Senarai insurans kereta di pejabat pos ada berapa ?

Senarai insurans kereta di pejabat pos. Tentunya anda tertanya-tanya apakah syarikat insurans yang di sediakan jika anda beli insurans kereta di pejabat pos.

Perkongsian di bawah merupakan pengalaman diri sendiri yang membuat insurans kereta di pejabat pos. Jika terdapat perubahan terhadap senarai syarikat insurans kereta di pejabat pos harap anda juga boleh kongsikan di komen bawah.

Berapa banyakkah syarikat insurans kereta yang disediakan di pejabat pos ?

Berdasarkan pengalaman aku, semasa nak buat insurans kereta di pejabat pos, bila tiba di kaunter, aku mula bertanyakan tentang adakah boleh beli insurans kereta di pejabat pos?

Lalu respon orang di kaunter tersebut boleh. Lalu dia meminta aku untuk memberikan geran kereta salinan yang aku bawa bersama.

Aku tak sempat nak bertanya lebih. Bila dah ambil nombor giliran, aku terus ternampak senarai insurans kereta di pejabat pos pada banner iklan yang disediakan.

Semuanya seingat aku ada dalam 8 hingga 9 jenis syarikat insurans menurut logo yang tertera.

Antara senarai insurans kereta di pejabat pos yang aku ingat adalah :

  • etiqa takaful
  • liberty insurans
  • kurnia insurans
  • am insurans
  • takaful Malaysia dan;
  • takaful ikhlas

Ada ja lain-lain syarikat insurans tapi ini sahaja yang aku dapat ingat.

Aku terus meminta syarikat insurans yang aku inginkan iaitu etiqa takaful car renewal.

Kemudian orang di kaunter minta untuk aku tunggu seketika sementara di mendapatkan harga insurans etiqa takaful tersebut.

Harga quotation insurans kereta di pejabat pos bagaimana ?

Bila dipanggil semula, aku telah diberikan harga quotation insurans kereta pada tahun ini. Aku rasakan ianya agak tinggi sikit banding tahun lepas.

Lalu aku cuba minta harga insurans kereta dari syarikat insurans lain iaitu liberty insurans. Apabila dah dapat harga quotation insurans kereta dari liberty insurans, aku terus setuju kerana ia murah sedikit sahaja dari etiqa takaful.

Pendapat aku harga beli insurans online dan pejabat pos adalah lebih kurang. Mungkin salah satu akan dapat lebih murah. Tetapi anda perlu rajin membuat survey untuk dapat harga yang baik dan berpatutan.

Harga insurans kereta murah di pejabat pos ?

Jika sebelum ini aku buat pada agent insurans. Aku dapati harganya lebih kurang sama. Namun, pada agent anda masih mempunyai pilihan.

Jika buat insurans kereta di pejabat pos mungkin kekangan masa giliran takut lama orang lain menunggu membuatkan anda terus setuju dengan harga quotation insurans kereta.

Namun, bila buat insurans online atau pada agent, anda masih mempunyai masa untuk berfikir dan kaji tentang kelebihan dan kekurangan yang disediakan pihak syarikat insurans.

Pilihan dalam membeli insurans kereta

Antara perkara yang aku belajar dan ingin kongsikan adalah pilihan dalam beli insurans kereta.

Tidak kira anda beli insurans kereta online, pada agent atau di pejabat pos, tidak semua syarikat insurans menyediakan pilihan 3rd party 0 dan 3rd party kebakaran dan kecurian (fire and theft).

senarai insurans kereta di pejabat pos

Malah, untuk kereta lama, tidak semua syarikat insurans menyediakan jenis insurans 1st party. Jika anda betul-betul rajin membuat survey, 1st party tetap ada namun anda perlulah rajin sedikit.

Lagi satu, jika sebelum ini anda membuat jenis insurans 1st party untuk kereta lama dengan syarikat kurnia insurans, tidak semestinya syarikat yang sama akan menyediakan jenis insurans 1st party pada tahun yang berikutnya.

Hal ini kerana, perubahan terma dan syarat setiap syarikat insurans adalah berubah-ubah dan tidak tetap kepada sesuatu.

Penambah baikan dibuat setiap tahun oleh syarikat-syarikat insurans di Malaysia bagi menyediakan servis khidmat yang terbaik buat pengguna.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Senarai insurans kereta di pejabat pos ada berapa ?”

  1. […] Jawapannya boleh. Antara bisnes pejabat pos adalah menjadi wakil insurans kereta. Ini adalah senarai insurans kereta di pejabat pos. […]

Leave a Reply