Insurance kereta bencana alam itu apa ?

Insurance kereta bencana alam. Adakah insurance kereta bencana alam sudah termasuk dalam cover insurans premium biasa kereta kita?

Adakah boleh buat terus claim insurance bencana alam jika berlaku sebarang perkara tak diingini kepada kereta anda?

Atau apakah yang anda perlu buat jika nak tambah insurance kereta bencana alam ini ?

Mengapa perlu buat tambahan insurance kereta bencana alam ?

Untuk pengetahuan anda, jika anda membeli insurans kereta premium atau insurans kereta yang biasa, ianya tidak mempunyai insurans kereta cover bencana alam.

Jadi, jika anda berkehendak atau ingin membuat cover bencana alam, anda perlu menambah dalam insurans premium yang asal tadi.

Contoh mudah : Insurans premium + Insurance kereta bencana alam (Perils)

Berapakah harga untuk buat tambahan insurance kereta bencana alam ?

Harga anggaran anda boleh dapat semasa anda ingin menghidupkan insurans kereta premium. Anda boleh minta untuk buat tambahan cover bencana alam.

Pihak insurans akan mengira semua bergantung kepada market value serta kadar seater kereta anda. Malah, ianya tidaklah begitu mahal.

Kebanyakkan ramai orang tidak mengambil insurance kereta bencana alam kereta ingin dapatkan harga insurans yang murah.

Sebab itu majoritinya ia tidak menjadi keutamaan kepada pemilik kereta.

Apa beza ambil dan tidak ambil insurance kereta bencana alam ?

Ambil insurance kereta
bencana alam
Tidak ambil insurance kereta
bencana alam
Harga insurans tinggi sedikitHarga insurans lebih murah
Boleh claim jika kereta berlaku
sebarang bencana alam seperti
banjir atau tanah runtuh
Tidak boleh membuat claim
insurans kemalangan
Ncd tidak akan ditolak kerana sudah
dilindungi insurance kereta
bencana alam
Ncd tidak digunakan kerana
claim kemalangan bukanlah
termasuk dalam claim
bencana jika tidak mengambil
insurans perils.

Adakah jika kereta dihempap pokok boleh claim insuran ?

Secara asasnya anda boleh membuat claim insurans. Namun, yang membezakan claim insurans anda itu adalah mengambil insurans bencana ataupun tidak.

Anda berkelebihan sekiranya anda mengambil insurance kereta bencana alam sewaktu menghidupkan insurans kereta.

Memang kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jika kita mengambil langkah berjaga-jaga ini lebih awal, ia memberi kelegaan kepada anda.

insurance kereta bencana alam

Bolehkah jika membuat insurans 3rd party, mengambil insurans bencana alam ?

Kita sudah tahu bahawa kelebihan tambahan ini akan diberikan kepada sesiapa yang mengambil insurans kereta 1st party.

Namun, bolehkah kita mengambil insurans bencana alam sekiranya kita membeli insurans 3rd party ?

Jawapannya adalah tidak boleh. Anda diwajibkan mengambil insurans kereta first party bagi membolehkan kita membuat tambahan insurans perils / bencana alam.

One comment

Leave a Reply