Renew roadtax dan insurans motor

Renew roadtax dan insurans motor. Apakah cara nak renew roadtax dan insurans motor yang boleh anda aplikasikan pada masa sekarang?

Adakah ianya jauh lebih mudah atau lebih memberikan beban kepada setiap individu yang nak renew roadtax dan insurans motor?

Apakah perkara utama yang wajib dilakukan sebelum anda nak renew roadtax dan insurans motor? Apa dokumen yang wajib anda sediakan?

Manakala, apakah perkara utama semasa anda nak renew roadtax dan insurans motor? Adakah ia melibatkan proses yang sukar atau sebaliknya?

Dan juga apakah perkara penting selepas anda renew roadtax dan insurans motor lakukan lebih-lebih lagi kepada pemilik motosikal.

Perkara wajib dilakukan sebelum renew roadtax dan insurans motor

1. Sediakan dokumen untuk renew roadtax dan insurans motor

Dokumen yang wajib anda sertakan sebelum renew roadtax dan insurans motor antaranya adalah :

  • Kad pengenalan pemilik atau kad pengenalan wakil kepada pemilik
  • Salinan geran motor atau ;
  • Covernote insurance atau polisi insurans tahun sebelumnya

2. Pastikan tarikh tamat sebelum renew roadtax dan insurans motor

Tarikh tamat adalah wajib seawal di bawah 2 bulan sebelum ianya mati. Dan waktu yang paling baik untuk renew roadtax dan insurans motor adalah 1 minggu sebelum ianya tamat.

Contoh mudah : tarikh roadtax dan insurans motor tamat 7/1/2022.

Maka tarikh untuk renew roadtax dan insurans motor yang sesuai adalah pada 1/1/2022.

Perkara wajib yang perlu anda lakukan semasa renew roadtax dan insurans motor

Pastikan insurans motor anda dihidupkan terlebih dahulu. Ada yang bertanya bolehkah hidupkan roadtax dulu kemudian baru boleh buat insurans?

Jawapannya adlaah tidak boleh. Anda wajib mengikut turutan menghidupkan insurans dahulu, kemudian baru boleh anda membuat roadtax motor.

Pihak JPJ akan mengetahui adakah insurans motor anda telah dihidupkan atau belum. Sebaik sahaja insurans motor dihidupkan, maka sistem JPJ akan menerima kebenaran untuk menghidupkan roadtax motor.

Proses renew roadtax dan insurans motor anda adalah mudah dilakukan sekiranya anda mengikut aturan yang dibentangkan kepada anda ini.

Tidak kira insurans motor itu 1st party atau 3rd party, proses untuk renew roadtax dan insurans motor boleh dilakukan.

Proses selepas anda renew roadtax dan insurans motor

1. Selepas hidupkan insurans motor

Pastikan selepas anda hidupkan insurans motosikal, anda akan dapat polisi insurans sebagai tanda insurans telah dibuat.

Polisi insurans atau covernote insurance motor akan tertera berkenaan maklumat motor anda. Antara perkara yang wajib anda semak selepas hidupkan insurans motor adalah :

  • Nama tertulis betul (jika terdapat sedikit kesalahan tidak mengapa)
  • Nombor kad pengenalan (pastikan tiada sebarang kesalahan pada nombor kad pengenalan, jika ianya berlaku, rujuk semula tempat anda hidupkan insurans)
  • Jenis model motor (Kalau terdapat sedikit kesalahan tiada menjadi masalah)
  • Keupayaan enjin atau CC enjin (wajib mengikut sama seperti dalam geran motor. Tidak kurang atau tidak lebih)
  • Nombor chasis dan nombor enjin (wajib betul kesemuanya)
  • Tahun motor (jika terdapat kesalahan sedikit tidak mengapa)

Penyataan di atas adalah wajib anda perhatikan. Pastikan nombor kad pengenalan dan CC enjin motor adalah betul dan lengkap.

Hal ini, jika berlaku kesalahan akan memberi masalah semasa anda nak hidupkan roadtax motor dan juga semasa claim insurans motor dilakukan.

2. Selepas hidupkan roadtax motor

Apa yang perlu anda pastikan selepas renew roadtax dan insurans motor anda selesai adalah perhatikan pada kertas roadtax motor.

Kemungkinan besar tiada sebarang masalah pada cetakan roadtax motor anda tersebut. Namun, anda perlu perhatikan pada tarikh tamat roadtax tersebut.

Adakah renew roadtax dan insurans motor anda ianya cukup untuk 1 tahun? Kebolehmungkinan terdapat kes terpencil tarikh tamat yang pernah aku dapat ikut pengalaman sebelum ini adalah hanya 6 bulan sahaja.

Mengapa perkara ini boleh terjadi ?

Ada kemungkinan anda terlewat menghidupkan roadtax. Sepatutnya selepas buat insurans, anda mempunyai masa 1 minggu untuk buat roadtax.

Jika sudah melebihi 1 minggu dari insurans motor dihidupkan, jadi roadtax motor yang anda baru nak buat tersebut hanya boleh dibuat untuk 6 bulan sahaja.

Jadi, elakkan dari terlewat membuat roadtax sebaik sahaja anda buat insurans. Renew roadtax dan insurans motor anda sekaligus pada hari yang sama bagi memudahkan urusan anda kelak.

Tempat renew roadtax dan insurans motor

1. Pejabat pos boleh renew roadtax dan insurans motor

Di pejabat pos anda boleh sekaligus untuk hidupkan insurans terlebih dahulu, kemudian renew roadtax motor.

Ia agak mudah untuk berurusan kerana di mana-mana sahaja tempat tak kira bandar atau pekan, masih terdapat pejabat pos.

Jadi, anda tidak perlu gusar untuk renew roadtax dan insurans motor di sana.

2. Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)

Di JPJ, anda hanya boleh membuat roadtax motor sahaja. Tapi sebelum anda membuat roadtax di JPJ, anda perlu membuat insurans motor terlebih dahulu.

Pilihan kedai agent insurans atau branch insurans tertentu boleh anda datangi untuk membuat insurans motor anda.

Beza branch insurans dan kedai agent insurans adalah pilihan. Jika anda datang ke sesebuah branch syarikat insurans, hanya 1 jenis tawaran yang diberikan.

Namun, bila datang ke kedai agent insurans, anda boleh dapati, ada lebih dari 2 pilihan syarikat insurans yang boleh anda buat pilihan.

Ada syarikat insurans biasa, manakala ada juga syarikat insurans berlandaskan takaful.

3. Beli insurans online

Anda boleh renew roadtax dan insurans motor terus melalui website-website secara online. Setelah selesai membeli insurans, anda boleh dapatkan polisi insurans di email yang telah anda daftarkan.

Seterusnya, terdapat juga urusan roadtax motor akan dihantar secara terus ke rumah anda. Ia lebih mudah dari yang anda sangka.

renew roadtax dan insurans motor

Leave a Reply