Harga insurans kereta bezza sepatutnya berapa ?

Harga insurans kereta bezza. Berapakah harga insuran kereta sepatutnya anda ketahui supaya mudah sebelum anda mempersetujui sesuatu harga itu sendiri ?

Artikel ini adalah tentunya disampaikan kepada pemilik yang baru memiliki kereta bezza. Begitu juga yang sedang survey ingin membeli kereta perodua bezza ini dan juga ingin tahu dari awal tentang insurans bezza.

Tak salah nak buat kajian sedikit tentang harga insurans kereta bezza sebelum kita nak memilikinya.

Berapa harga insurans kereta bezza ?

Ini merupakan pengalaman aku sendiri yang menghidupkan insurans kereta perodua bezza. Mana-mana ralat dari segi harga kita boleh lihat faktornya yang akan kita bincangkan di bawah nanti.

harga insurans kereta bezza
Jadual 1

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar yang dikongsikan aku di atas ini adalah harga pada tahun ke 4 aku hidupkan insurans kereta bezza.

Kenapa ada beza dari segi harga insurans kereta bezza tetapi sama market value

Anda boleh lihat perkongsian aku di bawah supaya lebih mudah nak faham mengapa terdapat beza dari segi harga insurans kereta bezza.

1. Perbezaan jenis syarikat insurans kereta

Anda boleh lihat aku menanyakan pada agent insurans kereta. Mereka memberikan aku dua jenis syarikat insurans yang berbeza supaya aku dapat membandingkan apakah kelebihan dan kekurangan yang disediakan.

Kedua syarikat insurans itu adalah Am general insurans dan juga Etiqa takaful insurans yang keduanya kita tahu ianya bagus dan telah bertapak di negara kita sejak dari dulu lagi dengan jayanya.

2. Kelebihan yang diberikan berkait dengan harga insurans kereta bezza

Segala dan setiap kelebihan pastinya membawa kepada sesuatu kelebihan yang diberikan oleh setiap syarikat insurans.

Contohnya kelebihan dari segi khidmat towing percuma yang aku tahu berkenaan kedua syarikat insurans ini adalah :

Am general insuransEtiqa takaful
100km free towing200km free towing
Jadual 2

Terdapat perbezaan sehingga 100km towing percuma sekiranya kereta anda rosak (breakdown) atau mengalami kemalangan.

Khdimat towing ini sangatlah penting dimasa kita tidak sedar akan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

Nasihat aku, jika anda nak jimat pada waktu yang tak dijangka, bayar lebih sedikit harga insurans kereta bezza supaya tidak mengeluarkan duit lebih bagi khidmat tarik kereta menggunakan trak tunda ini.

3. Perbezaan takaful dan insurans

Kedua syarikat insurans ini memberikan pilihan kepada setiap pelanggannya sama ada nak memilih syarikat jenis insurans yang patuh syariah ataupun tidak.

Semestinya jika kita tahu begitu pentingnya duit yang kita bayar itu dilaburkan dalam sistem yang patuh syariah ia adalah jauh lebih baik dibandingkan sebaliknya.

Harga insurans bezza 1.3

Kat sini anda semua boleh lihat pada harga insurans bezza 1.3 terutamanya bagi varian advance dan juga premium X.

Ianya sangatlah bergantung kepada nilai market kereta setiap tahun agar harga insurans bezza 1.3 secara premium.

Premium yang dimaksudkan adalah dari segi asas harga insuran bezza 1.3 yang melindungi daripada kemalangan, kecurian dan juga kebakaran.

Untuk penambahan seperti windscreen atau perils (bencana alam) memerlukan penambahan harga insurans bezza 1.3 yang lain.


Posted

in

by

Tags:

Comments

4 responses to “Harga insurans kereta bezza sepatutnya berapa ?”

  1. […] harga insurans kereta bezza di beberapa […]

  2. […] harga insurans kereta bezza ini sangat berpatutan untuk anda yang ingin memilikinya atau telah memilikinya […]

  3. […] membincangkan tentang harga insurans kereta Bezza, ia adalah penting untuk melihatnya bukan sekadar sebagai kos, tetapi sebagai pertukaran […]

  4. […] bagi polisi harga insurans kereta bezza ini mungkin berbeza. Kelebihan utamanya adalah perlindungan terhadap kerosakan sendiri serta […]

Leave a Reply