Saiz wiper saga flx berapa ?

Saiz wiper saga flx. Senarai di dalam artikel ini merupakan saiz wiper saga flx yang sesuai diguna pakai untuk anda pilih bagi menggantikan pengelap cermin kereta yang baru.

Wiper kereta berbunyi atau getahnya telah keras sepatutnya menjadi petanda untuk anda menukar kepada yang baru.

Lebih-lebih lagi sekiranya wiper kereta anda tidak memberikan kerjasama semasa anda menggunakannya dikala hujan gerimis.

Perkara ini akan menjadi lebih teruk pada cuaca hujan lebat dan boleh mengakibatkan pandangan dan penglihatan anda memandu terjejas.

Elakkan perkara ini terjadi kerana ia boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya kepada anda bahkan melibatkan juga kenderaan lain. Minta dijauhkan.

Berapakah saiz wiper saga flx sepatutnya ?

Ada dua pilihan yang sesuai digunakan untuk saiz wiper saga flx anda. Antara adalah seperti di bawah :

Jenis wiper saga flxSaiz wiper saga flx
A17″ (kecil) dan 21″ (besar)
B17″ (kecil) dan 22″ (besar)
Jadual 1

Ada dua pilihan yang ada dijual di pasaran. Yang membezakan adalah pada saiz wiper saga flx yang besar.

Mengapa ada saiz wiper saga flx besar dan juga kecil ?

Anda boleh lihat pada saiz wiper saga flx anda sebelum ini dimana ianya satu pendek dan lagi satu panjang.

Saiz wiper kereta panjang diletak pada sebelah pemandu (driver), manakala saiz pendek atau kecil dipasang pada bahagian penumpang sebelah hadapan kereta.

Adakah saiz wiper saga vvt dan saiz wiper saga flx sama ?

Kedua buah model saga vvt dan saga flx merupakan dua model berbeza iaitu lama dan baru. Akan tetapi reka bentuk cermin kereta kedua model ini lebih kurang sama.

Jadi, saiz wiper saga flx ini adalah boleh juga digunakan untuk model saga vvt ini.

Saiz wiper saga flx manakah lebih baik digunakan antara kedua saiz tersebut ?

saiz wiper saga flx

Bagi aku yang juga berpengalaman baru menukar wiper kereta saga ini, saiz 17″ dan 22″ adalah lebih baik digunakan.

Tidak bermakna saiz wiper 17″ dan 21″ ini tidak bagus. Ianya hanya beza 1″. Jika lebih ianya lebih luas kadar kawasan untuk pengelap cermin kereta ini bertugas.

Dan juga tidak bermakna saiz wiper kereta jauh lebih besar itu bagus. Hal ini kerana mengikut keluasan cermin kereta kita itu juga sesuai ataupun tidak.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Saiz wiper saga flx berapa ?”

  1. […] Blm, Saga Flx, Saga Fl, Saga Fl […]