Punca Cermin Kereta Retak

Punca cermin kereta retak. Apakah sebabnya yang menjadi punca kepada cermin kereta kita boleh terjadinya retak.

Kadang-kadang kita dalam tak sedar dan secara tiba-tiba berlakunya perkara cermin kereta retak ini.

Bila diingat semula semula semasa memandu kereta, ada terdengan bunyi pelanggaran kecil pada permukaan cermin kereta.

Kita pun biarkan saja kerana tiada apa yang serius berlaku semasa memandu kereta. Lalu meneruskan perjalanan seperti biasa tanpa check pada permukaan cermin secara teliti.

Serpihan batu di jalan raya punca cermin kereta retak

Serpihan batu-batuan kecil pada mulanya kita tidak hairan langsung. Perasan tak kadang-kadang kita mengekori sesebuah kereta atau motor ataupun lori dari belakang?

Terdapat juga jenis tayar kereta yang jenisnya mengutip batuan kecil di permukaan jalan raya. Ia lalu terpelanting pada kereta belakang.

Jika kita mengikut kereta lain secara rapat, tentunya ia sangat bahaya. Walaupun ianya batuan kecil, jika terkena pada permukaan cermin kereta, ia boleh berlakunya punca cermin kereta retak.

Terkejut seketika. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Kalau yang belum pernah berpengalaman mesti tak percaya.

Tapi bila dah berlaku pada diri sendiri, kita pun tak boleh nak agak bila ianya telah terjadi.

Mesin rumput di jalan raya sebab cermin kereta retak

Kemungkinan untuk terkena serpihan batu yang melayang disebabkan kerja-kerja pembersihan mesin rumput di tepi jalan raya adalah kecil.

Hal ini kerana, pekerja-pekerja telah terlatih untuk tidak membuat kerja mesin rumput dengan cermat dan berhemah.

Pernah lihat kadang-kadang bila kereta berhenti di kawasan lampu isyarat merah, pekerja-pekerja ini akan berhenti seketika untuk mesin rumput?

punca cermin kereta retak

Jadi, risiko untuk terkena batuan kurang berlaku dari kerja-kerja mesin rumput. Hal ini juga kerana, kenderaan yang lalu di kawasan kerja-kerja pembersihan akan sentiasa bergerak.

Tidak dinafikan juga terdapat kes punca cermin kereta retak berlaku. Namun, anda tidak perlu risau kerana anda telah dilindungi insurans.

Jika ianya terjadi kepada anda, anda boleh membuat claim insurans kepada pihak syarikat yang melakukan kerja-kerja pembersihan mesin rumput tersebut.

Punca cermin kereta retak berlaku semasa kereta berada di tempat letak kereta (parking)

Contoh semasa sebab cermin kereta retak yang berlaku apabila kereta kita parking sahaja adalah :

  • Terkena bola sepak
  • Buah gugur atau ranting pokok jatuh lalu menimpa cermin kereta
  • Terkena serpihan batu kecil sewaktu cermin di bawah matahari panas terik

Perkara di atas merupakan contoh. Jika anda mempunyai pengalaman lain boleh kongsikan di komen bawah.

Sudah tentunya sebab cermin kereta retak di atas ianya diluar kawalan kita. Tidak kisah lah anda menjaganya sebaik manapun, jika nak terjadi, ia akan terjadi juga.

Apakah boleh membuat claim insuran jika berlaku punca cermin kereta retak ?

Claim insurans boleh dibuat jika anda mengalami situasi seperti di atas atau pun lain-lain asalkan ianya melibatkan cermin kereta.

Namun, perlu dipastikan dahulu, adakah anda mengambil cover windscreen cermin kereta? Jika ya, sudah semestinya boleh menukar cermin kereta yang baru.

Jika tidak, kos untuk tukar cermin kereta yang baru perlu anda buat survey dulu secara online atau tanya dari kedai cermin ke kedai cermin kereta lain.

Atau dengan pilihan lain, anda boleh membuat repair cermin jika ianya tidak teruk. Cermin kereta yang retak sedikit boleh diselamatkan lagi dengan hanya membeli tool windscreen repair kit.

Leave a Reply