Cara repair cermin kereta retak panjang

Cara repair cermin kereta retak panjang. Jika anda mengalami masalah cermin kereta retak panjang apakah yang anda buat?

Apakah saranan dan cadangan yang patut anda lakukan sebelum buat sesuatu kepada cermin kereta retak panjang tersebut?

Bahaya cermin kereta retak

Tentunya sekiranya anda masih berasa yakin dengan cermin kereta retak masih lagi boleh digunapakai tanpa dibaiki.

Mengikut pengalaman aku sendiri, kadang-kadang cermin kereta retak diawali dengan hanya sedikit sahaja kesan pada permukaan cermin kereta.

Bila dibiarkan berlarutan, tentu akan mengakibatkan cermin kereta retak manjadi panjang dan berbahaya kepada anda sebagai pemandu, penumpang bahkan pada kenderaan lain di sekitar anda semasa memandu.

Betulkan cermin kereta retak

Anda haruslah mengambil langkah awal supaya dapat mengelakkan :

  • Cermin retak kecil menjadi cermin kereta retak panjang.
  • Kos dapat dikurangkan seminimum mungkin.
  • Tidak perlu membuat tukar kepada cermin kereta baru.

Kenal pasti adakah ia cermin kereta retak panjang

Perkara pertama sekali untuk anda yang mengalami situasi cermin kereta retak panjang adalah kenal pasti berapa panjang retak pada cermin kereta tersebut.

Tak perlu anda ukur. Cuma anda hanya perlu menganggarkan sahaja. Jika ianya bawa dari 20 cm maka cermin tersebut mampu diselamatkan lagi dengan cara repair cermin kereta retak panjang.

Panjang Retak Cermin KeretaMasih boleh di repair atau tidak
20cm dan ke bawahBoleh
20cm ke atasMasih boleh bergantung kepada situasi
Jadual 1 : Cermin kereta retak panjang

Pengalaman mempunyai cermin kereta retak panjang

Mengikut pengalaman aku sendiri, aku pernah alami cermin kereta retak panjang sebanyak 13cm lebih kurang begitu.

Pada mulanya ia tidak sepanjang begitu. Bila dari hari ke hari masih menggunakan kereta tersebut, ia menambah lagi kadar retakan tersebut.

Permukaan windscreen kereta aku boleh dapat dengan jelas ia retak panjang melibatkan double layer. Namun, aku tak begitu risau kerana mempunyai tinted dari dalam cermin windscreen kereta.

Barang yang perlu beli untuk cara repair cermin kereta retak panjang

Seterusnya, aku membeli windscreen resin repair di mr diy. Dua kedai mr diy aku cari baru jumpa. Jenama yang dijual mungkin berlainan sedikit dari semasa ke semasa.

cara repair cermin kereta retak panjang
Cermin kereta retak panajng

Mungkin anda boleh cari dan beli secara online. Supaya tak jadi macam situasi aku. Mungkin stok dah habis masa tu. Jadi, aku kena cari pada kedai lain.

Aku nasihatkan jika cermin kereta retak panjang untuk membeli 2 kotak windscreen resin repiar tersebut. Hal ini supaya mungkin anda masa tu memerlukannya lebih dari 1 kotak.

Harganya tidaklah mahal. Seingat aku bawah rm25 untuk sekotak. Daripada nak tukar cermin kereta baru, harga cermin kereta tentu-tentu dah mahal.

Turutan cara repair cermin kereta retak panjang

  1. Bersihkan permukaan cermin kereta luar dan dalam
  2. Perhatikan punca cermin kereta retak bermula
  3. Ia seperti retak kecil dan permukaan agak kedalam
  4. Tampal alat pelekat untuk letak picagari
  5. Letakkan picagari dalam keadaan belum ditarik
  6. Masukkan resin windscreen yang disediakan
  7. Tarik picagari mengikut arahan manual
  8. Ulangi proses di atas supaya resin berjaya diserap pada retak panjang.
  9. Gunakan resin berlebihan kemudian letak pada bahagian luar cermin sepanjang retak pada cermin kereta.
  10. Letakkan kertas jernih unutk elakkan dari resin melimpah.
  11. Biarkan ia kering 30 minit.
  12. Kikis resin yang lebih untuk dapatkan permukaan yang rata dan cantik seperti sedia kala.

Gunakan manual cara repair cermin kereta retak panjang dengan betul

Setiap jenama mungkin alatan yang disediakan adalah berlainan. Aku nasihatkan supaya ikut manual yang disediakan dengan betul.

Ada produk windscreen repair kit sediakan picagari, ada juga tidak sediakan. Baca manual yang diberikan dan fahamkan dulu sebelum mula.

Elak daribaca satu step dan terus buat. Fahami keseluruhan caranya dulu supaya kita tidak melakukan kesilapan semasa nak baiki cermin kereta retak panjang.

Tukar cermin baru jika anda sudah gunakan cara repair cermin kereta retak panjang namun tidak menampakkan kesan

Mengikut situasi aku, setakat aku gunakan windscreen repair kit tu ianya 70% berkesan. Ia dapat atasi layer yang pertama namun bukan kedua-dua layer cermin.

Setakat ini panjang retak tersebut tidak bertambah. Namun, perlu diperhatikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku.

Jika anda dapati cara repair cermin kereta retak panjang ini tidak berkesan, dinasihatkan supaya anda tukar kepada cermin yang baru.

Hal ini adalah kerana faktor keselamatan lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kereta tersebut untuk perjalanan yang jauh.

Gam untuk cermin kereta retak

Panggilan mudah bagi nak repair cermin kereta retak adalah dipanggil gam. Nama yang sebetulnya adalah resin.

Resin atau gam ini sangat penting bagi menjadikan cermin kereta retak kita tu menjadi kembali sempurna seperti sedia kala.

Kedai baiki cermin kereta retak

Jika anda kurang berkeyakinan untuk membaiki secara diy cermin kereta retak tersebut, anda boleh ke kedai baiki cermin kereta retak.

Senang saja nak cari. Kita boleh saja cari secara online di kawasan tempat tinggal kita dimanakah kedai baiki cermin kereta retak.

Kebanyakkan semua kedai cermin kereta mempunyai khidmat ini. Namun, kosnya agak berbeza dibandingkan jika anda buat secara diy (sendiri).

Diy cermin kereta retak

Jika anda nak jimat kos, anda bolehlah merujuk tatacara diy cermin kereta retak seperti di artikel di atas. Yang penting anda mematuhi arahan yang telah ditulis pada manual kit repair cermin kereta retak.

Fahamkan beberapa kali sebelum anda nak apply supaya proses baiki cermin kereta retak berjalan dengan baik dan teratur.

Mula-mula memang agak nervous mengikut pengalaman aku. Bila dan faham dan pelahan-pelahan mengikut manual, pasti akan mendapat kesan yang positif pada cermin kereta retak tersebut.

Cermin kereta retak berapa lama boleh tahan ?

Bagi kes cermin kereta retak yang mempunyai tinted, ianya dapat bertahan selagi mana tidak melibatkan cermin kereta retak panjang.

Sekiranya anda dapati kadar retak semakin panjang, ia tidak akan bertahan walaupun kereta mempunyai tinted.

Selain itu, cermin kereta retak tidak dapat bertahan sekiranya kadar retakan melibatkan kedua lapisan (layer) cermin windscreen.

Ditambah pula dengan angin yang kuat semasa memandu menyebabkan cermin kereta retak menjadi lebih teruk.

Punca cermin kereta retak

Punca cermin kereta retak. Apakah sebabnya yang menjadi punca kepada cermin kereta kita boleh terjadinya retak.

Kadang-kadang kita dalam tak sedar dan secara tiba-tiba berlakunya perkara cermin kereta retak ini. Tidak kiralah cermin depan atau punca cermin belakang kereta retak.

Bahaya cermin kereta retak sekiranya anda teruskan pemanduan. Jika berlaku hanya cermin kereta retak kecil, ia boleh melarat menjadi retak panjang hinggalah boleh terjadi pecah seribu.

Bila diingat semula semula semasa memandu kereta, ada terdengan bunyi pelanggaran kecil pada permukaan cermin kereta.

Kita pun biarkan saja kerana tiada apa yang serius berlaku semasa memandu kereta. Lalu meneruskan perjalanan seperti biasa tanpa check pada permukaan cermin secara teliti.

Serpihan batu di jalan raya punca cermin kereta retak

Serpihan batu-batuan kecil pada mulanya kita tidak hairan langsung. Perasan tak kadang-kadang kita mengekori sesebuah kereta atau motor ataupun lori dari belakang?

Terdapat juga jenis tayar kereta yang jenisnya mengutip batuan kecil di permukaan jalan raya. Ia lalu terpelanting pada kereta belakang.

Jika kita mengikut kereta lain secara rapat, tentunya ia sangat bahaya. Walaupun ianya batuan kecil, jika terkena pada permukaan cermin kereta, ia boleh berlakunya punca cermin kereta retak.

Terkejut seketika. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Kalau yang belum pernah berpengalaman mesti tak percaya.

Tapi bila dah berlaku pada diri sendiri, kita pun tak boleh nak agak bila ianya telah terjadi.

Mesin rumput di jalan raya sebab cermin kereta retak

Kemungkinan untuk terkena serpihan batu yang melayang disebabkan kerja-kerja pembersihan mesin rumput di tepi jalan raya adalah kecil.

Hal ini kerana, pekerja-pekerja telah terlatih untuk membuat kerja mesin rumput dengan cermat dan berhemah.

Pernah lihat kadang-kadang bila kereta berhenti di kawasan lampu isyarat merah, pekerja-pekerja ini akan berhenti seketika untuk mesin rumput?

Perkara adalah bagi mengelakkan risiko cermin kereta retak kena batu bagi kenderaan sekitar.

punca cermin kereta retak
Punca cermin kereta retak

Jadi, risiko untuk terkena batuan kurang berlaku dari kerja-kerja mesin rumput. Hal ini juga kerana, kenderaan yang lalu di kawasan kerja-kerja pembersihan akan sentiasa bergerak.

Tidak dinafikan juga terdapat kes punca cermin kereta retak berlaku. Namun, anda tidak perlu risau kerana anda telah dilindungi insurans walaupun ia dari sebab cermin kereta retak seribu.

Jika ianya terjadi kepada anda, anda boleh membuat claim insurans kepada pihak syarikat yang melakukan kerja-kerja pembersihan mesin rumput tersebut.

Punca cermin kereta retak berlaku semasa kereta berada di tempat letak kereta (parking)

Contoh semasa sebab cermin kereta retak yang berlaku apabila kereta kita parking sahaja adalah :

  • Terkena bola sepak
  • Buah gugur atau ranting pokok jatuh lalu menimpa cermin kereta
  • Terkena serpihan batu kecil sewaktu cermin di bawah matahari panas terik

Perkara di atas merupakan contoh. Jika anda mempunyai pengalaman lain boleh kongsikan di komen bawah.

Sudah tentunya sebab cermin kereta retak di atas ianya diluar kawalan kita. Tidak kisah lah anda menjaganya sebaik manapun, jika nak terjadi, ia akan terjadi juga.

Apakah boleh membuat claim insuran jika berlaku punca cermin kereta retak ?

Claim insurans boleh dibuat jika anda mengalami situasi seperti di atas atau pun lain-lain asalkan ianya melibatkan cermin kereta.

Namun, perlu dipastikan dahulu, adakah anda mengambil cover windscreen cermin kereta? Jika ya, sudah semestinya boleh menukar cermin kereta yang baru.

Jika tidak, kos untuk tukar cermin kereta yang baru perlu anda buat survey dulu secara online atau tanya dari kedai cermin ke kedai cermin kereta lain.

Atau dengan pilihan lain, anda boleh membuat repair cermin jika ianya tidak teruk. Cermin kereta yang retak sedikit boleh diselamatkan lagi dengan hanya membeli tool windscreen repair kit.

Punca cermin kereta retak seribu

Mengikut pengalaman aku, sebab cermin kereta retak seribu tidak juga dari semasa kereta terkena batu semasa pemanduan berlaku.

Ada satu ketika dahulu, ada sebuah kereta saudara aku di kampung hanya parking sahaja di bawah cahaya matahari di tepi jalan.

Waktu tu cermin kereta tersebut dalam keadaan basah sebab hujan baru lepas turun. Kiranya kejadian tersebut hujan panas.

Terdapat lori yang melalui kawasan jalan besar tersebut. Beberapa serpihan batuan kecil terpelanting ke arah cermin kereta depan.

Dalam keadaan aku terkejut, tiba-tiba cermin kereta tersebut bertukar menjadi retak seribu. Situasi cermin kereta retak sebab panas boleh berlaku.

Ada kemungkinan besar, sekiranya cermin dalam keadaan basah dan terkena cahaya matahari dan ditambah pula serpihan batuan kecil, ia boleh mengakibatkan permukaan cermin kereta sensitif lalu menjadi retak seribu.

Malah turut punca cermin kereta retak tiba tiba anda boleh konklusikan faktor-faktor seperti di atas.

Cermin kereta retak kecil

Cermin kereta retak kecil. Adakah anda sedang alami cermin kereta retak kecil ini? Apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu anda ambil bagi permasalahan ini?

Ceritanya bermula semasa aku menggunakan kereta untuk ke tempat kerja. Memang pada hari itu aku terasa nak bawa kereta oleh kerana cuaca sekarang yang tidak menentu.

Aku pun bawalah kereta seperti biasa. Semasa memandu aku baru perasan pada cermin kereta retak kecil di sebelah kanan cermin depan.

Apa sebab berlakunya cermin kereta retak kecil ?

Mengikut pengalaman aku, sehari sebelum cermin kereta retak kecil itu berlaku, aku terdengar satu objek seperti batu kecil terpelanting ke arah windscreen kereta aku.

Pada awalnya, aku agak risau. Bila aku check memang tiada apa-apa kesan pada permukaan cemrin kereta.

Keesokanya bila memandu barulah aku perasan tanda seperti kaca pecah. Namun, ia tidak retak panjang. Ia cuma hanya tertumpu pada satu bahagian itu sahaja.

Mujur aku perasan awal sebenarnya. Agak risau juga jika ia boleh merebak sehingga boleh terbelah panjang nanti. Minta dijauhkan.

Tukar cermin baru jika cermin kereta retak kecil ?

Bagi pendirian aku sendiri, bagi kes cermin kereta retak kecil, aku tak perlu tukar cermin kereta baru. Hal ini kerana sekarang sudah macam-macam jenama windscreen repair kit dijual.

Namun, ia bergantung pada individu itu sendiri. Jika anda rasa cermin kereta retak kecil, ianya masih boleh dibaiki.

Selepas baiki, kesan pada cermin adalah 99% sama seperti cermin biasa. Ia cuma memenuhi ruang yang telah retak dan kembalikan kepada permukaan cermin yang biasa.

Pada yang nak tukar baru, jika ada budget atau nak guna insurans cermin, tiada sebarang masalah. Tapi bagi aku sendiri ia tidak berbaloi lebih-lebih lagi nak korbankan cermin kereta original keluaran kilang.

Bukan bermaksud cermin kereta baru tidak bagus, ianya tetap bagus. Cuma keputusan ini bergantung pada seseorang itu sendiri. Terpulang mana-mana yang lebih baik nak tukar baru ataupun hanya repair sahaja cermin kereta retak kecil itu.

Apa risiko jika biar cermin kereta retak kecil ?

cermin kereta retak kecil
Cermin kereta retak kecil

Setiap perkara ada risikonya. Namun, ia tergantung kepada cara anda selesaikannya. Bagi kes cermin kereta retak kecil ini, anda perlulah membuat pemerhatian dari hari ke hari.

Pastikan tiada sebarang rekahan panjang yang bermula dari retakan kecil pada cermin tersebut.

Hal ini kerana, apabila ia sudah memberi kesan rekahan panjang, ia perlulah di atasi dengan cara yang betul.

Cuba buat dulu repair pada cermin kereta tersebut. Jika ianya semakin teruk, barulah anda boleh buat keputusan untuk tukar cermin windscreen baru.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Cara repair cermin kereta retak panjang”

  1. […] cara repair cermin kereta retak panjang ini sekiranya retak tersebut di bawah 20cm […]