Cermin kereta retak kecil

Cermin kereta retak kecil. Adakah anda sedang alami cermin kereta retak kecil ini? Apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu anda ambil bagi permasalahan ini?

Ceritanya bermula semasa aku menggunakan kereta untuk ke tempat kerja. Memang pada hari itu aku terasa nak bawa kereta oleh kerana cuaca sekarang yang tidak menentu.

Aku pun bawalah kereta seperti biasa. Semasa memandu aku baru perasan pada cermin kereta retak kecil di sebelah kanan cermin depan.

Apa sebab berlakunya cermin kereta retak kecil ?

Mengikut pengalaman aku, sehari sebelum cermin kereta retak kecil itu berlaku, aku terdengar satu objek seperti batu kecil terpelanting ke arah windscreen kereta aku.

Pada awalnya, aku agak risau. Bila aku check memang tiada apa-apa kesan pada permukaan cemrin kereta.

Keesokanya bila memandu barulah aku perasan tanda seperti kaca pecah. Namun, ia tidak retak panjang. Ia cuma hanya tertumpu pada satu bahagian itu sahaja.

Mujur aku perasan awal sebenarnya. Agak risau juga jika ia boleh merebak sehingga boleh terbelah panjang nanti. Minta dijauhkan.

Tukar cermin baru jika cermin kereta retak kecil ?

Bagi pendirian aku sendiri, bagi kes cermin kereta retak kecil, aku tak perlu tukar cermin kereta baru. Hal ini kerana sekarang sudah macam-macam jenama windscreen repair kit dijual.

Namun, ia bergantung pada individu itu sendiri. Jika anda rasa cermin kereta retak kecil, ianya masih boleh dibaiki.

Selepas baiki, kesan pada cermin adalah 99% sama seperti cermin biasa. Ia cuma memenuhi ruang yang telah retak dan kembalikan kepada permukaan cermin yang biasa.

Pada yang nak tukar baru, jika ada budget atau nak guna insurans cermin, tiada sebarang masalah. Tapi bagi aku sendiri ia tidak berbaloi lebih-lebih lagi nak korbankan cermin kereta original keluaran kilang.

Bukan bermaksud cermin kereta baru tidak bagus, ianya tetap bagus. Cuma keputusan ini bergantung pada seseorang itu sendiri. Terpulang mana-mana yang lebih baik nak tukar baru ataupun hanya repair sahaja cermin kereta retak kecil itu.

Apa risiko jika biar cermin kereta retak kecil ?

cermin kereta retak kecil

Setiap perkara ada risikonya. Namun, ia tergantung kepada cara anda selesaikannya. Bagi kes cermin kereta retak kecil ini, anda perlulah membuat pemerhatian dari hari ke hari.

Pastikan tiada sebarang rekahan panjang yang bermula dari retakan kecil pada cermin tersebut.

Hal ini kerana, apabila ia sudah memberi kesan rekahan panjang, ia perlulah di atasi dengan cara yang betul.

Cuba buat dulu repair pada cermin kereta tersebut. Jika ianya semakin teruk, barulah anda boleh buat keputusan untuk tukar cermin windscreen baru.

Leave a Reply