan antara pilihan rakyat yang menginginkan cover perlindungan insuran cermin kereta mengikut syariah.

Ramai sebenarnya memilih insuran cermin kereta takaful Malaysia ini. Sebab utamanya adalah mudah untuk berurusan.

Insuran cermin kereta Takaful Ikhlas

Kebanyakkan dari pembeli insuran cermin kereta takaful Ikhlas ini merupakan pemilik kereta yang setia dengan hanya 1 insurans kereta premium.

Penambahan insuran cermin kereta takaful ikhlas amat mudah dibuat iaitu semasa menghidupkan insuran kereta premium, tambah sahaja insuran windscreen.

insuran cermin kereta takaful ikhlas
insuran cermin kereta takaful ikhlas

Manakala, sekiranya masih belum lagi buat tambahan insuran windscreen, anda boleh menambah insuran cermin kereta takaful ikhlas dengan merujuk pejabat branch insuran takaful ikhlas di negeri anda.

Bukan agent ya, jangan salah faham. Kes membuat tambahan insurans setelah dah lama buat insuran premium.

Contohnya jika anda membuat insuran kereta premium pada bulan 2, manakala anda sudah ada budget nak tambah insurans cermin kereta takaful ikhlas pada bulan 5, maka anda wajib bawa kereta ke pejabat branch insurans takaful ikhlas di negeri anda.

Proses ini adalah prosedur wajib jika anda menambah insuran cermin kereta selain dari waktu membuat insuran kereta premium.

Insuran cermin kereta Zurich

Tahukah anda bahawa tiada beza pun insuran cermin kereta zurich atau dengan cermin kereta syarikat insurans yang lain.

Apa yang membezakan adalah servis perkhidmatan yang diberikan. Ada orang berpengalaman melalui proses tukar insuran cermin kereta zurich.

Majoriti memberikan komen yang bagus dan berpuas hati selepas membuat penukaran menggunakan insuran cermin kereta zurich ini.

insuran cermin kereta zurich
insuran cermin kereta zurich

Selepas menukar cermin kereta, pihak bahagian claim insurans cermin kereta akan memproses pembayaran pada pihak kedai panell insuran berdaftar yang anda tukar cermin kereta tersebut.

Jika proses pembayaran bermasalah, maka kurang kedai panel yang ingin berdaftar di bawah sesuatu syarikat insuran.

Sebaliknya, jika pembayaran bagus dan cekap, maka ramai panel kedai berdaftar di bawah syarikat insuran tertentu.

Insuran cermin kereta Allianz

Tidak kurang juga bagi insuran cermin kereta Allianz. Ramai juga yang tertarik serta berminat dengan syarikat insurans Allianz ini.

Mengapa? Antara sebabnya adalah setiap servisnya yang bagus. Semua syarikat insuran memberikan servis perkhidmatan yang bagus.

insuran cermin kereta allianz
insuran cermin kereta allianz

Ianya terletak kepada pendapat peribadi masing-masing yang pernah cuba dan berpengalaman terhadap servis yang syarikat allianz berikan.

Insuran cermin kereta Kurnia

Syarikat Kurnia dikenali bertapak di negara kita dengan usahasama bersama syarikat Ambank Insurans. Ianya di bawah satu syarikat yang besar dan kukuh dari segi kewangannya.

Jika anda membeli insurans kereta di bawah syarikat Kurnia ini, ini bermakna anda akan diuruskan oleh kurnia insurans cermin bagi urusan claim insurans cermin.

insuran cermin kereta kurnia
Insuran cermin kereta Kurnia

Terdapat sangat banyak panel cermin kurnia insurans berdaftar di seluruh negara kita. Anda pasti tidak akan risau untuk membuat claim insurans cermin kereta walau dimana anda berada.

Panel itu merupakan bengkel atau workshop kedai kedai yang berdaftar di bawah sesebuah syarikat insurans.

Panel cermin kurnia insurans amat penting supaya kita memperolehi banyak pilihan bengkel kereta yang kita mahu hantar berdekatan dengan kediaman.

Cara claim insuran cermin kereta kurnia pun sangat mudah oleh kerana sistem yang telah diaturkan memudahkan anda sebagai pengguna dari awal hingga akhir urusan claim cermin insuran kereta.

Claim insuran cermin kereta

Proses dan cara claim insuran cermin kereta pecah merupakan pengalaman yang tidak semua orang mengalaminya.

Jika dah tahu caranya, pasti kita tak serabut untuk sediakan apa yang diperlukan untuk claim insuran cermin kereta.

Yang penting anda ketahui beberapa cara claim insuran cermin kereta pecah itu sudah memadai. Dan juga anda mengambil cover insuran cermin kereta sebelum nak buat claim.

Tanpa insuran cermin kereta, maka claim tidak dapat diproses. Jadi, perlulah anda keluarkan duit dari poket anda sendiri.

Harga insuran cermin kereta

Harga cermin kereta asasnya telah ditetapkan mengikut kos yang perlu dibayar sama ada ianya baru ataupun secondhand.

Begitu juga harga insuran cermin kereta adalah termasuk kos cermin dan juga kos upah yang perlu dibayar syarikat insuran melalui berapa yang telah di cover oleh anda.

Jika harga cermin kereta itu rm800, maka pihak syarikat insuran akan menanggung kos itu dan bayar kepada pihak kedai panel insuran yang berdaftar.

Tambah insurans cermin kereta

Ramai di antara kita semasa menghidupkan insurans kereta dengan hanya mendapatkan dan mengutamakan harga yang murah.

Tetapi kemudian baru nak beli insurans cermin kereta. Itu dikira bagus sebab masih lagi beringat. Kalau tiba-tiba cermin kereta retak, pening juga kepala nak fikir keluarkan duit lebih banyak.

Rajin buat survey

Bab membuat survey untuk mendapatkan harga yang rendah sudah semestinya menjadi amalan majoriti kita sebelum menghidupkan insurans roadtax.

Macam-macam syarikat insurans kita rujuk dan buat perbandingan. Mana yang harga tinggi terus kita tolak bulat-bulat tanpa unsur periksa kelebihan yang diberikan.

Buat insurans tanpa beli insurans cermin

Harga insurans kereta setiap tahun iaitu dikira sebagai harga premium. Ia tidak termasuk harga tambah insurans cermin kereta mahupun menambah personal accident dalam kata lain PA insurans.

Untuk pengetahuan, harga yang diberikan oleh agent insurans atau pun harga yang pihak pejabat pos berikan adalah tidak termasuk cover cermin.

Mengapa harga terasing bagi insurans cermin kereta ini?

Sememangnya ia merupakan penambahan yang boleh atau tidak mengikut selera pemilik kereta sebelum menghidupkan insurans itu sendiri.

Siapa yang tak ambil, maka claim insurans cermin kereta tak boleh dibuat.

Ada orang tak kisah mengenai perkara ini. Namun, ia merupakan kesedaran dari diri pemilik kereta itu.

Tiada paksaan dalam keputusan pemilik kerana ia bergantung juga kepada budget tertentu seseorang.

tambah insurans cermin kereta
tambah insurans cermin kereta

Bagaimana nak beli insurans cermin kereta?

Ada juga yang bertanyakan bolehkah membuat penambahan insurans cermin kereta bila dah cukup budget?

Jawapannya boleh. Dan ia sangat digalakkan.

Cara-cara beli insurans cermin untuk tambah insurans cermin kereta kemudian :

  1. Bawa kereta ke branch insurans.
  2. Di setiap negeri mempunyai branch insurans tersendiri (jangan salah tempat, ia tidak sama dengan agent insurans)
  3. Boleh google saja branch insurans di setiap negeri anda.
  4. Pihak insurans branch akan melihat sendiri kondisi atau keadaan keseluruhan cermin kereta yang hendak di tambah insurans cermin kereta (wajib bawa kereta tersebut)
  5. Penambahan akan dibuat selepas branch insurans berpuas hati dengan keadaan kereta (cermin lengkap tidak retak atau pecah)
  6. Pembayaran dibuat.
  7. Anda akan diberi surat daftar tambah insuran cermin kereta.
  8. Selesai.

Kelebihan menambah insurans cermin kereta

Anda hanya melindungi cermin kereta tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak bagi menggantikan yang baru.

Malah, ncd (no claim discount) anda tidak akan diganggu atau tidak akan reset kepada 0% selepas claim insurans cermin dibuat.

Kesimpulannya, beli insurans cermin kereta anda merupakan suatu kepentingan disaat berlaku perkara yang tidak diingini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Senarai Insuran Cermin Kereta Wajib Anda Tahu”

  1. […] kereta pecah perlu diikuti beberapa aturan atau step. Kebanyakkan orang tidak biasa membuat claim insurans cermin kereta […]