Harga Insuran Myvi 1.5 berapakah ?

Harga insuran myvi 1.5 . Kepada anda yang ingin mencari anggaran insurans kereta berapakah harga insuran myvi 1.5, maka di artikel inilah aku cuba nak kongsikan supaya memberi kemudahan kepada semua bagi mencari harga insuran kereta.

Memang betul harga insuran myvi 1.5 yang bakal anda lihat adalah tidak begitu tepat. Malah, berapa harga insurans kereta tidak boleh aku jawab secara terus.

Namun begitu, tujuan artikel ini adalah bagi kegunaan anda sebagai pemilik kereta myvi tidak kira baru ataupun beli secara secondhand untuk kemudahan rujukan harga roadtax dan insurans kereta myvi 1.5.

Selepas anda dah tahu harga insuran myvi 1.5, barulah boleh tahu harga roadtax kereta 1.5 tu berapa.

Proses cara buat insurance kereta myvi 1.5

Sememangnya insurance kereta myvi 1.5 adalah perlu dibuat terlebih dahulu. Proses yang bakal anda lakukan adalah bergantung kepada tempat di mana anda buat insurans tersebut.

Tempat buat insurance kereta myvi 1.5

  1. Branch insurance
  2. Pejabat pos
  3. Agent insurans berdaftar
  4. Online insurance di internet

Bila anda telah ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas, anda perlu membawa dokumen bagi menyatakan kenderaan yang anda nak buat.

Selepas itu, barulah harga insuran kereta myvi 1.5 anda boleh anda dapatkan dan boleh membuat keputusan berdasarkan harga ini.

Dokumen nak buat insurance kereta myvi 1.5

  • Geran kereta perodua myvi 1.5 (original atau salinan pun boleh) atau;
  • Covernote insurans / polisi insurans tahun lepas;

Salah satu adalah perlu anda kemukakan supaya pihak di tempat anda nak buat insurans tersebut mudah untuk mengisi maklumat kereta myvi 1.5 anda sebelum mendapatkan quotation/anggaran harga insuran myvi 1.5

Dapatkan covernote insurans terbaru

  • Covernote atau polisi insurans terbaru akan dikeluarkan sebaik sahaja proses persetujuan dan pembayaran oleh anda selesai dibuat.
  • Anda boleh dapatkan salinan covernote insurans secara hardcopy(print) sekiranya anda buat insuran di branch insurans, pejabat pos mahupun di agent insurans. Manakala, secara softcopy/email jika anda buat insurans secara online (online insurance)

Berapakah harga insuran myvi 1.5 ?

Perkongsian bagi harga insuran myvi 1.5 di bawah merupakan dari model myvi yang lama tetapi ianya merupakan berenjin 1500cc.

harga insuran myvi 1.5
Gambar 1 : Harga insuran myvi1.5

Seperti yang anda boleh lihat pada model dan capacity enjin merupakan kereta jenis perodua myvi 1.5cc. Berdasarkan harga insuran myvi 1.5 ini, walaupun ianya sudah masuk tahun ke 9, ianya mencapai harga sebanyak rm565.

Mengapa harga insuran myvi 1.5 murah ?

Harga insurans kereta myvi 1.5 ini menjadi murah kerana :

  • Market valuenya telah rendah iaitu sebanyak rm28,000
  • NCD telah mencapai tahap maximum iaitu 55%
  • Tidak mengambil sebarang tambahan insurans lain contohnya seperti cover cermin, cover personal accident (PA) ataupun cover perils (Bencana alam)

Anggaran boleh dibuat kepada harga insuran myvi 1.5 model baru

Kepada anda yang memiliki model perodua myvi lama ataupun baru 1500cc, anda boleh membuat rujukan anggaran harga insuran kereta di atas.

Apa yang ketara membezakan hanyalah terletak kepada market value dan juga berapakah peratusan NCD yang sedang anda miliki.

Contoh mudah kita nak anggarkan adalah bagi model baru harga insuran myvi advance 1.5 untuk tahun kedua. Tahun pertama kebiasaannya salesman perodua yang akan selesaikan. Jadi kita kira untuk tahun ke dua.

  • Katakan market value :RM56,000 ( double dari market value di atas)
  • NCD untuk tahun kedua adalah 25%
Market value myvi 1.5 model baru

Jadi RM565 kita boleh darabkan dengan 2, iaitu RM1130+30%, maka berjumlah RM1469+-(tambah tolak).

30% itu datang dari 55%-25%=30%. Hal ini kerana 55% merupakan harga untuk rm565 tadi. Maka, 25% perlulah ditolak dari 55% yang asal tadi. dapatlah tambahan 30% yang perlu di bayar harga insuran myvi 1.5 model baru.

Roadtax dan insurans myvi 1.5

Sebaik sahaja harga roadtax dan insurans myvi 1.5 anda selesai dibuat pada satu tempat buat roadtax, anda boleh saja menukar tempat buat roadtax dan insurans myvi 1.5 pada tempat berbeza pada tahun depan tanpa sebarang masalah.

Proses roadtax dan insurans myvi 1.5 tidak sesusah yang anda jangkakan sekiranya anda serahkan kepada pihak agent insurans yang menyelesaikan segalanya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga Insuran Myvi 1.5 berapakah ?”

  1. […] spesifikasikan lagi harga insuran myvi 1.5 sudah pasti berbeza. Hal ini kerana ianya mempunyai kapasiti enjin yang agak besar dibandingkan […]