Harga insurans kereta Etiqa Takaful

Harga insurans kereta Etiqa Takaful. Perkara ini aku kongsikan untuk anda semua boleh dipelajari sedikit sebanyak tentang insurans kereta etiqa takaful.

Pengalaman ini tidaklah begitu detail tetapi jika ada sebarang pembetulan silalah komen di bawah supaya menjadi manfaat kepada orang ramai.

Semak harga insurans kereta etiqa

Aku terlebih dahulu merupakan kali kedua nak buat renew insurans kereta etiqa. Tahun lepas aku juga membuat insurans kereta bersama syarikat etiqa takaful

Jika anda nak semak insurans kereta etiqa, anda boleh berbuat demikian di kedai-kedai agent insurans yang berdaftar.

Sekadar nak tanya quotation harga insurans kereta etiqa takaful tidak menjadi masalah kerana ianya masih lagi belum dipersetujui oleh anda.

Cara nak tahu kedai insurans agent berdaftar di bawah etiqa takaful

Mudah sahaja. Anda boleh melihat pada papan tanda kedai tersebut adalah ianya mempamerkan jenis insurans yang anda nak.

Lambang atau logo syarikat insurans etiqa takaful anda boleh ketahui dengan mudah. Jika tiada logo pada luaran kedai agent insurans tersebut, anda boleh terus bertanyakan pada orang yang ada dalam kedai tersebut.

Kebanyakkan agent insurans etiqa takaful sudah banyak di mana mana sahaja.

Semak harga insurans kereta online

Atau seperti di atas anda boleh menekan website yang disediakan untuk anda dapatkan quotation insurans kereta secara online.

Masukkan beberapa maklumat seperti nombor plat kenderaan serta nombor kad pengenalan supaya pihak insurans etiqa takaful dapat membuat kiraan quotation kereta anda pada tahun ini.

Anda tidak perlu risau untuk semak harga insurans kereta online kerana maklumat anda adalah disimpan secara selamat.

Kelebihan etiqa takaful insurans

Apa yang aku tahu antara kelebihan yang pihak insurans etiqa takaful berikan adalah :

1. Towing free

Perkhidmatan towing free diberikan kepada pembeli insurans premium. Had maximum kilometer (km) diberikan secara percuma adalah sebanyak 200km.

Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah kereta rosak tepi jalan atau disebabkan berlakunya kemalangan, anda boleh menghubungi talian etiqa takaful yang disedikan secara 24jam.

Aku pernah sekali menggunakan khidmat towing free ini, memang betul free tiada sebarang cas dikenakan kepada aku yang mempunyai masalah kereta breakdown.

2. Panel kedai baiki kereta banyak di serata Malaysia

Jika anda tidak menghantar kereta ke pusat servis jenama kereta anda, anda boleh menghantar baiki kereta anda di panel insurans etiqa takaful yang berdaftar.

Anda tidak perlu lagi risau kereta panel yang berdaftar di bawah syarikat insurans etiqa takaful sudah tumbuh bagai cendawan.

Pasti ada sahaja panel yang berdekatan rumah anda. Hal ini supaya memudahkan anda untuk mengikuti perkembangan semasa pembaikpulihan kereta anda disebabkan kemalangan.

3. Urusan claim yang mudah

Tentunya claim insurans etiqa takaful sangatlah mudah. Akan tetapi ada juga yang mempunyai masalah dengan syarikat insurans etiqa takaful berkenaan claim kemalangan. Mengapa perkara ini boleh terjadi ?

Sejujurnya jika anda cepat untuk beriakan kerjasama lebih-lebih lagi berkenaan dokumen bagi urusan claim kemalangan, maka proses claim akan turut tidak tertangguh.

Berikan dokumen dan bukti yang cukup bagi urusan claim etiqa takaful turutamanya :

  • Laporan polis lengkap
  • Polisi insurans
  • Salinan kad pengenalan
  • Geran kereta (salinan pun boleh)
  • Gambar kemalangan

Perkara di atas antara dokumen yang wajib anda sediakan. Kemudian, barulah proses claim etiqa takaful boleh dilaksanakan secepat mungkin.

Berapa harga insurans kereta Etiqa Takaful

Harga insurans kereta etiqa takaful di bawah merupakan persetujuan yang aku buat pada agent insurans etiqa takaful yang berdaftar.

harga insurans kereta etiqa takaful

Aku kebiasaan aku buat pada agent kerana ia akan sertakan sekali roadtax kereta. Cas itu dikenakan bagi proses upah membuat roadtax kereta.

Aku jenis tak kisah mengenai cas tu sebab semua kerja diselesaikan oleh mereka iaitu pihak agent insurans etiqa takaful.

Harga insuran kereta 1st party etiqa takaful yang aku dapat agak murah dibandingkan aku survey insurans lain. Ada syarikat insurans kereta lain yang menawarkan harga insurans lebih murah.

Namun, berbalik kepada kelebihan yang disediakan. Kelebihan pada towing free berpihak kepada etiqa takaful dibandingkan syarikat insurans yang beri harga murah tersebut.

Jadi, dinasihatkan supaya anda semua wajib membuat survey dulu pada beberapa syarikat insurans. Buat perbandingkan harga vs kelebihan supaya terdapat win-win situasi kepada pihak anda dan juga pihak insurans.

Jika anda membeli harga insurans kereta terlalu murah, mungkin juga terdapat kekurangan disebalik harga tersebut.

One comment

Leave a Reply